blogger lelaki logo

Hujan Oh Hujan

34 Komen
Hujan turun membasahi bumi nan indah. Hujan sungguh menyejukkan. Hujan lebat dua tiga hari ini tandanya musim tengkujuh dah tiba.

Sejak semalam hujan masih tak berhenti sehingg ke saat aku sedang menulis sekarang. Malam tadi tidur aku agak terganggu, walau ada orang cakap syok tidur kalau hujan begini.

Namum kalau rintik hujan padu bersama deru angin kencang. Tak kuasa mata aku nak melayan kerenah mimpi. Aku tidur sekejap-sekejap sahaja. Setiap kali aku bangun aku jenguk ketingkap.

Mana la tau air bah sudah tiba.Walau jiran aku cakap kawasan taman kami tak pernah banjir.

Hujan Oh Hujan

Angin yang bertiup kencang juga merisaukan. Atap zink parkir kereta aku pun goyang dibuatnya. Nasib baik tak tercabut.

Dalam kesejukkan subuh pagi tadi. Aku tetap kentalkan diri untuk mandi jam lima pagi. Mujur ada kopi air tangan isteri memanasan diri dari dalam.

Dalam cuaca begini juga. Kadang kala membuat kita terkenang memori zaman budak hingusan. Musim hujan tak sah kalau aku tak pergi memukat ikan.

Kalau anda biasa datang ke pantai timur dimusim tengkujuh. Barulah anda tau macam mana rasa tak dapat tengok matahari. Sampai sehari suntuk tak melihat sinarnya. Malah ada sampai seminggu pancaran matahari tak kelihatan.

34 Komen untuk "Hujan Oh Hujan"

avatar

this is pantai timur...:)

avatar

sini pun hujan smpai skrg pun still renyai2...

avatar

Kat luar hujan dari pagi..cuaca yang sungguh gloomy...salam isnin BL..

avatar

Rancang nak ke Kuala Tahan...tapi dengar kabar sana asyik hujan sahaja...agak-agaknya sesuai ke?

avatar

Kat KL ni pun dari semalam sampai ke hari ni tak nampak matahari. Potong program nak sidai baju kat ampaian luar rumah.

avatar

hujan la best. best mandi hujan.

avatar

Hujan memang byk memori di kampung ambe, Terengganu. Musim tengkujuh musim cuti sekolah. Banjir ibarat rahmat buat kami. Berkubang dalam air bah, dgn macam2 aktiviti...hehe

Hari ni, dah takde benda2 tu semua...memang memori indah!

p/s-hari ni memang sejuk sejak pagi

avatar

ha ah..kat sini dah tiba musim tengkujuh..seminggu ni hujan jer..emmm

avatar

Dalari malam semalam sampai malam ni...hujan xrenti2, tapi xlebat...renyai2 jer. Sejuk dan memang nak terlelap jer

avatar

kat shah alam non stop dari pagi sampai malam

avatar

Assalammualaikum..BL,

dekat Johor hujan memanjang start semalam... peh,,,sedap tidur tak pakai kipas.. sejuk aje...

mselim3

avatar

hujan...tak best gak kekadang..job wedding aku payah nak tunggu hujan reda..

avatar

ujan seluruh negara, musim tengkujuh kt pantai timur tp lain2 pun ada efek jugak

avatar

Tengok berita tadi kuantan dah banjir...hati2 musim hujan ni

avatar

semoga Allah memberi keselamatan

avatar

musim tengkujuh dah tiba...pantai timur dilanda banjir...di KL pun tak kurang lebatnya hujan

avatar

pernah memandu dr penang ke ipoh. sepanjang perjalanan hujan x berhenti2.

avatar

kat sini mendung memanjang . mcm jerebu pun ado ...

avatar

tak pernah lagi kat tempat saya hujan sampai tak nampak matahari sepanjangan hari..

avatar

Masa hujan memang best tidur jika mata mengantuk. Musim tengkujuh best pergi memuat ikan.

avatar

hujan rahmat hujan itu atas kuasaNYA

avatar

pantai timur itu persisnya di mana ya?

avatar

memang musim hujan sekarang ini

avatar

banyak tempat yang banjir sekarang ini

avatar

seminggu tak kene pancaran sinar matahari yer , wah lamo tuh...

avatar

musim tengkujuh ni kena lebih waspada. standby barang2 berharga kat tempat yg mudah dicapai. kalau ada apa2 senang nak bertindak.

avatar

musim banjir sekarang ni
aah sm la dgn yumida
klo angin kencang tu, tdo lena jd x tentu arah, sentiasa rasa risau je
Contest SEO Eridy menangi hadiah wang tunai RM500!

avatar

Kecik2 dulu memang suka mandi hujan..

avatar

Hujan,ada yang suka,ada juga mengundang duka. Tapi hujan sebenarnya rahmat dan rezeki - saya suka hujan.

avatar

Assalam
Di mana - mana , jika musim tengkujuh di lihat pesta mencari ikan sering menjadi kemestian. Meriah.

avatar

Hujan mmg menyenangkan.. harap2 tiada yg buruk berlaku.. mudah2an hujan itu hujan rahmat... aamiin.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.