blogger lelaki logo

Elaun Sara Hidup (COLA) Untuk Pekerja Swasta

12 Komen
Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta agar pihak kerajaan memberi Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM 300 kepada lebih 10 juta pekerja swasta, bagi meringankan beban dengan situasi peningkatan kos sara hidup.

Elaun Sara Hidup (COLA) Untuk Pekerja Swasta

Sebelum ini hanya kakitangan awam sahaja yang menikmati Elaun COLA ini, namum nilainya tidak samarata disemua kawasan. Dikawasan bandar utama menerima RM300, ada yang menerima RM250 serta dikawasan pendalaman menerima hanya RM150.

Tidak pasti MTUC ini minta kerajaan atau pihak majikan swasta untuk membayar Elaun COLA ini. Jika MTUC meminta kerajaan yang membayarnya, rasanya tak akan tercapai permintaan ini. Sedangkan apa yang diminta oleh CEUPACS pun susah untuk pihak kerajaan tunaikan.

Adakah dengan Elaun COLA ini akan menurunkan kos sara hidup yang kini semakin meningkat. Jika harga barangan turut sama naik dengan pemberian elaun ini, maka ianya tak memberi makna untuk meringakan beban rakyat. Bagaimana pula dengan nasib rakyat yang bekerja sendiri seperti petani, penoreh getah dan sebagainya.

12 Komen untuk "Elaun Sara Hidup (COLA) Untuk Pekerja Swasta"

avatar

betul tu ..akak kesian dengan orang kampung yang bekerja sendiri..sedih bila barang naik melambung tinggi skrg ni

avatar

Mmg patut dicari jalan bagi membantu golongan yg bekerja sendiri ni.. harap2 beroleh jalan yg baik nanti.. in shaa Allah..

avatar

nak apply jugak la ELAUN COLA ini

avatar

sedih tengok keadaan sekarang,, :'(

avatar

molek juga naik mana2 elaun dan gaji
sejuk sikit

avatar

kos sara hidup sukar untuk dikawal..tempat saya bekerja elaun pula dipotong untuk jimat kos syarikat..ini pula nak tambah elauan COLA..

avatar

harap2nya lulus... membantu mereka yang kerja di sektor swasta..

avatar

bagus jugak diberi...

My recent post : Aku Barista, Peminat Tegar Kopi.

avatar

semoga ianya dilaksanakan bagi manfaat pekerja swasta..

avatar

Dulu saya tak sempat nak rasa menda ni...

avatar

nak ke kerajaan bagi cola tu..

avatar

Silap haribulan cuma dapat Coca Cola je sebotol :-(

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.