blogger lelaki logo

Hukuman Terlampau Di Sekolah

6 Komen
Hukuman Terlampau Di Sekolah
Gambar Hiasan.
Ibubapa menghantar anak pergi ke sekolah untuk menimba ilmu dan belajar dari pengalaman hidup. Salah satu pengajaran berharga buat anak-anak adalah apabila kita buat salah, kita akan di hukum.

Kesian aku tengok berita murid yang dihukum semacam lembu. Hukuman yang melampau untuk dikenakan terhadap kanak-kanak. Ini dah termasuk dalam hukuman berbentuk mental. Aku rasa hukuman pada mental lebih meninggalkan kesan daripada hukuman berbentuk fizikal.

Walaupun murid itu telah membuat salah, sebenarnya murid itu juga menpunyai hak. Ada senarai bentuk-bentuk hukuman yang dilarang dikenakan keatas murid yang dikeluarkan oleh Unit Displin KPM.

Jadi seorang guru itu tak boleh menghukum murid ikut emosi, sesuka hati dia, walaupun murid itu telah melakukan kesalahan. Para guru perlu lebih rasional dalam menghukum murid, sedangkan anak dia buat salah pun tak dihukum sebegitu rupa, inikan pula anak orang.

Walaupun aku sokong jika murid yang nakal dihukum seperti dihukum merotan, namum tak perlulah dihukum secara melampau. Cukuplah sekadar untuk menyedarkan murid.

Hukuman Yang Dilarang Terhadap Murid Di Sekolah.

Hukuman Terlampau Di Sekolah

6 Komen untuk "Hukuman Terlampau Di Sekolah"

avatar

paling teruk pun, aku suruh lari padang aje. rotan tu last option. Tu pun lepas dapat izin dari guru besar. haha..

avatar

Kena cubit,berdiri atas kerusi,rotan,junjung buku,berdiri diluar sekolah kerana itu sebab aku tidak siapkan kerja sekolah mahupun tidak dpt jwb soalan cikgu.
Bgimanapun kena makan rumput mcm lembu itu hukuman sgt gila utk pelajar sek.rendah.
Kesian pd pelajar,kesian juga pd guru...

avatar

memang tak teruk.. paling tidak pun rotan.. itu pun dah cukup..ini sampai di ejek lembu

avatar

Bila emosi menguasi..Hilanglah rasional...

avatar

kita di luar , melihat situasi tu sbg melampau . my kakak yg seorg guru SMK , hampir setiap hari berdepan dgn pelajar yg sgt gangster n ada connection dgn gengter di luar . tanggungjwb guru naikkan peratus kelulusan . maka yg degil perlu di ajar . klu dah budak tu kata ; ' ala buat bodoh jer ' sambil mkn nasi lemak depan guru yg mengajar , apa ko rasa ? akak saya direct jer cakap ; " ha ah , memang ko bodoh terus ! " halau jer mrk keluar kelas . berdiri la ko dlam panas tu . dah tak heran pun klu mrk nak wat laporan polis ... sekrg my kakak dah terkenal sbg cikgu garang . budak gangster dah jadi kawan jer dgn dia ... hahahahaaa

avatar

Kalau dahulu mak bapak siap pesan.rotanlah asalkan jangan patah riuk.
siap kena tambah lagi kalau tahu kita buat salah.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.