blogger lelaki logo

ABNxcess Memecah Monopoli Astro Dan TM

11 Komen
ABNxcess menawarkan perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV dengan promosi yang agak menarik iaitu hanya RM69.99 sebulan untuk internet berkelajuan sehingga 5Mbps dan juga 50 saluran TV percuma.

Jika dilihat pada harga memang cukup berbaloi dan mampu menjadi kepada pesaing TM Unifi serta ASTRO. Namum ini hanyalah harga promosi khas, tempoh promosi pakej ini bermula dari 1 Januari 2014 sehinggan 14 februari 2014.

ABNxcess dibawah kendalian Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) yang mula bertapak sejak tahun 2011 lagi. 

Jika ABNxcess mampu mengembangkan lagi sayap mereka, diharap monopoli ASTRO dan TM akan sedikit tergugat dan memberikan persaingan sihat yang akan menguntungkan kepada pihak pengguna dari segi harga serta mutu siaran.

Namum begitu coverage ABNxcess belum lagi meluas, setakat ini hanya meliputi kawasan Lembah Klang serta Johor Bharu.

Klang Valley:

Sri Damansara
Bandar Menjalara
Kepong
Selayang
Subang Jaya
Bandar Sunway
Puchong
Taman Desa
Kuchai Lama
Ampang Taman Pandan Perdana
Taman Bukit Pandan
Pandan Indah
Taman Maluri
Desa Pandan
Taman Segar
Taman Nirwana
Bandar Baru Ampang 

Johor Bahru:

Stulang Laut
Taman Pelangi
Taman Sentosa
Taman Maju
Permas Jaya
Johor Jaya

11 Komen untuk "ABNxcess Memecah Monopoli Astro Dan TM"

avatar

kena pandai promosi la jawabnya nih..

baru leh pecah monopolinya.

avatar

sayapnya kena lebih lebar ke serata dunia. Astro pun dah naik harga sekarang, kena pecahkan monopoli diorang.

avatar

Assalammualaikum... BL ,

macam best aje.. boleh cuba nie..

mselim3

avatar

Kalau dia guna prasarana sendiri ok gak. Tapi malang kalau dia masih guna prasarana dari TM.

avatar

nampak menarik je. wajib cuba ni..

avatar

Bagus juga klu ada opsyen mcm ni.. tak dlah astro je memanjang.. t kasih diatas perkongsian ye..

avatar

nampak menarik.. tapi astro pun aiza takde lagi.. hehe..

avatar

Wahhh nampaknya dah ada pesaing dah tu..hehe

avatar

bila nak masuk bantingnya nih??

avatar

Malangnya hanya utk dibandar sahaja... Astro tetap berkuasa!

avatar

tak boleh kata pecah monopoli sebab baru peringkat awal kemunculan... at least kalau dah lepas setahun dah coverage meluas baru la okey....

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.