blogger lelaki logo

Bosan Belajar Sejarah?

3 Komen
Bosan Belajar SejarahBosan sangat ke belajar mata pelajaran Sejarah disekolah? Sehinggakan setiap kali aku terlibat dengan program sekolah mesti ada cikgu yang bertanyakan soalan keada aku pasal sejarah itu bosan.

Memang kerja aku melibatkan hal berkaitan sejarah. Dan guru selalu tanya aku tak bosan ke aku kerja berkaitan sejarah ni? Murid-murid dekat sekolah memang tak berminat dengan sejarah, macam mana nak buat yer?

Soal minat itu adalah salah satu perkara yang memainkan peranan. Namum aku sendiri pun semasa belajar dulu, nak ambil SPM tak minat juga dengan mata pelajaran sejarah. Mengapa?

Cikgu Membosankan

Cikgu yang mengajar mata pelajaran sejarah membosankan. Cuma sekali sahaja aku pernah merasa seronok belajar sejarah, sebab ada cikgu ganti, aku ingat lagi nama dia, Cikgu Tarmizi.

Dia cuma cikgu ganti semasa aku tingkatan 4, sementara menunggu cikgu baru kami melaporkan diri.

Walaupun dia bukan cikgu sejarah, tetapi cara dia mengajar cukup menarik. Sebab dia lebih suka bercerita pasal kisah sejarah, itu membuatkan aku tidak bosan semasa dia mengajar.

Dia membuatkan aku seronok belajar sejarah. Walaupun kadang kala ada cerita Cikgu Tarmizi tu lari daripada tajuk.

Buku Teks Menbosankan

Buku teks mata pelajaran Sejarah sungguh membosankan. Semasa aku belajar dulu adalah era peralihan dalam susun atur modul dalam buku teks sekolah, daripada buku teks versi lama kepada buku teks yang lebih menarik.

Namum kadang-kadang murid tidak mendapat maklumat sepenuhnya daripada buku teks. Murid perlu rujuk pula kepada buku nota daripada luar.

Dan kelemahan yang paling ketara adalah cikgu sejarah sendiri tak mampu untuk mengolah bahan yang ada dalam buku teks. Cikgu hanya sekadar tulis nota di papan hitam dan kemudian suruh murid salin dalam buku nota.

Selepas itu cikgu pun bercakap pasal apa yang dia tulis di papan hitam tersebut. Mengantuk beb, serius aku sendiri semasa tingkatan 5 boleh kira dengan jari aku fokus dalam kelas sejarah, dan boleh dikatakan banyak kali aku ponteng kelas sejarah ini.

Tapi jangan tiru perangai buruk aku ni, walaupun aku ponteng tapi sekurang-kurangnya, Sejarah aku dapat B3 masa SPM dulu.

Sebab Kena Baca Dan Hafal

Salah satu sebab lagi pelajar tak minat sejarah adalah kena banyak membaca dan menghafal. Bagi mereka yang malas membaca macam mana nak mengingati fakta-fakta sejarah.

Pelajar akan mula rasa susah dan leceh, mulalah pelajar rasa bosan. Jadi sesuatu perlu dilakukan untuk membuatkan pelajar minat sejarah.

Mungkin perlu diubah dari segi cara pengajaran dan pembelajaran. Atau sistem baru dalam peperiksaan agar lebih praktikal untuk pelajar memahami sejarah.

Sebab bagi aku, dalam subjek sejarah, ada dua elemen yang penting iaitu, pelajar perlu faham situasi sejarah tersebut, barulah senang pelajar untuk ingat fakta-fakta sejarah berkaitan.

Aku Dan Sejarah

Dan tak sangka sekarang aku bekerja dalam bidang berkaitan sejarah walaupun dulu aku tak minat sejarah.

Dan baru aku tahu sekarang, bertapa risau dan ruginya apabila generasi sekarang tidak sukakan sejarah, nanti siapa yang akan menjaga warisan negara kita. Generasi muda tidak tahu asal usul dan sejarah negara sendiri.

Aku pernah dengar yang cikgu sendiri pun mengaku tak minat sejarah sebab bosan, macam mana tu?

3 Komen untuk "Bosan Belajar Sejarah?"

avatar

apa yang diceritakan tuh, semua saya setuju. yup... cikgu yg mengajar pun macam hampeh, cuma tulis nota kat papan hitam, lepas tuh suruh pelajar salin. Terang sikit2... serious, memang tak best...
kalau saya punya cikgu sejarah dulu, dia suruh buat nota sejarah kat buku latihan, lepas tuh dia tak pernah check dan tanda pun... sadis betul... huhu~

avatar

tak bosan belajar sejarah. yang bosan, bila membaca sahaja. hehe

avatar

Cikgu sejarah kena kreatif. Kena juga pandai bercerita. Kaitkan zaman dulu dgn zaman sekarang. Barulah murid tak bosan. Kalau tengok buku, memang bosan.. Gambar pulak tak berapa banyak. Hitam putih plak tu.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.