Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Siraplimau.com - Segar Lagi Menyegarkan

Siraplimau.com - Segar Lagi Menyegarkan

SirapLimau.com - Segar lagi menyegarkan. Sebuah blog yang memaparkan kisah rumah tangga. Walaupun lebih cenderung kepada bahan bacaan kaum wanita tetapi bagus juga untuk di baca oleh lelaki.

Pertama kali aku mendengar nama blog Sirap Limau, aku ingatkan ianya sebuah blog pasal makanan atau resepi. Namum jangkaan aku silap, isi kandungan blog ini berpusing 360° daripada telahan aku. Aku rasa mungkin ramai juga orang lain akan beranggapan seperti aku.

Isi kandungan blog ini fokus kepada permasalahan dan realiti yang berlaku di dalam sebuah rumah tangga. Walaupun ada diselitkan kategori kehamilan, namum masalah rumahtangga adalah daya penarik utama blog ini.

Setelah hampir setengah aku termenung mencari titik persamaan antara sirap limau dengan hal rumah tangga. Akhir aku mendapat jawapan, aku agak-agak la. Sebab rasa sirap limau itu bercampurnya rasa manis dan masam. Begitu jugalah halnya dengan kisah rumah tangga, ada masanya ia manis dan ada kalanya ia masam.

Review Blog SirapLimau.com

Sebenarnya aku pun tak berani nak beri komen kepada blog ini, sebab aku pun masih baru lagi. Ini cuma pendapat aku daripada pemerhatian aku yang tak seberapa, padangan secara kasar.

Dari segi isi kandungan dan penyampaian, aku rasa blog ini sudah cukup mantap dan menarik. Gaya penulisannya cukup dekat dengan pembaca kerana ia digarap seakan penulis sedang berkongsi luahan kisah hidup pembaca.

Penyampaiannya juga cukup jelas dan sampai kepada pembaca. Satu penulisan yang matang dan tak banyak melalut ke lain. Isinya disampaikan terus kepada pembaca. Walaupun ada beberapa artikel yang buat kita rasa macam tak puas lagi nak baca, seakan tergantung, kalau dipanjang lagi cerita itu mungkin lebih menarik.

Theme Blog

Secara umum aku tiada masalah dengan theme blog ini. Namum ada beberapa perkara yang mungkin admin SirapLimau boleh ambil perhatian.

1. Iklan banner tak 'center'. Nampak sedikit kosong pada sebelah kanan. Lebih kemas jika dipebetulkan kedudukan iklan itu. Dan sedikit aku nak tegur, minta admin SirapLimau.com memantau iklan yang disiarkan kerana ada juga iklan berunsur lucah yang tak sepatutnya dipaparkan.

siraplimau.com - segar lagi menyegarkan

2. Pada bahagian 'sidebar'. Ruangan Popular Bulan Ini dan Popular Hari Ini penampilannya agak kurang kemas, ada sedikit lompong disitu. Aku rasa lebih baik jika ia diperkemaskan seperti ruangan 'related post'.

Siraplimau.com - Segar Lagi Menyegarkan

Aku rasa setakat itu sahaja review aku pasal blog SirapLimau.com, nak komen lebih-lebih blog aku sendiri pun tunggang langgang juga. Dan aku rasa blog ini boleh pergi jauh, sebab mungkin akan menjadi kegilaan suri rumah yang suka membaca kisah-kisah rumahtangga.

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail