blogger lelaki logo

Lelaki Paling Ramai Dibebani Hutang

9 Komen
Lelaki Paling Ramai Dibebani Hutang
Lelaki paling ramai dibenani hutang, mengapa? adakah lelaki kuat berbelanja atau boros, sehingga mengumpul hutang bertimbun.


Mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) pada tahun 2013, golongan lelaki seramai 60,359 orang (65.3%) berbanding kaum wanita hanya 29,725 orang (32.1%) yang mendapatkan khidmat nasihat agensi tersebut.

Soal hutang ini bukan perkara main-main, silap langkah merana hidup. Bagi aku, kita patut fikir dua tiga kali barulah kita ambil keputusan untuk berhutang. Ikut kemampuan serta tidak akan membebankan kita suatu hari nanti.

Antara sebab popular orang Malaysia berhutang adalah untuk kegunaaan membeli rumah, membeli kereta, buat belanja kahwin, membiayai pengajian, guna kad kredit dan lain-lain. 

Memang tak salah untuk kita berhutang, namum perkara utama yang patut kita fikir dahulu sebelum berhutang adalah, adakah kita benar-benar perlu untuk berhutang. Jika masih boleh dielakkan, kita elak terlebih dahulu. Cari altenatif lain.

Lagi satu, jika keadaan memang sangat terdesak, memang kita kena berhutang juga. pertimbangkan biarlah ia mengikut kadar kemampuan kewangan kita. Nak beli kereta mewah, tapi gaji ciput nak bayar bulan-bulan semput, bila nak bayar roadtax terus ke laut.

Antara faktor yang membawa kepada masalah kewangan menurut AKPK adalah:
1. Kelemahan dalam merancang kewangan (22.8%),
2. Kos perubatan tinggi (18.1%),
3. Kegagalan atau kelembapan perniagaan (15.2%),
4. Penggunaan kad kredit (11.1%)

9 Komen untuk "Lelaki Paling Ramai Dibebani Hutang"

avatar

memang betul tu, ishhh risau betul.. ramai yang nasihat jgn guna credit card

avatar

lelaki memang ramai dibebani hutang sebab dialah kena tanggung semuanya dalam keluarga. Sudah menjadi tanggungjawab. Berhutang biar berpada-pada.

avatar

habis duit beli gadgets...hihi..;) saya follow sini

avatar

kalu berhutang memang senang.. membayarnya susah..
kalau nak berhutang pun.. seperti beli rumah .. ianya (hutang positif) daripada berhutang beli kereta, personal loan etc..
golongan yg baru bekerja ramai yang terjerat dengan hutang personal loan ni..

avatar

perempuan memang minat shopping , tapi biasanya mereka lebih bijak mengawal hal2 berkenaan kewangan nih...

avatar

merancang kewangan mmg ptg dan jgn guna credit card . tak de duit , anda x kan berbelanja . disiplin itu perlu ada ... klu utk belanja kawin tu , elok menabung dari start keje ...

avatar

Lelaki dah mula berhutang sebelum kahwin lagi.Bila dah berkahwin mula bertambah hutangnya.

avatar

memang macam itu. orang lelaki memang banyak hutang. Itu normal.

avatar

Pensyarah sy pernah berkata : Kalaulah dia tidak mengambil kereta baru, nescaya dia telah berhenti menjadi pensyarah berikutan konflik beliau dengan Ketua Kursus.

Sejarah berulang. Sy beritahu keluarga sy : Kalaulah tidak kerana hutang kad kredit, sy sudah hantar notis berhenti kerja.

Aduhai ..... kenapalah sy tidak mengambil pengajaran daripada keluhan pensyarah sy dulu.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.