blogger lelaki logo

11 Langkah Kerajaan Mengurangkan Kos

8 Komen
Apabila rakyat mulai kecoh berkenaan peningkatan kos sara hidup. Rakyat terpaksa bekerja lebih keras dan berjimat cermat apabila berbelanja, untuk menampung hidup yang semakin mencabar.

11 Langkah Kerajaan Mengurangkan Kos

Kini tiba giliran di pihak kerajaan untuk berjimat cermat. Ada 11 langkah diumumkan PM bagi mengurangkan kos pembelanjaan sektor awam.

1. Elaun Keraian menteri dan timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10%. Berkuatkuasa 1 Januari.

2. Elaun keraian dikurangkan dari 5% hingga 10% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

3. Pengurangan kemudahan tol sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama.

4. Kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektro domestik bagi Gred Jusa C ke bawah dipinda kepada Kelas Ekonomi.

5. Kos utiliti elektrik dikurangkan sebanyak 5% di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

6. Serta permohonan baru pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan akan dibekukan.

7. Pengunaan ruang pejabat dioptimumkan bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

8. Perlantikan juru runding untuk projek-projek fizikal kerajaan diperketatkan

9. Turut dikurangkan kos adalah penggunaan syarikat pengurusan acara, pemberian saguhati atau cenderamata untuk pengajuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

10. Kos penyediaan makanan dan minuman turut dikurangkan disamping mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus,bengkel atau semua acara rasmi kerajaan.

11. Akan mengaplikasikan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan optimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Agak-agak berapa jumlah yang mampu dijimatkan daripada 11 langkah yang akan dilaksanakan tahun depan ini. Lagi bagus rasanya kalau Elaun Keraian itu dikurang lagi banyak...hehehe

8 Komen untuk "11 Langkah Kerajaan Mengurangkan Kos"

avatar

Rasanya dengan pengurangan macam tu tak banyak yang dapat dikurangkan. Kalau betul2 nak kurangkan, sila semak ketirisan yang dah berlaku dan dijangka berlaku. Contohnya dalam projek2 kerajaan.

avatar

harap banyak lagi langkah pengurangan..

avatar

Nasib baik elaun overtime tak dibekukan. Naya beb kalau buat kerja OT, tapi tak dibayar.

avatar

salah satu langkah berjimat cermat la tu.. huhu..

avatar

Emm terima kasih kongsikan...harap mereka yang terlibat buat panduan lah..hehe

avatar

nak kena tunggu dan lihat dulu kesannya....

avatar

Assalammualaikum..BL,

Langkah penjimatan yang bagus .. nie. Moga2 ada impak yang positif...

mselim3

pls: macam ema johari cakap tunggu dan lihat ..

avatar

betul, kita kena lebih banyak berjimat sekarang.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.