blogger lelaki logo

Salam Media : Agensi Pemasaran Islamik

9 Komen
Menjana pendapatan melalui blog bukan perkara baru. Ada begitu banyak tawaran daripada syarikat pengiklanan untuk para blogger menjana pendapatan. Namum sebagai orang muslim, dalam konsep mencari rezeki, soal halal dan haram itu juga perlu diambil berat.

Salam Media : Agensi Pemasaran Islamik

Salam Media sebuah syarikat pengiklanan terbaru yang menawarkan perkhidmatan berunsurkan islamik. Jadi kepada blogger muslim tidak lagi perlu risau akan soal halal atau haram pendapatan melalui blog lagi.

Salam Media akan memastikan tiada iklan yang berunsur haram seperti arak atau iklan lucah serta iklan yang memaparkan wanita seksi.

Namum cara Salam Media ini juga berbeza kerana ia lebih menekankan kepada iklan dalam bentuk penulisan iaitu iklan advertorial.

Selain daripada medium blog, kita juga boleh menggunakan facebook, twitter dan instagram untuk menjana pendapatan melalui Salam Media ini. Jadi ia tidak terhad kepada blogger sahaja.

Jadi kepada mereka yang mempunyai teknik penulisan yang baik serta mampu menarik perhatian amat sesuai menyertai Salam Media ini. Ia bukan sahaja soal populariti tetapi lebih kepada kualiti penulisan kita.

Namum ada satu sahaj lagi pesanan, walaupun iklan sudah halal tetapi cara kita untuk dapatkan duit juga perlu betul dan tidak menyimpang. Jangan ada unsur penipuan dalam kita mengejar duit tak kira dimana-mana medium pengiklanan sekalipun.

Tanpa was-was anda boleh daftar disini sekarang.

9 Komen untuk "Salam Media : Agensi Pemasaran Islamik"

avatar

Lebih jelas baca tentang Salam Media disini. Thanks for sharing Kuchar Lana.

avatar

terima kasih kerana beri infomasi tentang salam media

avatar

Bersama kita menyokong...
Good luck!

avatar

semoga berjaya.. terima kasih di atas perkongsian ini.. :D

avatar

terima kasih kongsi info:) ada beberapa kali juga jumpa artikel tentang salam media ini..InsyaAllah akn daftar..:)

avatar

salam media giat dipromosikan kni
nak terjah dgn lbh lanjut la pengiklanan ni

avatar

T kasih diatas perkongsian.. semoga terus sukses.. :)

avatar

Ramai dah yang duk citer hal ni nih..saya nak join ke tak ni..masa tak banyak yang ada..adoiii...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.