Al-Kisah Sultan Melaka Dan Kangkung

Al-Kisah Sultan Melaka Dan Kangkung

Al-Kisah Sultan Melaka Dan KangkungKisah Sultan Melaka yang muncul kembali setelah berabad keturunan sultan itu lenyap. Individu ini yang muncul sejak 2005, mendakwa dirinya ada pewaris kesultanan Melaka.

Dulu seingat aku pada awal kemunculannya, kisah Noor Jan Shah ini pernah keluar di surat khabar tempatan. Kali ini beliau lebih kedepan tampil dengan surat pengiktirafan kononnya daripada Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Aku pun sempat juga melayan video sidang media 'Sultan Melaka' ini, namum tak sampai separuh, tak kuasa dah aku nak layan. Dia bercakap pun merapu, macam mana dia ni nak jadi sultan.

Beliau datang sekali dengan dogeng alaf baru, dengan mendakwa beliau akan mendapat dana berjumlah 15 trillion. Banyak tu beb. Surat kononnya daripada ICJ juga sudah pun kantoi surat itu palsu.

Al-Kisah Sultan Melaka Dan Kangkung

Dan berita terbaru aku dengar, 'Sultan Melaka' Noor Jan Shah kini sudah ditangkap polis. Kerana tindakan beliau itu menurut Ketua Menteri Melaka sebagai menghina instistusi Yang Di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak.


Namum aku merasa hairan, ada juga orang kita yang terpedaya dengan al-kisah 'Sultan Melaka' ini.


Kangkung

Al-Kisah Sultan Melaka Dan Kangkung
Tiba-tiba 'kangkung' menjadi trending di facebook. Aku kurang mengerti pada mulanya. Ingatkan semalam adalah 'Hari Kangkung Sedunia'. Rupa-rupanya ada kisah disebaliknya. Patut la semua orang beriya-iya update status pasal kangkung. 

Isu kangkung punya hal, sampai kecoh diseluruh negara. Apa ada pada kangkung. Hahaha. Apa yang aku tahu pasal kangkung adalah resepi kangkung goreng belacan yang emak aku buat adalah yang terbaik. 

Sebab masa dekat kampung dulu, emak aku ada tanam kangkung air. Kalau dekat pasar sekarang yang banyak aku jumpa adalah kangkung darat. Dari segi rasa bagi tak jauh bezanya kangkung air dengan kangkung darat.

Cuma bezanya ketara pada fizikalnya, kangkung air daunnya lebih lebar daripada kangkung darat. Dan salah satu petua pesanan emak yang aku ingat adalah, kangkung juga boleh dijadikan penawar kepada racun.

Dan aku pun tak dapat nak mengaitkan cerita 'Sultan Melaka' dengan fenomena kangkung. Korang layan aje lah.

Share this:

Disqus Comments