blogger lelaki logo

10 Jenis Pekerjaan Bergaji Tinggi Di Malaysia

22 Komen
Senarai 10 jenis pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia ini adalah untuk graduan baru. Mereka yang baru nak bertapak dalam dunia kerjaya. Kaji selidik ini telah dilakukan oleh Jobstreet.com, bermula pasa 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.

10 Jenis Pekerjaan Bergaji Tinggi Di Malaysia

Berdasarkan kajiselidik Jobstreet.com ini, mendapati sektor farmasi menawarkan gaji yang tertinggi bagi graduan baru menamatkan pengajian, dengan gaji permulaannya sebanyak RM3,640.00.

Ditempat kedua pula adalah bagi jawatan eksekutif yang bertanggungjawab dalam merangka strategi korporat, dimana gaji permulaannya adalah sebanyak RM 3,200.00. Dan bagi sektor perkhidmatan kewangan ditempat ketiga dengan gaji permulaannya sebanyak RM3,054.00.

Selain daripada jenis pekerjaan yang disenaraikan diatas, secara puratanya gaji permulaan yang ditawarkan kepada graduan baru adalah diantara RM 1,600 hingga RM3,000. Bagi Graduan Ijazah Sarjana Muda rata-rata gaji yang ditawarkan adalah lebih kurang RM 2,100 sebulan.

Dalam pada itu, walaupun gaji permulaan seorang doktor hanya RM 2,719.00, namum gaji mereka meningkat dengan pantas dalam masa 4 tahun berdasarkan pengalaman kerja. Gaji seorang doktor akan naik sehingga RM3,900.00 dalam tempoh yang singkat.

22 Komen untuk "10 Jenis Pekerjaan Bergaji Tinggi Di Malaysia"

avatar

rugi tak blaja farmasi dulu.

avatar

wahh ^_^ bidang gaji tertinggi dah bertukar

avatar

Wahhh boleh dijadikan panduan untuk mereka yang memerlukan ni..hehe..kurang2 leh la rancang masa depan untuk bekerja kan..

avatar

Assalammualaikum..BL,

wah.. bagus maklumat nie.. utk servey ttg perkejaan yang mana menawarkan gaji tinggi di Malaysia.

mselim3

avatar

bagi aku gaji doktor lagi tinggi, hehe

avatar

yup betul tu..tapi ini dikira gaji basic permulaan kerja..xcampur dgn elaun semua bagai..tapi setahun gaji doktor naik dalam RM300..he3..kira gaji doktro ni tetap yg lumayan

avatar

info yang bagus ni..

avatar

fuyoooo.. fyna dalam bidang it.

avatar

makasih atas informasinya, sangat menginspirasi kami...

avatar

aku masuk bidang IT, dapat jer 3.5K gaji sebulan. depend la kalau korang pandai buat kerja atau tak. Kalau buat sistem lagi lah. boleh mencecah puluh ribu. aku buat sistem mudah time belajar pon dpt 5K je. kalau buat website pon mcm tuh jgk. bukan lama sgt nk buat. seminggu dh boleh siap. siap boleh relax2 lagi

avatar

dah tengok gaji agent2 insurance & takaful... lebih tinggi lagi.

avatar

gaji farmasi ni relevan lagi tak untuk 5 tahun akan datang??

avatar

aku gaji 5k sebulan x disenarai dalam ni redha jer hehehe....

avatar

Gaji yg dipaparkan oleh admin adlah gaji purata yg dicapai oleh graduan mula kerja. Memang boleh dikatakan tepat.

Sesetengah majikan ada yg menawarkan gaji permulaan yg lebih sbgai cntoh bidang it dn kewangan bergantung kpd cv dn kebolehan yg tiada pd lain calon temuduga. Tetapi mereka juga menilai tahap sbenar dlm tmpoh percubaan kerja. Maka calon yg mula bekerja dgn gaji permulaan yg lbih kcil tidak ketinggalan untuk mnikmati kenaikan yg lebih setara jika mnunjukkan prestasi yg baik kerana inilah yg biasa dilakukan oleh firma swasta.

Berbanding dngn sektor kerajaan tgga gaji permulaan lbih kcil tetapi byk faedah sampingan lain dpt dinikmati.selain drpd jawatan yg tetap shingga tamat tempoh perkhidmatan.

Tiada soal mana bidang yg lebih bgus untuk menikmati pndapatan yg lbih baik melainkan graduan itu.sendiri berusaha lebih gigih untuk mngaut sbnyak mungkin pengalaman yg berkaitan bidang nya sndri supaya dirinya tergolong dlm.kumpulan yg dicari oleh majikan besar untuk memenuhi kerusi terbaik didalam sesebuah organisasi.

Begitu juga dlm sektor kerajaan tgga gaji mula yg rendah dsbbkan oleh keperluan semasa bg negara..oleh itu graduan yg berjaya mmasuki sektor awam perlu mnunjukkan kebolehan yg maksimum dn konsisten dari segi skop tugas dn juga perlu menonjol dn aktif supaya majikan cepat melayakkan anda ke peringkat yg lebih tinggi.

Jadi dlm hari ini mmg tak mustahil dari.sktor awam berpindah ke sktor.swasta...dn sbaliknya krn kebanyakannya berlaku apabila harga seseorang individu itu telah diteropong dan hasil kerjanya.telah dinilai.sebaiknya.untuk mengisi kekosongan yang.setimpal untuk.dirinya.

avatar

Wah engineering takda dalam senarai.
Penat belajar je sebenarnya.
Hihihi

avatar

mak jemah takde dalam senarai...

avatar

Kerja dulu sebelum fikir gaji naik atau tidak. Sebab jika kita ikhlas dengan kerja, memang cepat naik gaji, pangkat & rezeki lain yang kita sendiri tak sangka.

avatar

nak tanye gaji geofizik dgn gaji geologi sama ke or lain?

avatar

Gaji akauntan & auditor lagi tinggi...especially yg ade professional accounting qualitification ACCA CIMA

avatar

Aku tak bekerja sbgai doktor sbb gaji , tapi pada minat aku dengan kerjaya tu . Jgn kejar gaji jer , tapi buat kerja kerana enjoy , kerana korang rasa seronok bekerja ngan kerjaya korang .

avatar

Kenapa tak update baru ni ? rasanya gaji pramugara/i RM5k-RM6k. please update

avatar

Wah...ICT paling corot hahaha. Kesiannya. #LakarHidupSendiri @ www.fauzisabri.com

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.