blogger lelaki logo

Lelaki Vs Perempuan : Dalam Bab Belajar

42 Komen
Lelaki vs perempuan, bukan aku nak suruh korang bergaduh ni, tapi aku nak cerita pasal cara pelajar lelaki belajar dan cara pelajar perempuan belajar.

Aku perhatikan keadaan ini sejak zaman aku sekolah menengah lagi, dan membawa ke IPT. Dari aku amik SPM hingga ke aku menempuhi final exam, lebih kurang sama je.

Lelaki Vs Perempuan

Cara Pelajar Lelaki :-

1. Buat tugasan atau assignment saat-saat akhir, siap ada yang minta tiru daripada pelajar perempuan lagi...ikut pengalaman tu..hahaha

2. Kuat main, lepak sebelah malam, layan tengok bola sampai pagi. Ada juga yang kaki game, masa aku dulu paling game top Counter Strike, PES dengan Need For Speed Underground. Tak kisah pun ada kelas ke tidak pagi esok...layan main game sampai mata lebam.

3. Suka masuk kelas lambat, kadang-kadang sampai ke kelas sekali dengan pensyarah...Aku memang banyak kali kena denda sebab masuk kelas lambat..bukan  10 minit lewat..tapi aku lewat sejam dah kelas bermula..hahaha.

4. Saat-saat akhir baru mula kalut nak ulangkaji. Esok nak exam, malam ni baru nak pulun...masa aku belajar dulu..kalau hari exam..memang aku tak tidur malam..aku study sampai subuh...lepas abis exam baru aku tidur.


Cara Pelajar Perempuan :-

1. Pelajar perempuan ni terlebih rajin, study hard orang kata. Jaranglah aku tengok pelajar perempuan kena denda sebab tak siap kerja rumah atau assignment. Buat nota pula berwarna-warni. memang rajin betul la.

2. Kalau bab lepak ni, ada memang ada, tapi sangat sedikit peratusannya. Lebih ramai yang lebih suka duduk rumah layan cerita korea kot...

3. Pelajar perempuan juga ada disiplin yang tinggi, sebab mereka datang ke kelas awal. Pintu pagar tak buka lagi pun mereka dah sampai...hahaha

4. Persediaan sebelum peperiksaan, selalunya yang aku perasan, pelajar perempuan akan buat nota ringkas, dengan kertas A4 dilipat dua. Pelajar lelaki pun ada buat tapi tak ramai yang buat, kalau buat pun untuk dijadikan toyol letak nota dalam tandas...hahaha


Jangan lupa untuk baca entri terbaru :

42 Komen untuk "Lelaki Vs Perempuan : Dalam Bab Belajar"

avatar

memang demikianlah jika buat tugas sayapun dulu waktu sekolah sering tunggu pekerjaan teman perempuan saja tinggal salin he he

avatar

lelaki ni bijak skit kot

avatar

masa zaman aiza belajar di ipt dulu ada yang pelajar lelaki buat aiza pernah buat..hehe..

avatar

Assalammualaikum.. BL,

hheheh..hhahah.. biasa lah lelaki dikenali dengan sifatnya... lelaki lah katakan.. lelaki nie smart ..

mselim3

avatar

biasa la. lelaki study smart. hehehe...

avatar

lelaki memang slow sikit masa sekolah, kurang matang la katakan...
bila dah tua, nampak la matured and wise...

avatar

lelaki kalau tak nakal, bkn lelaki namanya...hehhe...tapi saya takmao anak lelaki saya macam contoh kat ats larr..:)

avatar

Gua macam dah lupa lah macam mana gua belajar dulu hehe

avatar

hahaha....enjoy baca...saya dulu tak ler kaki study sangat, tapi xleh study masa sebelum masuk dewan exam, mesti berterabur abis fakta...

avatar

puteri masa dulu selalu study last minit..bila study last minit rasa macam lagi mudah nak faham dan hafal..hehe. Adik adik sila jangan ikut yer...hahaha

avatar

Pendapat saya - budak lelaki lebih suka benda2 praktikal, budak perempuan lebih suka benda2 teori...

avatar

aduhh sangat setuju , lelaki suka yang practikal dan perempuan more pada teori .. cuba suruh perempuan buat praktikal memang tak akan lah tapi ada segelintir yang boleh ..suruh lelaki pekara yang teori ,tentu mereka boleh tapi bosan

avatar

budak lelaki mmg ade feelnya tersendiri
klo pempuan kita tahu diorg budak baik...kikikiki

avatar

budak lelaki suka budak perempuan comel dan bijak.. hoho

avatar

laki malas pompuan rajin.... tapi bila peksa budak lelaki yg bagus :)

avatar

betul tu setuju, lelaki fokus dlm kelas walau tak rajin study mcm pompuan

avatar

Lelaki belajar tak tunjuk...study smart! Result gempak! :)

avatar

kawan pompuan saya.. bab yang perlu kuat imagine seperti lukisan kejuruteraan.. memg dorang failed.. yg lelaki plak.. bab mengira.. pompuan jadi minta jawapan..

avatar

Tapi pelajar pompuan kuat jiwa-jiwa dan pelajar lelaki pula lebih sedar di alam nyata...switch mental dan amalan masing-masing akan jadi hebat!

avatar

perempuan lebih rajin dan lebih teliti, lelaki lebih main sikit biasalah, tapi macam tu ramai jugak yang cemerlang....heee.

avatar

Kala bab lelakitu memang saya setuju..itulah saya macam zaman belajar dulu..kahkahkH

avatar

Rasa macam nak setuju je..Perempuan lebih committed actually..guys ada jugak yang rajin..tapi tak ramai...he..he

avatar

aah, laki memang macam tu..haha, janji jawab..perempuan memang power kalo bab ulang kaji ni..haha

avatar

Lelaki biasa guna prinsip hero kalah dulu. Lepas tu baru kejar..

avatar

Smart bila time belajar. Lepas tu mesti result gempak kan.

avatar

Kena didik anak cara sunnah. Insyallah baik anak.

avatar

Lelaki dia cool je.. smart & steady hehee :D

avatar

Kalau bab belajar, memang tabik la pelajar perempuan. Rajin tak ingat. Tapi bab main serah la kat pelajar lelaki. dulu, esok nak exam, tak tidur sebab study. last2 tidur masa exam. hehe

avatar

biasa memang lelaki last minute punya... hehehehee

avatar

memang betul tu..saya perhatikan kepada anak lelaki dan anak perempuan saya

avatar

Assalam
Budak lelaki belajar cool.
Budak perempuan belajar komited.

avatar

Aku setuju. Memang tak dinafikan lagi. Haha. Cara perempuan belajar memang terbaik. Tapi lelaki yg banyak main pun ada je yg cemerlang. Kepala otak bijak. Bijak meniru pun ada. Keh3..

avatar

Kire dan macam standard la last minute work. Kalau bab stud hard ni aku tak setuju sangat, yang penting adalah study smart.

avatar

macam2.. mesti la ada beza sebb pemikiran pun x sama..

avatar

MALAS. Tu je jawapannya. Huhu

avatar

haha memang betul lah entri ni, dan list pelajar lelaki yang kau tulis tu semua ada dekat aku aku rasa, kaki game, masuk kelas lambat. memang kena sangat

lelaki bukan tak pandai, cuma malas, perempuan bukan lambat pickup, cuma mereka kena rajin, ciptaan Allah ni unik, nak berjaya kena usaha lebih :) nice entri bro

avatar

Dari segi belajar aku mmg puji sikap perempuan sbb mereka lebih tekun berbanding lelaki agak sambil lewa...

avatar

Lelaki memang main saja kat U tapi result last minit pun power

avatar

HAHAHAHHA...Nasib la...aku xmsuk mna2..aku sdrhana..ada skit cara bljr wanita, sdikit cara blajar llki...tp aku mmg x suka last minit..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.