blogger lelaki logo

Masakan Yang Paling Sedap di Dunia

45 Komen
Masakan yang paling sedap didunia, tak payah tanya aku sudah tahu jawapannya, iaitu masakan emak kita kan. Aku yakin pasti semua orang akan cakap macam tu.

Walaupun kita pernah makan masakan daripada restoren atau hotel 5 bintang sekalipun, tetapi tetap tak boleh lawan masakan emak kita. Walapun dimasak oleh chef terkenal sekalipun, tetap emak kita jugak yang menang...huhuhu

Sejak dari kecil kita dibesarkan dengan air tangan emak kita. Walaupun menu hidangan yang emak masak, sederhana cuma, namum tekak kita tetap berselera untuk menikmatinya.

Dapur kayu - Masakan Yang Paling Sedap di Dunia
Gambar Ihsan Google Image.
Namum aku rasa tak semua daripada korang ni, pernah merasa masakan yang dimasak daripada dapur dalam gambar ini. Tetapi aku pernah, semasa kecil, aroma ini akan semerbak di dalam rumah aku apabila emak aku sedang menyiapkan hidanagn buat santapan keluarga kami.

Jika minum air kosong, aku dapat menbezakan, air mana yang direbus menggunakan dapur kayu yang mana guna dapur gas, rasanya jauh berbeza. Ia ada rasa yang tersendiri.

Aroma masakan juga berbeza, jika memasak menggunakan dapur kayu. Harumnya lebih sedap dan menyelerakan bagi aku. Rasanya pun ada berbeza berbanding masakan menggunakan dapur gas.

Bau asapnya itu bagi aku ada sentimental value orang putih cakap. Sebab bila aku terbau asap semacam itu, aku akan terimbau kembali, masa aku kecil dulu.

45 Komen untuk "Masakan Yang Paling Sedap di Dunia"

avatar

Dulu pun pernah merasa juga masakan kayu api ni, hehe..bro boleh buat tutorial letak header sebelah iklan tu tak? macam menarik pulak...thanks..

avatar

nice entri!
masa mak ada... kita dapat rasa masakan mak.... nanti bila mak dah tak ada... rindunya masakan mak..
saya selalu senyum setiap kali melihat wajah mak... rindunya dekat mak :) hahahah

avatar

dulu punya feel makanan, ada beza sikit.. kan....

avatar

Assalam
Sememangnya nostalgia ya Tuan BL.
Hidangan air Perisa Asap adalah sesuatu yang unik tu.

avatar

Ibu adalah segala-galanya...Jangan lupa ayah juga.

avatar

Betol tu..masakan mak lah masakan yg PALING sedap didunia. Chef terkemuka pun kalah ngan masakan mak kita sendiri.

Kalo masakan yg di masak dgn kayu api tu, mmg ada bau asap kan..lbh sedap dan nikmat bila kita mkn.

avatar

aku tak pernah rasa dapur kayu tp kalau la ada restoran yg buat konsep mcm ni mesti menarik kan... segala masakan guna dapur kayu...

avatar

masakan mak tiada galang gantinya..

avatar

rindu kat mak nih ooooo

avatar

aku sempat merasa masakan arwah mak aku guna dapur masa dolu-dolu

avatar

Pernah rasa masak atas dapur kayu masa kat kampung je, tu pun masa rumah kampung tu masih rumah kayu...

Sekarang dah jadi rumah batu, tak merasa lagi dah...

avatar

Masyaallah! lama tak tengok dapur asli rumah orang Melayu Kampung macam dalam gambar tu...last sekali guna dapur tu masa tahun 80an dulu....nostalgia! balik kampung nak buat dapur tu dan simpan !

avatar

aiza pun pernah merasainya juga pada satu masa dulu.. di kampung dulu jika kehabisan gas pun selalu juga mak aiza memasak menggunakan dapur kayu di luar rumah.. memang sedap aromanya.. :D

avatar

Baca ni bt aku rindu kat air tngan mama aku....

avatar

Betul tu. Masakan emak lah yang paling sedap di dunia. Tapi ada juga masakan emak yg tak sedap. Masakan emak orang lain, bukan emak kita sendiri. Hehe. Masakan emak sendiri memang sedap sebab dari kecil kita dah terbiasa makan masakan dia.

Budak2 sekarang aku rasa lebih suka masakan bibik sebab emak diorang sibuk kerja tak sempat masak. Hari2 bibik je yang masak.. Haha..

avatar

Betul tu...masakan ibu tiada tandingan, ibu sendiri le...
Dapur kayu memang terbaik, aroma dan rasa masakan tiada bandingan!

avatar

masakan lebih sedap bila guna dapur kayu..memang rasa dia lain berbanding dapur gas :)

avatar

so true bro! kalau mak masak, cukuplah hanya telur goreng dan sup bayam kenit akan makan sampai hirup dari pinggan! hehe. Itulah penangan air tangan seorang ibu ...tak boleh celen la dengan kat kedai.

avatar

sama la macam lauk kenduri.. ada beza kalau gulai kawah yg masak guna kayu..

avatar

Tak pernah aku merasa dapur kayu macam ni. Kalau orang masuk dekat kenduri tu ada la.

avatar

masakan mak adalah yang terbaik :) pernah makan masa atuk masak guna dapur kayu..rasanya lebih umm lagi

avatar

Mmg tak dinafikan masakan emak lah yg paling besh. Ambe rindu mak ambe... ~ngeee

avatar

sekarang nih jika orang tanya masakan paling sedap di dunia ialah masakan emak dan isteri...=)

avatar

Masakan Emak dan Makanan Free yang best!!!

avatar

tetiba rasa nak balik kg hehehehe

avatar

dah x dpt rasa sbb saya pula yg masak utk bonda . tapi saya merasa masakan drp dapur itu satu ketika dulu ...

avatar

tringin nak mkn masakan dapur kayu api
zaman sekarang zmn tong gas

avatar

Betul tu. Mak kita masak lagi sedap walhal buat sambal belacan. Shafiq suka sambal belacan mak shafiq buat..sedap dan masam2 rasanya !

avatar

Masakan ibu ttp yg terbaik.. doa ibu membawa ke syurga..

avatar

org kpg mcm pcl ni memang dah biasa sangat..masih ada lg kat umh mak sy tu. bila nak masak kuih bingka dlm entri terbaru ni.pon kena guna dapur kayu..letak bara sabut kelapa bhg ats dan bawah periuk..wuhhh mmg nostalgia. .

avatar

Sudah tentu masakan dari air tangan ibu terbaik. :-)

avatar

Masakan ibu memang terbaik especially kalau masak pakai dapur kayu/arang....ermm, memang sedap. Beruntung anak-anak yang masih dapat merasa air tangan seorang ibu. Sedap dan berkat.

avatar

Setuju sangat-sangat. 200%..

avatar

memang masakan mak tak terkalahkan aduh jadi rindu mak yang sudah berpulang

avatar

tak terkalah masakan emak, kena masak lemak cili api ikan baung ke....heeee

avatar

memang masakan ibu paling sedap dalam dunia... setuju 100%...! hehe...

avatar

tak payah cakap banyak dah masakan mak memang A+ hehe

avatar

ramai orang cakap aku gemok sekarang. hakikatnya aku tinggal berdua dengan mak, dia goreng telur pun paling sedap di dunia, macam mana tak gemok?

end up pekakkan telinga dan terus makan apa yang mak masak. selagi dia ada ni lah nak gemuk, bini masak nanti belum tentu sedap macam mak kita masak lagi. hehe

avatar

mak tak pernah jemu masak utk anak2...

avatar

sila cuci lubang hidung selepas masak guna dapur kayu
hehe

kenangan lama ni

avatar

memang x dinafikan masakan ibu paling sedap didunia, masak main campak je.. tapi tulah yg buat kita teringat sampai kini...

avatar

Alamak bro..nostalgia sungguh gambar tu..sobsobsob...

avatar

pernah guna dapur kayu macam tu....zaman tahun 70-an....

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.