blogger lelaki logo

Apa Yang Ada Di Antartika

6 Komen
Apa Yang Ada Di AntartikaApa yang ada di Antartika, sebuah benua yang berada di Kutub Selatan. Dengan keluasan 14.0 juta km2, merupakan benua ke-5 terbesar didunia.

Keluasan Antartika dianggarkan 2 kali ganda keluasan Australia. Dimana 98% bumi Antartika diselaputi ais dengan ketebalannya kira-kira 1 batu (1.6 km).

Antartika dipercayai ditemui pada 1820 oleh  Fabian von Bellingshausen dan Mikhail Lazarev  dari Rusia yang menjalankan ekspedisi menggunakan kapal yang dikenali sebagai Vostok dan Mirny.

Iklim di Antartika sangat ekstrem, dengan suhu dinginnya mencecah -85°C hingga -90°C pada musim dingin dan 15 °C ketika musim panas.

Apa Yang Menarik Di Antartika.

1. Antartika adalah tempat terkering di dunia kerana menurut saintis sudah 2 juta tahun Antartika tidak hujan.

2. Di Antartika juga sebenarnya tiada penduduk, kalau ada pun cuma para mereka yang membuat kajian atau penyelidikan disana. Paling ramai orang yang pernah menduduki Antartika adalah kira-kira 5000 orang pada musim panas, dan 1000 orang ketika musim sejuk.

3. Antartika juga tidak dimiliki oleh mana-mana negara, walaupun ada beberapa negara yang cuba mendapatkan hak sebagai pemilik Antartika seperti Argentina, Australia, United Kingdom, Chile, Perancis, New Zealand dan Norway. Namum Amerika Syarikat serta Rusia juga mendakwa mempunyai hak untuk menuntu wilayah di Antartika.

4. Ada juga kajian yang menyatakan ada berlian yang banyak dibawah lapisan ais itu, namum sebarang kegiatan perlombongan adalah tidak dibenarkan dilakukan di Antartika.

6 Komen untuk "Apa Yang Ada Di Antartika"

avatar

perkongsian yang menarik pasal antartika yang x pernah fizi tahu..:) done follow sini

avatar

Patutlah ramai yang pergi buat kajian disana. Ada berlian di sana rupanya.

avatar

Sejuknya kat sana. Jika saya sampai disana. boleh beku rasanya dengan suhu sesejuk itu.

avatar

-90C....memang beku kalau dok kat sana! Thank...info ilmu yg meluaskan pengetahuan.

avatar

Kaiau la ada peluang ke sana,,,

avatar

wahh fakta yg baru tau,, good info~

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.