blogger lelaki logo

Kenangan SPM Aku

74 Komen
Aku rasa rata-rata dikalangan kita semua pernah menduduki peperiksaan SPM. Tahun ini SPM akan bermula pada 6 November 2013. Dan inilah peperiksaan terakhir buar pelajar diperingkat sekolah menengah.

SPM ini penting sebab akan menjadi hala tuju masa depan buat pelajar. Jika berjaya, mungkin akan mendapat peluang masuk ke kolej Matrikulasi, ada yang berjaya masuk ke tingkatan 6 Sains atau 6 sastera. Dan ada juga yang terus sambung ke peringkat diploma atau sijil.

Namum semasa aku sedang menduduki SPM, sebenarnya ada beberapa kawan aku yang tercicir, salah mereka juga malas nak sekolah.

Bagi aku kenangan SPM itu cukup terkesan hingga kini. Walaupun sudah bertahun berlaku. Ada banyak peristiwa dan kejadian yang menimpa aku.

Kenangan SPM Aku

SPM dan Bisul

Seminggu sebelum aku menduduki SPM, tangan aku telah terkena bisul, betul dekat lengan, sebelah tangan kanan. Memang bisa beb, aku nak menulis pun terasa sakit. 

Bayangkan macam bertapa seksanya, ngerinya aku menulis karangan Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Rasa panas sejuk panas sejuk je bisul aku semasa itu.

Bisul tu lama melekat dekat tangan aku, sehingga 2 minggu selepas SPM masih belum sembuh. Malah lebih teruk apabila aku terpaksa duduk diasrama sepanjang peperiksaan itu. 

Seingat aku semasa aku menduduki SPM itu pada bulan ramadhan.

Lembaga Hitam

Aku duduk di asrama sepanjang minggu peperiksaan itu, bagi memudahkan aku pergi awal sebelum waktu peperiksaan bermula. Dan juga untuk menyenangkan lagi aku mengulang kaji pelajaran. Dan boleh juga dibuat study group, mana yang tak faham boleh bincang.

Dan menjadi tabiat aku untuk study pada pukul 3 pagi ke atas, malam ini tak ramai orang di asrama, semua pelajar aliran sastera balik kampung, dan cuma tinggal kami 5 orang pelajar aliran sains.

Malam itu aku bangun seperti biasa. Aku pun menjenguk ke tingkap untuk tengok siapa ada dekat dewan study, aku nampak ada orang, aku bajet itu kawan aku "ceh bangun awal tak kejutkan aku" bisik aku dalam hati.

Aku bangun, sahut sweater adidas aku, terus berjalan nak menuju ke bilik, nak basuh muka. Dan katil kawan aku betul-betul terletak di tepi pintu. Aku tengok kawan aku sedang nyenyak tidur. Aduh, tadi aku nampak siapa. Selalunya aku dengan kawan kau ni je yang suka bangun diwaktu macam ni.

Tapi jiwa aku masih kental, aku fikir mungkin kawan aku seorang lagi yang bangun nak study kot. Aku pun pergi basuh muka. Masuk bilik balik, nak ambil buku rujukan dan buku nota. Aku pun terlintas nak tengok sapa yang sedang study dekat luar tadi, sekali aku tengok....dah tak ada orang. Meremang bulu romaku, terus aku balik ke katil dan tarik selimut, tak jadi nak study.

Subuhnya aku bangun, selepas solat jemaah, aku tanya ada tak sesiapa yang bangun study semalam pukul 3 pagi, sorang pun jawab tidak, semua sedap duk tidur. Aku pun diam aje la, tak beritahu pun pasal aku nampak ada lembaga dekat dewan study tu. Terkena aku semalam.

Malam Yang Akhir

Seingat aku subjek akhir SPM aku ialah Biologi. Dan ini adalah malam terkahir aku berada di asrama ini. Dan malam terakhir aku menjadi pelajar di sekolah ini. Sudah banyak malam aku tak bangun study pukul 3 pagi, paling awal pun aku bangun study selepas subuh.

Malam-malam terakhir ini juga cuma tinggal kami 5 orang pelajar kelas sains. Pelajar kelas sastera dah habis semua subjek. Namum ada seorang kawan aku daripada kelas sastera nak tidur bersama kami malam ini. Jadi semua jumlah kami yang bermalam di asrama adalah 6 orang, dan warden memang tak ada semua orang dah seronok bercuti.

Sebenarnaya selepas malam aku ternampak lembaga itu, aku ajak semua kawan kau tukar dorm, Sebab dorm yang ini dah takkan nampak terus ke dewan study. Syukur 3 malam sebelum itu tak ada apa-apa yang berlaku.

Aku ingat malam terkahir ini tak ada lagi benda nak mengacau aku. Dimulakan dengan bismillah, dan doa tidur aku pun mulakan sesi ketiduran. Malam itu aku tidur dalam pukul 12. Memang aku dah tak mahu bangun study pukul 3 pagi dah, serik aku.

Semua kawan-kawan aku, letak je kepala terus lena. Tapi aku sampai sudah tak tidur-tidur. Alamak, kenapa susah sangat mata aku nak pejam ni. Aku tengok jam, dah pukul 12.30. Aku dah mengantuk tapi mata tak boleh lelap.

Aku cuba pejamkan juga mata aku, mula kedengaran macam-macam bunyi, ada bunyi orang sedang berjalan, ada bunyi serangga atau unggas yang belum pernah aku dengan sebelum ini di asrama ini, siap ada bunyi pintu terbuka dan tertutup pulak. 

Aku memang dah pejam mata rapat-rapat. Nak kejutkan kawan aku, nampak best pulak dorang tidur. Aku pun pergi tukar katil yang lain. Biasa la dalam dorm kami ada 20 jatil double decker. Dah tak ada orang, aku pilih aje la mana-mana katil, dengan harapan dapat tidur dengan nyenyak.

Namum keadaan masih, sama, bila aku nak pejamkan mata aje, macam bunyi kendengaran. Keadaan itu berlarutan sehingga subuh. Langsung aku tak boleh tidur. Keesokkannya aku dengan mata mengantuk mengadap soalan biologi. 

74 Komen untuk "Kenangan SPM Aku"

avatar

best cerita ini bro! harap ada sambungan selepas ini..

avatar

kenangan memang sweet kan walaupun ada pahit dan manis :) deno pula kenangan yg boleh buat air mata byk mengalir sbb dugaan sakit..

avatar

Kenangan time spm memang best...yang dok asrama tau la apa aktiviti lepas exam...

P.s mandi sungai lepas exam tengahari buta...huhu

avatar

anda di mana sekarang selepas spm...boleh buat sambungan kelak.

avatar

dah jadi macam drama yer..siap ada sambungan

avatar

hmmm...hidup ni kan penuh dugaan..sebenarnya saya pun ada kisah sedih selepas SPM tu

avatar

kenangan mandi sungai tu gua semasa PMR dan UPSR ada la..masa SPM dah jarang dah mandi sungai

avatar

haha..kesian plak bila aku baca cerita hang ni. haha

avatar

saya disini..orang yg masih sama semasa SPM dulu dari segi perwatakan..saya yg tak banyak berubah dari segi perangai dan pemikiran..hu3

avatar

hang kesian..tapi aku rasa takut wey...hahahaha

avatar

tangan pun bleh bisul ye? huhuhuh pelik... pengalaman yg menarik...

avatar

pergh...tetiba teringat lepas SPM baling mercun tanda tamatnya exam

avatar

tak tahu la itu bisul ke tak..tapi memang sama macma bisul sebaab dia ada mata..memang sakit gila

avatar

hu3..itu pun sama jga dgn aku dulu..

avatar

macam2 dugaan tu utk spm bro..bisul + lembaga hitam...hoho

avatar

pergghhh...menarik citer kenangan SPM dan dok di hostel....

avatar

Nice story....kita semua ada kenangan SPM masing2 sama ada manis ataupun pahit...

avatar

kenangan bunda ambil SPM ...owh ! dah lama sangat dah... tahun 70'an dulu nak...

avatar

Amboi macam baca cerita seram pulak. Jadi ini semua salah hantu tu lah ya sebab kacau orang nak tidur XD

avatar

entah.. dah lupa habis dah kenangan SPM dulu..

avatar

singgah sini jap nak jemput join GA teman yang 1st.. sempena ulangtahun blog tengkubutang yang ke setahun.. jom join nak? banyak hadiah hebat untuk dimenangi..

avatar

Banyak betul dugaan yang menimpa bro time-time dekat SPM tu. Tak cukup dengan bisul, makhluk halus pun sibuk jugak nak kacau. Bro asrama kat mana ni? Angker betul tempatnya. Hehe.

Agaknya asrama-asrama kat Malaysia ni memang selalu sangat ada gangguan. Kat sekolah saya dulu, asramanya bersebelahan dengan jirat Cina. Benda-benda gangguan sampai histeria tu memang selalu sangat la terkena.

avatar

Setiap orang ada pengalaman yg tersendiri dan menjadi kenangan manis. Dulu ingat lagi, ada yg cuba mengintai specimen utk test amali Biologi. Heboh!...ada yang nampak ianya lipas, apa lagi sebok mengkaji bab lipas...Last2 yg keluar udang, semua dah jadi otak udang...hahaha

avatar

muja tak pernah lak kena ganggu ke ape and i prefer for it to stay that way,, seram kot,, huhuu

avatar

Try la tgk cite highland tower org kata best...

avatar

memang seksa woo.hahaha

avatar

spm ini umpama tiket untuk melanjutkan pelajaran. kenangan belajar memang menarik...

avatar

hu3..macam2 cerita sebenarnya dekat hostel ni

avatar

mana tahu boleh buat cerpen atau novel. pastu buat drama pula

avatar

hu3..itu semua kenangan kan

avatar

seramnye dgn lembaga hitam tu
myb dia nak kasi soalana yg keluar kot..hikhik
yumida masa exam spm selsema, srot srot je tarik hingus, dahle dewan senyap sepi
isi tabung nuffnang sini-inti international university

avatar

hahaha..dah lama sgt tu

avatar

hahaha..entah la hantu apa tu

avatar

dah lama sgt la tu sgt dh tu bro

avatar

insyallah ada kesempatan akan join sekali

avatar

tempay dirahsiakan sebab tkot nnt team uncleseeker pergi buat rakaman..hahaha..memang banayk kisaj seram dekat asrama ni kan

avatar

hahaha..tu hantu kelas bio nama dia...

avatar

Dah macam novel dah aku baca entri ni..best,...haha, teringat kenangan lama duduk asrama masa SPM, nasib baik semua ambil sastera tak ada yang amik sains punya.. Meriah sakan kat asrama sebab budak lain tak ada..haha

avatar

filem baru ni kan..best ke

avatar

yup SPM akan menentukan hala tuju kita..so kepada adik2 yg nk menghadapi SPM tu buat betul2 la

avatar

hahaha..rugi plak tak tanya kan...

avatar

memang best..sebab dah tak ikut peraturan asrama..warden pun tak ada dekat asrama aku masa tu

avatar

masa SPM dulu aku main-main.. kalau betul betul dah jadi Dr dah..hehee

avatar

Bila dikenang masa ambil SPM ni,hehe banyak juga kenangan manis

avatar

hahaha..sama lah dgn gua..kuat main masa belajar dulu

avatar

hu3...kenangan semua orang tu..tapi aku kesin juga sebenarnya ada juga merka yg tercicir dan tak ambil SPM ni..

avatar

saya kurang cemerlang dalam SPM bro!

avatar

best ni..leh buat cerita seram...hehe. Memang ada macam-macam kenangan masa zaman sekolah

avatar

Spm aku terumbang-ambing... Bulan puasa time aku spm... Huhu

avatar

Kalau duduk asrama macam2 la kenangan berlakukan bro. Mau demam jugak nak jawab exam kalau jadi macam tu. huhu

avatar

Aku tak pernah buat ulangkaji untuk SPM. Mase dah masuk U, baru la aku rajin sikit

avatar

Bila aku baca cerita nie...teringat aku kenangan sewaktu tinggal di asrama dulu. Kenangan lalu mmg best kalau dapat dimbas kembali...

Bagi mereka yang nak ambil SPM tahun ini, semoga berjaya hendaknya....

avatar

wahh entri yang menarik, tentulah banyak kenangan yang pahit manisnya... :) teringat juga zaman SPM dulu

avatar

biologi memg sentiasa last...subjek menghafal perlu di akhirkan...nice story

avatar

Banyak kenangan SPM saya, Macam-macam cerita bila sampai masa SPM nya. Best cerita ini BL.

avatar

Biologi saya cemerlang juga sikit :-)

avatar

jalan cerita pertama dha best tiba last paper mata tak blh tdo jadi apa resultnya heeeee

avatar

pergghhh menyeram kan..hahha

avatar

dah tak ingat dah.. tahun 1995 tu amik SPM

avatar

alhamdulillah , gangguan2 itu x failkan awk ... heheheeee

avatar

Nasib baik ok ya..kalau tak cukup tidur selalunya kita akan pening and tendency nak lupa jawapan pun akan ada!!

avatar

mesti ngeri tengok ada lembaga hitam tu.. semua tu ujian dari Allah kan.. aiza ambil exam spm tahun 2000.. dua minggu sebelum exam tu aiza masuk hospital sebab tiba-tiba terkena tekanan darah tinggi.. mungkin sebab terlalu stress study berjaga malam kot.. seminggu juga duduk di hospital tu.. nasib baik tak kena exam di hospital..

avatar

Bukan semua orang dapat peluang nampak lembaga hitam macam ni ho ho

avatar

Pehh ni sepatutnya kau buat siri bro. Dengan bisul satu siri, lembaga satu siri

avatar

Errr sram lah pulak..haha..emm dulu masa duk kat asrama memang seram bila semua orang duk citer pasal dorm berhantu..emmm

avatar

pengalaman yang menarik :D

avatar

pengalaman yang menarik :D

avatar

saya masih belum paham mas, apa istilah SPM kalau di indonesia, takutnya salah komentar kalau tak faham

avatar

Ishh betul2 tinggal kenangan sungguh mase SPM dulu ye..
Mesti meremang tengkuk sesekali teringat psl lembaga tu kan..

avatar

ada jumpa hantu biologi tak bro?

avatar

Best kenangan mcm tu.. mmg amat berharga.. :)

avatar

Siapa yang tinggal Asrama lagi banyak kenangan masa SPM.

avatar

nice info nya
mampir di blog saya
http://situsmovies.blogspot.com
Blog download drama korea terbaik dengan size kecil tapi kualitas gambar HDTV

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.