blogger lelaki logo

Nilai Sebentuk Cincin

14 Komen
Cincin adalah satu perhiasan atau aksesori tambahan sebagai penyeri buat manusia. Ada yang mahal dan murah nilainya, bergantung kepada material serta keunikan rekabentuk cincin tersebut.

Cuba bayangkan kita pergi ke sebuah kedai emas untuk melihat cincin. Semuanya rapi dipamerkan didalam kotak kaca. Ia dijaga rapi, agar tidak ada orang yang boleh menyentuhnya sesuka hati. 

de beers platinum, round brilliant

Ada halangan yang menghalang kita dari menyentuh cincin itu. Kerana cincin tersebut sungguh bernilai. Kalau tak cukup duit cuma boleh pandang dari jauh aje la jawabnya.

Barang baik lah katakan, mana boleh bagi sesuka hati orang asing boleh menyentuhnya. Memanglah takkan luak. 

Tapi takut lusuh pula kilauannya kalau asyik ada orang pegang tapi tak pula membelinya, dah satu kerja kena polish balik.

p/s: Lama betul tak menulis, bukan berehat tetapi gua dipaksa berehat kerana PC gua tak berapa nak sihat, kisah cincin itu bukan sebarang cincin, cuba baca balik dan gantikan bayangkan 'cincin' itu dengan perumpamaan seorang wanita.

14 Komen untuk "Nilai Sebentuk Cincin"

avatar

Salam ukhwah BL.. :D

avatar

cincin cantik untuk yang cantik je. kalau cincin di pasar, mungkin lagi murah harganya. maklumlah, kat pasar semua orang boleh pegang.. dah tentu harga lebih murah kan..

p/s: beli pc baru la bro.

avatar

mahal pada perempuan ialah menjaga yang eksklusif untuk pemilik hak tersebut sahaja, bukan jadi barang mudah sentuh...kan.

avatar

Assalammualaikum,,,BL.

"cincin" mahal memang sukar untuk dipegang. "Cincin" yang baik mutunya memng sukar untuk dimiliki hanya mereka yang bernilai atau peribadi tinggi sahaja yang dapat memilikinya.

mselim3

pls: harap2 BL faham, sebab BL dah main kias2 nie. Jadi mselim3 berkias2 gak. Entry ringkas tapi bermakna. mselim3 baca 2 kali baru faham..xper bagus penulisan nie,, supaya pembaca berfikir...

avatar

Benda bagus, mmg kena simpan elok2...kasi tudung elok2 =)

avatar

Cicin juga boleh diumpamakan mutiara. Islam meletakkan wanita di tempatnya.

avatar

Assalamualaikum,
Selamat kembali...lama pendam, entri pun penuh kiasan mendalam. :)

avatar

mendalam maksudnya tu.. sebentuk cincin dan seorang wanita..

avatar

Memang mahal cincin ni...

avatar

tak boleh pegang-pegang sebarangan "cincin" jenis ni. kasi sah/halal dulu... baru boleh.

avatar

Hehe..betul tu bro..macam tu la hidup ni..ke bro sedang kecewa dengan si dia nih???hahaha

avatar

hang nak kahwin kah?

avatar

tak pernah selesa pakai cincin...mungkin cincin sesuai untuk tanda melamar seseorang..

avatar

Memang cantik betul gambar cincin tu. Best nya kalau dapat sebentuk. Heheheh

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.