blogger lelaki logo

Kisah Tangan Kanan Dan Tangan Kiri

6 Komen
Kisah Tangan Kanan Dan Tangan KiriSekarang sambil baca artikel ini, cuba korang angkat kedua-dua belah tangan korang. 

Cuba tengok sebelah mana korang sarungkan cincin? Di tangan kanan atau kiri? Sebelah mana korang pakai jam tangan? Kalau aku selalunya cincin dan jam, aku pakai sebelah tangan kiri.

Tapi pernahkah kita tengok si tangan kanan mengeluh atau merasa dengki dengan tangan kiri, sebab selalu dipakaikan cincin yang cantik atau jam yang mahal.

Atau si tangan kiri mengeluh sebab kita selalu utamakan tangan kanan apabila hendak menyuap makanan yang sedap-sedap. Selepas makan dan kenyang, bahagian yang "tak best" tangan kiri yang menjadi mangsa.

Ada masanya tangan kana dan tangan kiri dapat bekerjasama dengan baik. Walaupun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Ada yang gagah dan ada yang kekok, namum apabila mengangkat barang yang berat, mereka boleh lakukan bersama.

Dan lebih menarik cara mereka bekerjasama adalah apabila kita memandu kereta. Tangan kanan boleh memegang stereng bukan, begitu juga tangan kiri. Akan tetapi cuma tangan kiri sahaja yang bekerja untuk menukar gear. Tetapi tangan kiri tak pernah pula mengeluh asyik-asyik dia sahaja yang perlu buat kerja menukar gear.

Tangan kanan dan tangan kiri tak pernah nak bergaduh atau saling berhasad dengki. Walaupun adakalanya pemberian tidak adil serta memiliki tugas yang berlainan.

6 Komen untuk "Kisah Tangan Kanan Dan Tangan Kiri"

avatar

Assalam
Saya pakai jam di tangan sebelah kanan :)

avatar

Apa yang saya perasan, tangan kanan lebih besar sikit dari tangan kiri..hehe

avatar

Mendalam kisah di sebaliknya. Kedua-duanya sama pentingkan BL.

avatar

tangan kiri ada fungsi tersendiri..bersyukur ada kedua tangan berbanding mereka yang dah tak ada tangan..ye tak?

avatar

Info yang bermanfaat...

*
oh iya saya mohon bantuan LIKE facebook dari kalian
untuk mengikuti kontes cover fb,saya sangat berteimakasih atas LIKE yang anda berikan,sekali lagi maaf kalau
promosi... :(

LIKE PADA LINK DIBAWAH ... !

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=799138896779380&set=a.799135780113025.1073741914.333011176725490&type=1&theater

Happy new year !

avatar

Entri ini menyingkap tentang ketidakadilan layanan antara tangan kiri dan kanan. Kanan sentiasa dpt yg trbaik tpi kiri walau selalu dianak tirikn tetap tabah dn reda. Bertapa tamsilannya pd hidup kita...astagfirllah

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.