Pentingkan Diri Sendiri

Pentingkan Diri Sendiri

Pentingkan Diri SendiriDi atas dunia ini kita bukannya hidup seorang diri. Ada bejuta-juta umat manusia. Betullah kata orang lama " Rambut sama hitam hati lain-lain". Sikap mementingkan diri pastinya ada dala setiap diri manusia.

Lawan kepada sikap mementingkan diri adalah bertolak ansur atau yang lebih hardcore sanggup berkorban demi kepentingan orang lain.

Tetapi hari ini berapa ramai yang mampu bertolak ansur. Mengenepikan kepentingan hak peribadi untuk memudahkan orang lain.

Ya betul diri kita pun ada hak, namum jika ada yang lebih berhak, kita perlu mengalah dan utamakan mereka yang lebih berhak tersebut. Itulah keadilan yang diajar oleh Islam.

Dalam gambar diatas itu kejadian di komuter. Tapi aku ada kisah lain, pernah tak korang semasa memandu kereta selisih dengan motor beroda tiga, khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kadang-kadang apabila melalui jalan yang agak sempit, motor beroda tiga ini akan mengambil sedikit ruang diatas jalan raya. Sehingga tak lepas untu sebuah kereta memotongnya.

Namum aku pernah lihat ada beberapa buha kereta yang selambe nak memotong motor pak cik ni. Padahal di garisan berkembar.

Mungkin nampak hal kecik dan tak mengakibatkan kecederaan kepada pak cik itu tadi. Tapi tak boleh ke kita bersabar hingga laluan agak tenang untuk memotong.

Macam mana kalau-kalau semasa kita memotong ada kereta dari arah depan. Dan kita terpaksa menghimpit motor beroda tiga tadi.

Share this:

Disqus Comments