blogger lelaki logo

Majulah Bola Untuk Negara

8 Komen
Majulah Bola Untuk NegaraNampaknya sepak mula Liga Super Malaysia sudah bermula. Skuad Tok Gajah Melaungkan amaran awal dengan menjulang Piala Sumbangsih 2014. Dan semalam pula diikuti perlawanan pertama setiap pasukan dan bersaing dalam Liga Super Malaysia.

Tahun 2014 bagi aku adalah tahun bola sepak negara, kerana bahang kemeriahannya sudah dirasai sejak dari pra-musim lagi, dengan isu pembelian pemain, dengan pemain bertaraf bintang dunia di bawa masuk dan tak lupa juga dengan isu u-turn pemain tempatan.

Namum di dalam kemeriahan arena bola sepak negara kini. Ada beberapa aspek yang belum maju seiring. Aku tak mahu komen pasal isu lapok FAM. Tapi ini isu siaran langsung perlawanan bolasepak.

Kita sedia maklum, bahawa hanya beberapa saluran tv sahaja yang menyiarkan siaran langsung perlawanan bolasepak di negara kita, cuma ASTRO dan RTM sahaja. 

Jika kita bangkitkan isu tahun lepas, ada segelintir penyokong yang merasa tidak puas hati kerana jarang sekali perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka disiarkan secara langsung. 

Dan menjadi isu juga cuma perlawanan pasukan pilihan sahaja yang ditayangkan, asyik-asyik pasukan yang sama sahaja keluar tv. Kita faham ini adalah untuk rating dan iklan juga.

Aku masa kecil dulu pernah juga berkecimpung dalam mencilok siaran tv Thailand, dan satu perkara yang aku kagum ialah, apabila malam itu ada perlawan bola sepak, boleh dikatakan banyak channel yang siarkan perlawanan bola sepak secara langsung. Itu semua adalah stesen tv percuma Thailand.

Jadi disini, pada pandangan aku, siaran tv berbayar seperti ASTRO sepatutnya menghargai pelanggan setia mereka, dengan perbanyakkan siaran bola sepak tempatan.

Dan aku nak puji RTM semalam, sebab siarkan perlawanan Kelantan menentanng Sime Darby secara live streaming. Namum semangat yang berkobar-kobar itu padam apabila asyik buffering jer, sesekali kena refresh browser balik. Baru nak puji, sekali dia buat sakit hati pulak.

Aku rasa lagi bagus jika RTM boleh buat live streaming bagi semua perlawanan, dan pilih satu perlawan sahaja untuk disiarkan secara langsung di kaca tv. Soal takut kurang kunjungan penyokong ke stadium kini aku rasa sudah tak menjadi isu besar. Tetapi biarlah ada kualiti sikit, walaupun kita tahu itu siaran percuma.

Mungkin ada harapan untuk dipertingkatkan lagi dari pelbagai aspek, selepas kita dapat melihat ada peningkatan ketara pada musim ini. Dan akhir kata daripada aku, majulah bola untuk negara.

8 Komen untuk "Majulah Bola Untuk Negara"

avatar

aah kan..bagus perbanyakkan siarkan tempatan nyer..tapi x bez jugak buat org x minat bole..kiki..tv nanti kena conquer org 1 lg...huhuhu

avatar

puteri setuju, kalau setiap perlawanan diadakan live streaming best juga. Untuk yang tak dapat ke stadium tu, dapat juga menyaksikan pasukan favourite mereka beraksi

avatar

ramai peminat bola sepak kat malaysia ni . tak rugi kalau rtm wat live ...

avatar

tahniah buat pasukan Pahang , permulaan musim baru yang cemerlang...

avatar

All the best buat semua pasukan musim ini

avatar

Semoga makin kencang lagi lepas ni..hehe

avatar

majulah bola sepak untuk negara..

avatar

live streaming best kalau line laju. kalau line biasa..memang semput la..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.