blogger lelaki logo

Berikan Kail Bukannya Ikan

10 Komen
Berikan Kail Bukannya IkanAku tertarik dengan apa yang dishare di facebook. Ada kisah ni pasal seorang brader ni yang membantu budak OKU.

Macam mana dia bantu. Budak OKU ni tiap-tiap hari minta sedekah dengan brader ni RM5. Tapi dia mengambil sedikit usaha, keluar modal beli tisu, dan suruh budak OKU tadi pergi jual tisu tadi. Kiranya budak OKU tu dah tak minta sedekah tapi dan jadi penjual tisu.

Bagi aku ini adalah contoh yang baik. Jika selalu bagi ikan je, dia cuma tahu erti senang je dapat duit. Tapi apabila diberi batang kail, dia kan berusaha untuk pancing ikan, silap-silap dapat pancing ikan yang lebih besar.

Tapi itu kisahnya jika mereka yang betul-betul terpaksa meminta sedekah.

Macam mana pula jika yang sengaja meminta sedekah, bukan OKU pun, kita dah banyak kali tahu pasal kes penipuan peminta sedekah sebegini. Siap ada yang menggunakan kanak-kanak sebagai umpan.

Kalau kes macam ni kita nak buat macam mana? Nak bagi batang kail juga ke, lagi satu mahukah mereka terima batang kail tu. Sebab mereka memang sengaja nak ambil ikan free tu.


10 Komen untuk "Berikan Kail Bukannya Ikan"

avatar

salam blogger. saya suka entri nie. jika diberikan ikan sekali je habis, jika diberi kail lebih baik hasilnya

avatar

Assalam
Ya. Lebih elok berikan kailnya. Insyaallah ada hasilnya yang lebih berganda.

avatar

memang lebih bijak untuk memberikan kail dari pada ikannya langsung

avatar

Assalamualaikum. subhanallah. bagus nya orang tu. sheila rasa simpati sangat dengan orang yang minta sedekah ni. sedih tengok keadaan dia yang mengharapkan belas ihsan kita :(

avatar

betul caranya . semoga Allah melimpahkan rezeki atas keikhlasannya membantu oku .

avatar

Betul tu. Jika bagi ikan sahaja. Nanti dah tak bagi ikan marah pula.

avatar

cara yang sangat bagus ^_^ moga di permudahkan urusan

avatar

Beri kail..mendalam maksudnya kan. :)

avatar

betul. bagi joran. jangan bagi ikan siakap masak 8 rasa.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.