blogger lelaki logo

Semangat Kerjasama

30 Komen
Apa yang penting? Kerjasama! kata perpatah orang dulu-dulu bersatu teguh bercerai roboh. Semangat kerjasama begitu ditekankan dalam masyarakat kita dulu-dulu.

Gotong royong begitu sebati dalam jiwa bangsa Melayu. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Orang dulu-dulu, jika ada apa kerja yang berat atau memerlukan tenaga yang ramai, gotong royong diadakan bagi meringankan beban, dan bergilir-gilir jika orang lain pula yang memerlukan pertolongan.


Bayangkan orang dulu-dulu nak pindah rumah, bukan sahaja tuan yang berpindah, tetapi dengan rumahnya turut dipindahkan sekali, dengan semangat kerjasama sebuah rumah pakat diusung beramai-ramai ketapak yang baru. Bukan ringan tu bro.

Kalau zaman sekarang, memang tak lah jawab nyer, siapa mahu usung rumah flat atau rumah banglow 2 tingkat tu. Agak-agak la brader nak ajak gotong royong pun..hahaha.

Apabila ada majlis kenduri-kendara, saudara mara, jiran tetangga, duk pakat-pakat berkumpul, nak siapkan lauk pauk untuk hidangan. Ada orang sebut rewang.

Zaman sekarang ni, dah nak semakin susut orang nak buat cara macam ni. Katering ada berlambak, tunggu dipilih je nak menu apa? untuk berapa kepala? setuju? hulur bayar duitnya.

Sebenarnya bukan apa, dalam kita melakukan kerja dengan semangat kerjasam berkumpulan ini. Ada berkatnya, sikit sorang dapat merasa susahnya. Kalau berat tak ada la terasa bebannya sangat. 

Jom layan video ni, menceritakan apa faedahnya ada semangat kerjasama.

30 Komen untuk "Semangat Kerjasama"

avatar

Begitulah juga semangat yang diperlukan dalam dunia blogging....berkampung dan berblogwalking sesama kekawan....ada masa lawat blog saya. thanks.

avatar

apabila semangat kerjasama susut... kekuatan semakit lembut....

avatar

zaman kecik2 dulu, kalau buat kenduri, memang penuh rumah kat kampung dengan sedara mara beberapa hari sebelum majlis, sekarang ni diaorang datang hari majlis jer...semuanya berubah ikut zaman

avatar

agak berkurangan sekarang ini..semangat kerjasama..tapi kalau melibatkan uang sudah tentu ramai sih!

avatar

Assalamualaikum bro.
Itulah yang dikatakan kuasa berjamaah...

avatar

Assalammualaikum...BL,

kerjasama nie sangat penting, yg berat jadi ringan kan!... semangat berkoperasi.

mselim3

avatar

kurang dah semangat bergotong royong di bandar ni. Aku tengok muka kau --> kau tengok muka aku --> senyum --> masuk umah. Rindu nak merasa semangat bekerjasama macam di kampung.

avatar

Orang-orang dulu pindah rumah ni, antara sebabnya ialah nak elakkan dari terkena banjir. Teknologi orang Melayu dulu-dulu ni kira power jugak la. Rumah yang boleh mobile ni bukan senang nak buat. Silap gaya, time angkat tu pun boleh tertanggal part-part dia.

Orang-orang Melayu ni dulu power sebab sifat gotong royongnya. Sekarang ni, ramai Melayu yang duduk kat bandar, jadi sifat tu dah makin kurang.

avatar

Lawan perkataan kerjasama ialah pentingkan diri sendiri. Inilah sifat orang zaman sekarang. Sifat kerjasama ini dah makin pupus di kalangan rakyat Malaysia

avatar

Assalam
'Kuasa' kesatuan hati masih ada pada masyarakat Melayu - dulu dan sekarang. Insyaallah.

avatar

sekarang ni orang lebih bersikap 'kau kau aku aku' je..semangat bekerjasama pula dah semakin lenyap.

avatar

cantiklah..kerjasama yang membina..bukan meruntuhkan..

avatar

kerjasama sangatlah penting!^^ tetiba teringat wonderpets

avatar

kerjasama sangat penting dalam masyarakat.. tetapi masyarakat kini semakin lenyap kerana sikap individualistik

avatar

Bila ada semangat kerjasama macam ni akan ada kasih sayang dan menghormati dalam masyarakat kan.

avatar

20 tahun yang lepas aku pernah jumpa orang pindah kan rumah, sekarang mana nak ada lagi dekat kampun pun rumah batu.
Tapi bab kerja sama tetap ada contoh nya rewang majlis kenduri kahwin

avatar

Kalau sesape yang join kem padu anak Malaysia, diorang ade buat aktiviti angkat rumah nie..

avatar

kenduri besar-besaran mmg memerlukan kerjasama
tp klo orgnye jenis x berkerjasama better ambik katering, memudahkan

avatar

memang penting kerjasama tapi sekarang makin kurang..
tu gambar memang dilakukan orang dulu2 kalau nak pindah rumah..

avatar

Mmg penting semangat kerjasama tu, bukan sekadar gotong royong shj malah dlm setiap aspek kehidupan & hubungan sesama insan kan.. T kasih diatas perkongsian. :)

avatar

muafakat membawa berkat.. bersatu teguh, bercerai roboh..

avatar

Betul tu bro...masa saya kecik2 dulu pernah gak orang kampung angkat rumah mak ayah saya...memang kuat semangat kerjsama ni..kalahkan kren 10 tan..haha

avatar

besar manfaatnya bila bekerjasama, perkara mustahil boleh jdi tak mustahil.

avatar

apa yang penting kerjasama.....suka zaman dulu-dulu semuanya bergotong royong....

avatar

Skrg ni nka bergotong royong ni cuma di kampung2 je ada..

avatar

jom gotong royong lawat blog

avatar

Harap bro dapat bekerjasama dengan den juga hehe

avatar

bersatu kita teguh
kerja sama-sama
kalau asyik bergaduh
hasil tak seberapa

avatar

uh berat kalau angkat sorang memang tak boleh gerak langsung

avatar

untungnya duduk d kmpung :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.