blogger lelaki logo

Rare Video : Tanah Runtuh Di Pantai Remis 1993

14 Komen
Tahun 1993 antar peristiwa yang paling diingati adalah tragedi runtuhnya Highland Tower. Namum selain itu sebenarnya ada lagi peristiwa yang boleh dikatakan agak tragik, iaitu tanah runtuh di sebuah lombong tinggal di Pantai Remis, Perak.

Mungkin peristiwa ini jarang disebut kerana tiada korban nyawa seperti tragedi di Highland Tower. Namum kesannya kepada alam sekitar agak besar dan kini kesan tanah runtuh itu sudah menjadi sebuah teluk di Pantai Remis.

Jom layan video ini. Video ini memaparkan bagaimana runtuhan tanah itu berlaku dan perlahan-lahan air laut mula memenuhi lombong itu.


Kejadian ini berlakau pada 21 Oktober 1993. Lokasi kejadian adalah berdekatan Pantai Remis, Perak. Lombong bijih timah ini terletak sangat dekat dengan pantai. 

Runtuhan bermula dibahagian lombong yang hampir dengan pantai, dan air laut mulai masuk ke kawasan lombong lalu membentuk sebuah teluk kecil.


14 Komen untuk "Rare Video : Tanah Runtuh Di Pantai Remis 1993"

avatar

Assalammualaikum.. BL,

wahh dahsyat sungguh .. subhanallah...

mselim3

avatar

dasyat betul peristiwa ini ya..

avatar

assalamualaikum ..ya ALLAH dasyatnya

avatar

wow.. jrg2 dpt lihat benda2 cam nih

avatar

Tak tahu pulak tentang kejadian ini. Baru tahu nih...tq!

avatar

First tengok video ni kat hanset kawan zaman Nokia 'sabun' dulu memang tak percaya benda ni berlaku kat Malaysia. Then, bila dah lama-lama, dah verify kesahihan berita ni, terfikir macam mana rakusnya kita dalam merosakkan alam sekitar atas nama pembangunan.

Rasanya, selain dari peristiwa ni, ada banyak lagi peristiwa kemusnahan alam sekitar di negeri Perak yang umum tak tahu. Contoh macam kes pembuangan sisa radioaktif kat Bukit Merah, Ipoh, Perak. Punya lama orang Ipoh fight perkara ni kat mahkamah, jarang media nak highlight tentang pencemaran ni.

avatar

subhanallah. sekali tengok macam tak percaya kat negara kita, memang ngeri.

avatar

Menakutkan bila tengok benda macam ni. Tempat kita pun boleh jadi macam ni.

avatar

Ada rupanya perkara yang paling dahsyat.. Ketika ini umur aku dalam 3 tahun.

avatar

Uhh dahsyat.. harap2 tak berlaku lagi pada masa akan dtg...

avatar

Tak ingat pula peristiwa ni...

avatar

rasa macam filem holywood pula..atau ada teknik stimulasi

avatar

Semoga kita semua dilindungi..aminnn

avatar

klasik btol video ni...nasib baik video..kalaulah ia adalah sebuah objek..mesti laku jual kat ebay.. :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.