blogger lelaki logo

Final Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs Pahang

37 Komen
Menjelang Final Piala Malaysia 2013, pertembungan dua pasukan hebat dari pantai timur, Kelantan bertemu Pahang. Sang Kijang menentang Sang Gajah. 

Diperingkat kumpulan kedua-dua pasukan ini berada dalam satu kumpulan yang sama, dan dianggap sebagai kumpulan maut untuk musim ini.

Melihat kepada rekod pertemuan dua pasukan ini, dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super. Nyata keputusan diatas kertas lebih memihak kepada pasukan Kelantan, namum tidak dinafikan pasukan Pahang pada musim ini adalah diantara pasukan yang terbaik.

Piala Malaysia Peringkat Kumpulan C
Kelantan 4-0 Pahang
Kelantan 1-1 Pahang

Liga Super 2013
Kelantan 2-2 Pahang
Kelantan 2-0 Pahang

Final Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs Pahang

Apek Lebih Berbisa Digawang

Penjaga gawang nampaknya Apek lebih menyerlah berbanding Khairul Azhan. Kita boleh saksikan ketangkasan Apek semasa menetang ATM, banyak aksinya menyelamatkan tendangan ke arah pintu gol. 

Namum kelebihan Khairul Azhan adalah dalam menagkap bola-boal tinggi, namum agak goyah bila menangkap bola leret.

Ketiadaan Obina Meresahkan Pertahanan Kelantan

Musim ini prestasi yang ditunjukkan Obinna Nwaneri begitu bagus sekali. Dan kita boleh lihat sendiri dalam perlawanan-perlawanan untuk Piala Malaysia, tonggak pertahanan ini memainkan peranan yang penting dalam mengekang asakan lawan. 

Namum Dalam perlawanan akhir ini, Obinna tidak dapat beraksi kerana telah mengumpul dua kad kuning. Jadi percaturan TRW kini dibahagian pertahanan, kemungkinan besar akan menurunkan Subra bersama Nik Shahril Azim serta Azizi Mat Rose.

Barisan pertahanan nampaknya memihak kepada pasukan Pahang. Dengan tonggak pertahanannya, Damion Stewart, dirasakan permain yang paling sesuai untuk menyekat kemaraan Dickson, orang besi.

Kapten Marvel Tunjang Midfield

Mohad Badhri Radzi atau Piya, nama yang sudah tidak asing lagi, walaupun sering dipinggirkan daripada skuad kebangsaan, namum aksinya membantu TRW cukup hebat. Dia adalah legenda bolasepak Kelantan. 

Piya adalah nadi pengerak serangan pasukan Kelantan, disamping itu Piya dibantu pula oleh Shakir Shaari. Dua pemain ini, saling menbantu dalam mengerakkan jentera serangan TRW. Serangan pasukan Kelantan lebih banyak tertumpu dari bahagian tengah.

Namum pasukan Pahang pula dibarisi flanker pantas mereka. Dan kita boleh lihat cara Pahang menyerang lebih banyak melalui bahagian tepi iaitu melalui Alex, Gopi dan Surendran. Dan mereka ini cukup pantas dalam melancarkan serangan.

Aksi Di Bahagian Stiker

Dalam bola sepak, aksi bahagian penyerang, amat dinanti-nantikan gawang pihak lawan dibolosi. Namum antara kedua-dua pasukan ini. Aksi bahagian penyerang, boleh dikatakan seimbang, diantara Farhan dan Mohd Fauzi Roslan.

Kedua-duanya memiliki kelebihan masing-masing. Aksi Dickson Nwakaemeorang besi pastinya ditunggu-tunggu, namum aksi Matias Conti juga didambakan.

Ramalan Perlawanan

Kawe tak mahu teka berapa gol dalam aksi final nanti. Koi sokong kedua-dua pasukan. Ambo harapkan perlawanan yang terbaik dan kawan mahu lihat perlawanan final yang menghiburkan.

Majulah Sukan Untuk Negara.

37 Komen untuk "Final Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs Pahang"

avatar

majulah suka bola sepak untuk negara.. aiza tak fanatik sangat dengan bola sepak..

avatar

Ambe sokong kelantan...sbb ambe dok follow team nih dr awal. Sebenarnya ambe peminat ATM. Tapi apa kan daya...kalah jugak akhirnya. Heheheheh...

avatar

terbaik abam wan...gua ramal kelantan menang 3-1..hu3

avatar

semoga klate menang tuk tahun kedua berturut-turut

avatar

hu3...tak apa jnj ada bagi kata sokongan sikit pun dah okey dah..kejor yob kejor yer

avatar

kita vote utk Kelantan (walau hakikatnya xler minat pada dua team ni) hehehe,

avatar

gomo klate gomo
tak sabar dah ni

avatar

kita tunggu esok sapalah agak menang.. adakah kelantan meneruskan kemenangan atau pahang berjaya menjulang piala tu

avatar

ulasan yang hebat macam profesional

avatar

bola itu bula bosan asyik basuh jersi baju bola dua menjak ni

avatar

Aku rasa perlawanan sengit sebab kedua-dua pasukan agak seimbang dari segi kekuatan. Tapi aku jangka kelantan akan menang disebabkan pengalaman bermain di final.

avatar

Assalam
Pertembungan yang sengit malam esok nanti.

avatar

Aku nak sokong Pahang esok malam. Haha

avatar

minat pasukan Kelantan tapi kali ini sokong pasukan Pahang......

avatar

Dua pasukan yang hebat,sama-sama gagah di dalam arean bola sepak negara ni,sama-sama kita tonton dan nantikan siapakah juaranya nanti

avatar

Game yang diharapkan hebat ditonton nanti...

avatar

Aku tak sabar nak tengok..

avatar

yang penting, kelantan menang malam besok...hehe

avatar

Yang penting memang nak tengok kedua-kedua pasukan mempamerkan rentak permainan yang terbaik..tak sabar pula tunggu malam esok :)

avatar

Good luck to both..dua-dua seimbang kekuatan..

avatar

majulah sukan untuk negara :)

avatar

flankers pahang mmg laju tp kalau tak bagus passing malam esok, mmg habislah...

defend kelantan rasanya akan goyah sikit takde obinna, kalau 1st half pahang score dulu...besar peluang pahang menang....

avatar

Tak tahu nak sokong mana, atok orang Pahang,nenek orang Kelantan hehehe..

avatar

Kelantan la menang..pasai depa main tiki taka hehehehe

avatar

knah tengok juga..xfanatik sangat. begitu juga dengan cik man. knah sokong dua2..haha..tapi cik man orang pahang..

avatar

semestinya sokong kelantan..walaupun bkan orang sana..

avatar

semiga tak de tragedi pada mlm itu ...

avatar

kayaknya liga di malaysia juga sama meriahnya yah mas dengan indonesia, kalau dilihat gambar supporternya juga sepertinya setiap team punya pendukung fanatic

avatar

pasti seruh nih pertandingannya.

avatar

Kalau ada luck, Pahang menang

avatar

maka sudah kalah kelantan dengan pahang pada malam ini sobss

avatar

Pahang dah menang ke atas Kelantan..1-0

avatar

akhirnya Pahang menang 1-0...tahniah pahang.....

avatar

menang juga pahang.. =) tahniah pahang...

avatar

Pahang bermain baik sebagai satu unit. Persembahan yg baik dan layak bergelar juara.

avatar

Saya sokong kelantan..kalah pun tak apa..kalah bergaya..haha

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.