blogger lelaki logo

Lelaki Lebih Pelupa Daripada Wanita

6 Komen
Lelaki Lebih Pelupa Daripada Wanita
Betul ke lelaki lebih pelupa daripada wanita? Ini bukan aku yang cakap yer, tapi menurut kajian Pusat Bio-Perubatan Psikologi, (BMC Psychology) di Los Angeles.


Secara jujurnya aku macam hendak setuju dengan hasil kaji selidik ini. Sebab apabila bini aku suruh pergi pasar atau pasaraya untuk beli barang, aku akan suruh dia buatkan senarai barangan yang perlu dibeli.

Sebabnya pernah sekali, sebab terlalu nak cepat aku pergi beli barang tanpa senarai yang bini aku buat. Aduyai, sampai 2 kali aku kerna pergi kedai sebab terlupa beli barang yang dia nak untuk masak. Jadi ada betulnya juga kajian itu.

Lagi satu, ini hal yang selalu orang lelaki terlepas pandang (terlupa). Pasal tarikh, ada beberapa kali juga bini pernah tanya aku, tarikh kami mula-mula bertemu, tarikh kami bertunang, tarkih kami berkahwin dan macam boleh diagak cuma tarkih kahwin je aku ingat itu pun silap tarikh, cuma betul tang bulan dan tahun je..hahaha..kantoi beb. (nak kena pujuk pula tu)

Yang paling teruk dia pernah tanya warna baju yang dia pakai semasa frist time kami dating, memang tepuk dahi der nak jawab.

Aku tak tau nak kata aku ini pelupa atau tak cakna pasal peristiwa penting dalam hidup. Sebab kadang-kadang nak tiba hari lahir aku pun boleh tak perasan.

6 Komen untuk "Lelaki Lebih Pelupa Daripada Wanita"

avatar

pasal tarikh tu saya sangat setuju, orang lelaki selalu sangat terlepas pandang, sebab tu lagi seminggu dua minggu sebelum tarikh2 penting memang nak kena hint hint... hu hu hu...

avatar

part detail2 ni perempuan lebih ingat sikit..kalau ada pernah cerita yg dah lama2 diceritakan..perempuan still ingat lagi..

avatar

kadang tu memang kita terlupa mungkin sebab banyak sangat benda tengah fikir.. tak kira lelaki ke perempuan ke sama je..

avatar

betul juga kata hang. tengok mak bapak aku pun dah tahu. haha

avatar

aku ni memang mudah lupa. haha..

avatar

MJ pulak lain sket,lebih pelupa dari suami..janganlah sampai jadi kronik masalah negara ni.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.