Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Peluang Jadi Jutawan Dengan SSP 2104

Peluang Jadi Jutawan Dengan SSP 2104Sijil Simpanan Premium (SSP) pada tahun 2014 sekali lagi akan menawarkan cabutan istimewa yang bernilai RM1 juta, cabutan istimewa ini akan diadakan pada penghujung tahun nanti.

Pada mulanya Bank Simpanan Nasional (BSN) bercadang mahu menukar hadiah cabutan istimewa kepada sebuah kondominum yang bernilai RM1.4 juta, namum selepas mengambil kira pendapat pelanggan hadiah wang RM1 juta dikekalkan pada tahun ini.

Selain hadiah berupa wang satu juta ringgit, ada hadiah yang tak kurang hebat bagi cabutan bulanan, diantaranya adalah gajet iPhone,Samsung, Pakej perlancongan ke Korea, BMW dan Mercedes Benz, selain daripada itu BSN juga turut menawarkan hadiah sebanyak 61,000 hadiah lagi, dengan jumlah keseluruhan hadiah berjumlah RM18 juta.

Lebih menarik, SSP 2014 akan memberi lebih peluang kepada pelanggan untung menang dengan membuat 34 cabutan berbanding tahun lalau hanya 24 cabutan. Dengan 12 cabutan bulanan, 13 cabutan tempatan, 4 cabutan kenang budi dan 2 cabutan khas korporat untuk sepanjang tahun 2014 ini.

Jadi kepada yang nak jadi jutawan segera macam makcik Rokeah tahun lepas boleh la mencuba untuk tahun ini pula, manalah tahu dapat jadi jutawan segera.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail