blogger lelaki logo

Peristiwa Di Bulan Muharram

29 Komen
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan tahun Hijrah (H). Ia diambil bersemperna tahun penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah (Yathrib).

Muharram bermaksud "diharamkan" atau "pantang", kerana Allah SWT melarang untuk berperang atau berlakunya pertumpahan darah sepanjang bulan Muharram.

Namum selepas itu larangan berperang pada bulan Muharram telah ditamatkan selepas pembukaan Kota Mekah (Surah Al-Baqarah, Ayat 91).

Peristiwa Di Bulan Muharram

Peristiwa hijrah Rasulullah juga adalah detik penting dalam penyebaran syiar Islam. Selepas peristiwa hijrah, Islam terus berkembang mekar, bertambah kuat, dan semakin berpengaruh.

Disebabkan itu setiap tahun kita sering disajikan dengan ceramah-ceramah berkenaan hijrah. Kenapa? sebabnya, kita perlu berhijrah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik.


Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Islam Di Bulan Muharram:

1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab merupakan khalifah pertama yang menetapkan perkiraan bulan dalam kalendar Hijrah.


10 Muharram – Lebih dikenali dengan 'Hari Asyura', kerana begitu banyak peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini.


20 Peristiwa penting pada 10 Muharram :-

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

29 Komen untuk "Peristiwa Di Bulan Muharram"

avatar

Satu info yang menarik berkaitan bulan muharram..terima kasih atas infonya!

avatar

Wah... info yg memang sedang saya cari2 untuk segmen saya. Sy backlink ke sini ya utk segmen sy nanti. Terima kasih ya sudi berkongsi info islamik ni.
Selamat menyambut ma'al hijrah. Semoga tahun ini lebih baik dari yg lalu dan mendapat rezqi dan ilmu yg penuh keberkatan.

avatar

Terima kasih BL

Byk yg Allah berikan kita peringatan utk sama2 kita hadam.

avatar

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian...

avatar

Errmmm... berkenaan bulan di mana Rasulullah berhijrah tu, ada sedikit percanggahan dari ahli-ahli sirah berkenaan bulan ketika Rasulullah berhijrah. Bro boleh rujuk di sini MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

avatar

Sori, link tak keluar. Kat sini bro, http://drmaza.com/home/?p=1297

avatar

x sabar nk pekena bubur syura...

avatar

salam maal hijrah.. perkongsian artikel yang sangat bermanfaat..

avatar

rindu nak makan bubur asyura..macam mana ni admin >__*

avatar

sebab tu saya tak berani nak update sebarang entri inilah salah salah satu sebabnya..

avatar

Salam Maal Hijrah BL. semoga setahun mendatang dan kehidupann yang seterusnya sentiasa dilimpahi keberkatan, kesihatan dan keimanan yang sempurna dan berjaya dunia hingga ke akhirat.amin.:) terima kasih pernah singgah blog CMK..:)

avatar

Terima kasih... Semoga tahun ini kita akan lebih baik dari tahun lepas.

avatar

Dah tak ingat dah apa yg berlaku pada 10 muharram...nice info

avatar

perkongsian yang sangat bermanfaat ni.....salam maal hijrah :)

avatar

santapan minda terbaik pada tahun baru ni

avatar

salam maal hijrah ...

avatar

Salam maal hijrah untuk bro..terima kasih kongsikan...

avatar

perkongsian yang bermanfaat.. . terima kasih :) salam maal hijrah :)

avatar

perkongsian yang bagus.. ramai mungkin terlupa pasal ni.. thanks atas cool refreshing :)

avatar

Banyak jugak peristiwa yang berlaku di bulan Muharram ni ye. Hari asyura tu boleh makan bubur. Hehe

avatar

Ya Allah ternyata saya selama ini memang tak pernah mempelajari peristiwa2 di bulan muharrom, banyak pelajaran yang bisa di dapat dari peristiwa bulan muharram

avatar

Terima kasih dengan perkongsian ini bro ,salam Maal Hijrah

avatar

Assalam.
Terima kasih dengan perkongsian ini. Info yang bertepatan pada waktunya.

avatar

Salam Maal Hijrah BL...

avatar

antara perkara yg perlu kita refresh kembali

avatar

Good entri.. tq atas perkongsian..

avatar

Banyak peristiwa penting berlaku di bulan ini. Kalau jawab bahagian sejarah untuk kertas agama, patut senang nak ingat, kan? :D Apa-apa salam maal hijrah bro. Semoga tahun ni baru beri kan lebih nikmat dan keberkatan dari Allah swt.

avatar

saya tercari2 drp pelbagai blog ttg 10 muharam saya amat pelik kerana setahu saya sayidina husein dibunuh pada hari asyura.. saya keliru apabila kita menyambut pula hari itu dgn penuh kegembiraan sehingga melupakan pebunuhannya pada tanggal yg sama.. juga berlaku percanggahan hadis yg aat mengelirukan yg mana hadiths tersebut drp ibnu abbas.. setahu saya rasullulah berhijrah pada rabiul awal bukannya muharam.. bagi saya ini cerita ttg pebantaian sayidina hussein perlu diberitahu kpd umat islam.. kita perlu sama rata dlm menghargai sahabat dan keluarga nabi kerana allah byk menyebut keluarga nabi dl alquran dgn sebaik2 keluarga

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.