blogger lelaki logo

Mana Cukup Gaji Rm1000 Sebulan

12 Komen
Mana Cukup Gaji Rm1000 SebulanKos sara hidup kini antara kemelut yang mula menbahang. Mampukah kita bertahan dengan asakan peningkatan kos perbelanjaan kita seharian. Nilai tunai wang ringgit kini mula mengecil.

Dengan RM1000, apa yang kita mampu beli dalam masa sehari? Inikan pula kita nak guna RM1000 untuk buat belanja selama sebulan.

Ada betulnya soal berbelanja ini bergantung kepada cara kita mengawal perbelanjaan kita. Kalau pendapatan kita RM 10,000 sebulan pun, kalau kita boros, sekelip mata pun habis duit tu.

Nilai wang ringgit yang semakin mengecil. Kalau dahulu nilai RM50 cukup besar, tapi kini kalau pergi pasar bawa RM50 sekelip mata lesap, silap-silap kena tambah duit lagi.

Namum bagi kita yang berpendapatan rendah ini, kita terpaksa bergelut dalam banyak perkara. Dalam memikirkan keperluan untuk hidup seharian, makan dan minum serta nak isi minyak kereta. 

Soal masa depan anak-anak untuk membiayai pendidikan juga penting. Sambil itu sampai bila kita nak jadi penyewa rumah, ada juga impian hendak beli rumah sendiri. Namum sempatkah untuk mencelah disebalik kesempitan yang kian menghimpit kini.

12 Komen untuk "Mana Cukup Gaji Rm1000 Sebulan"

avatar

Kena fikir bagaimana nak tambah pendapatan lah jawabnya

avatar

banyak mana pun duit pasti tak cukup kalau hati tak kaya

avatar

Aku yang belum start kerja lagi lagilah susah. hehe

avatar

bagi saya, dengan membeli emas, nilai ringgit yg saya ada tidak mudah jatuh...

avatar

Betul tu BL. Kena cari jalan untuk tambahkan pendapatan.

avatar

Assalamualaikum .. betul2. dah tak cukup la. basic gaji kena bagi naik sikit biar selari dengan harga barang yang kian meningkat ni T__________T

avatar

Rezeki yang sedikit tetapi berkat...Insyaallah cukup untuk sekeluarga.
Nak kaya? Bayar zakat dan bersedekah, Allah SWT akan gandakan!

avatar

RM1000,kena belajar jimat bhai hehe

avatar

sebab itulah kena rajin buat kerja setiap hari.

avatar

jadi kita kena pelbagaikan sumber pendapatan .. dan berjimat

avatar

Emm main ngn duit gak..selalu tak cukup dari cukupnya..huhu

avatar

10 years working with average annual increment rm 50....with four mouth to feed.is it enough? No..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.