blogger lelaki logo

Kisah Lelaki Hebat Salahuddin Al-Ayubi

15 Komen
Lelaki Hebat Salahuddin Al-AyubiKisah lelaki hebat Salahuddin Al-Ayubi adalah salah satu contoh kehebatan pahlawan Islam dalam menpertahankan agama tercinta. 

Mereka sanggup ke medan perang untuk gugur syahid. Dengan niat untuk melihat Islam terus berkembang dan tidak ditindas oleh agama lain.

Perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu perlu dijadikan iktibar buat kita hari ini dalam apa juga urusan, lebih-lebih lagi dalam urusan berkaitan agama Islam.

Pejuang Islam sejati, pahlawan gagah yang sungguh berani di medan perang. Aku pernah bercerita dalam artikel aku yang mengisahkan Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum Tawan Baitul Maqdis. Tapi kali ini aku mahu ceritakan lagi tentang kehebatan beliau.
”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”-Salahuddin Al-Ayubi

1. Salahuddin berasal dari keturunan Kurdis, beliau bukan berbangsa Arab, juga bukan berbangsa Palestin, tetapi beliau mengabiskan umur berjuang untuk merebut kembali Palestine dan Al-Aqsa dari pada cengkaman musuh Islam.

2. Sungguh hebat lelaki ini, Salahuddin telah berjaya menyatukan umat Islam yang pada masa itu telah berpecah belah, dengan bermacam-macam fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan. 

Kejayaan besar Salahuddin juga adalah berjaya menyatukan 2 fahaman yang selalu berbalah, iaitu Sunni dan Syiah. Mereka telah lupakan semua perbezaan dan bersatu dibawah panji Islam, diketuai oleh Salahuddin. 

3. Salahuddin juga seorang lelaki yang sangat penyabar. Ada suatu ketika beliau pernah meminta air untuk diminum, tetapi tidak tahu mengapa air itu tidak diberikan juga kepada beliau. 

Beliau terpaksa meminta sehingga 5 kali dengan berkata " Aku hampir mati kehausan". Selepas itu barulah air diberikan kepadanya, tetapi Salahuddin lalu meminum air itu tanpa menunjukkan kemarahan.

4. Salahuddin juga seorang panglima perang yang hebat, kadangkala beliau sendiri akan pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama askar perisiknya. 

Ketika berperang, Salahuddin akan berada didepan dan akan pergi merempuh di celah-celah musuh yang sedang mara.

5. Salahuddin pernah diceritakan pergi merawat Richard the Lion, Raja England yang sedang sakit di perkhemahan tentera Kristian. Beliau sanggup menyamar, menyusup masuk ke kawasan musuh untuk merawat musuhnya sendiri.

6. Ada cerita lagi pasal. Salahuddin dan Richard the Lion. Pernah suatu ketika Salahuddin Al-Ayubi beradu kehebatan dengan Richard the lion. 

Al-kisahnya, Richard the lion dengan badan sasanya penuh tenaga menghunus pedang kearah sebiji batu besar, lalu batu itu terbelah. 

Apabila tiba giliran Salahuddin, beliau hanya mencampakkan sehelai kain sutera ke udara serta menhulurkan pedangnya. Lalu kain sutera itu jatuh dan hinggap diatas mata pedangnya, lalu terpotong dua kain itu dek kerana tajamnya mata pedang beliau.

7. Salahuddin Al-Ayubi dimedan perang cukup hebat, beliau sendiri akan bergerak dari satu hujung medan perang ke hujung yang lain hanya untuk mengingatkan para tenteranya agar benar-benar berniat berjihad dijalan ALLAH S.W.T.

8. Ketika kepungan ke atas Acre, Salahuddin hanya minum dan tidak makan setelah dipaksa oleh doktor peribadinya. Beliau hanya makan beberapa suap sahaja dari hari jumaat hingga isnin kerana tidak mahu fokusnya terhadap perang terganggu.

9. Ketika berjaya menawan Baitul Maqdis pada hari jumaat 27 Rajab 583H, dengan asakan yang hebat daripada tentera Islam akhirnya tentera Kristian mengalah. Pada mulanya tentera Kristian bimbang tentera islam akan menyiksa dan membunuh mereka.

Kerana semasa tentera Kristian menawan Baitul Maqdis dulu ramai orang Islam dibunuh. Namum Salahuddin memberi jaminan tiada orang yang akn dibunuh. Lalu membuatkan ramai orang Kristian memeluk Islam.


Biodata

Nama : Salahuddin Al-Ayubi

Lahir Pada : 532 Hijrah (1138 masihi)

Tempat lahir : Kota Tarkit ( bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.)

Meninggal Dunia : 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) 

15 Komen untuk "Kisah Lelaki Hebat Salahuddin Al-Ayubi"

avatar

saat ini banyak dirindukan jiwa-jiwa seperti Salahudin Al Ayubi yang berjihad Ikhlas demi kejayaan Islam

avatar

Assalam
Kisah kesabaran beliau menjadi cerita hebat sehingga kini. Profesionalnya tahap tinggi.

avatar

Kehebatannya memang tiada tandingan sehinggalah sekarang.

avatar

semangat jihad yg terlalu dan terlalu sukar untuk ditemui pada zaman sekarang.

avatar

Seorang pejuang yg patut dijadikan contoh & ikutan buat semangat kita semua...

avatar

seharusnya beliau dijadikan role model oleh jejaka masa kini..

avatar

Kagum dengan kehebatan Salahuuddin Al-Ayubi... Moga diri sendiri boleh mengambil iktibar Insyaallah.

Terima kasih atas perkongsian :)

avatar

Assalammualaikum... BL,

kisah salahuddin al-ayubi nie memang memberikan kesan yang mendalam kepada umat islam dan kristian dalam peperangan 'salib'... ciri2 kepahlawanan sukar dicari ganti ..

mselim3

avatar

Saat mmbca kisah Salahuddin al-ayubi mmbuat ak mngngis tnpa sdr.btapa khilaf nya ak.btapa hbt nya perjuangan beliau mmpthan kn islam.

avatar

Moga rohnya d cucuri rahmat.
Amin...

avatar

Bgitu jgak semangat berjuang Rasulullah S.A.W harus dicontinue sampai bile2.

#SalamMaulidurRasul

avatar

I wish to be like him. Amin

avatar

Bangge dengan kisah beliau.. Alhamdulillah saudara sudi kongsi info

avatar

Bangge dengan kisah beliau.. Alhamdulillah saudara sudi kongsi info

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.