Akibat Lama Tak Update Blog

Akibat Lama Tak Update Blog

Akibat lama tak update blog gua ni, trafik blog jatuh merundum. Sedih juga rasanya bila tengok graf yang mencanak naik dah terjunam turun kebawah. Betullah kata orang lama, hidup ini ibarat roda, kadang kita diatas, kadang kita dibawah.



Kadang kita alpha, dalam kesenangan hidup yang kita jalani, akan tiba juga masa kita yang merasai kesusahan. Sudah banyak perkara sepanjang tahun ini yang berlaku dalam hidup aku denan tidak dijangka.

Bayangkan kawasan rumah yang aku tinggal sekarang, sejak dari kisah banjir merah kawasan ini tak pernah ditenggelami air, tapi baru-baru ini siapa menduga air melimpah sehingga ke paras lutut dalam rumah aku.

Satu bandar Kemaman lumpuh akibat banjir, dengan laluan utama ditenggelami air, serta jambatan di dalam bandar Kemaman pula runtuh. 

Dan ini juga pengalaman pertama kali aku terpaksa berpindah akibat banjir. Kisah banjir ini akan aku ceritakan nanti. Aku nak fokus pada kisah blog aku yang dah lama terabai ni.

Akibat Lama Tak Update Blog

Sekarang baru aku mengerti ayat yang sering di taip oleh blogger pasal blog yang bersawang. Lama tak update entri terbaru dekat blog, mungkin masing-masing ada alasan sendiri. Adakalanya sesuatu yang berlaku diluar kawalan kita.

Bukan kehendak aku tapi PC aku tiba-tiba buat hal. PC aku rosak disaat aku juga sedang sibuk dengan urusan kerja. Jadi sebab aku tak nak serabutkan kepala yang dah serabut ni. Aku biarkan PC tu merajuk tanpa dipujuk. Jadi gua pun 'Mogok' bak kata bro Titan.

Aku tak kira pun sebenarnya berapa hari aku tinggalkan blog ini. Tapi kesanya cukup besar, apabila trafik blog bulanan jatuh mendadak. Jadi aku kena bekerja keras balik untuk naikkan balik blog aku ini.

Share this:

Disqus Comments