Gua Buntu

Gua Buntu

Gua betul-betul tengah buntu sekarang nie. Aktiviti blogging gua sudah beberapa terbengkalai. Masalah datang bertimpa-timpa. Bebanan kerja pula semakin melampaui batas dihumban atas kepala gua.

gua buntu


PC gua rosak, lepas balik dari oustation dekat Kuala Terengganu, gua ada masa sehari untuk rehat. Balik je rumah tau-tau pc gua jahanam. Asyik restart sendiri. Gua tak tau apa punca problem dia. Nak merajuk tetiba.

Belum sempat gua merawat pc kesayangan gua, walaupun sekadar pc lama zaman Pentium 4, tapi dia dah banyak berjasa. Gua kena henjut ula turun ke Melaka. Dalam 4 hari gua terperuk dalam hutan dekat Melaka.

Dan dengan rasminya gua terpasak menggunakan peralatan pejabat untuk update blog gua. Tengah duk fikir nak angkat laptop sebijik. Baru senang nak buat kerja gua. Boleh bawa ke hulu ke hilir, senang.

Share this:

Disqus Comments