blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : Istidraj

32 Komen
Maksud Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Sebab itu kita jangan merasa pelik jika, ada orang yang malas beribadat akan tetapi rezeki dia melimpah ruah. Akan tetapi ada orang yang langsung tak hiraukan soal amal ibadah lebih kaya daripada kita.

Sedangkan kita selalu dengar ustaz cakap, kalau nak murah rezeki, solat 5 waktu jangan tinggal, ditambah pula dengan solat Dhuha.

Inilah dia Istidraj, pemberian nikmat untuk menyesatkan lagi orang tersebut. Biar mereka terus lalai dan alpha di dalam kemewahannya. Dan akhirnya mereka akan di balas akibat daripada kesilapan mereka sendiri.

Edisi Jumaat : Istidraj
Rasullulah s. a. w. bersabda :
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Aku ada kisah benar, bukan untuk memburukkan orang tapi sebagai pengajaran. Ini cerita zaman aku masih bersekolah. Ada seorang kawan aku ini, dia memang rajin belajar, dia pun boleh dikatakan cemerlang di dalam pelajaran. Dialah orang yang selalu ada disebelah aku ketika waktu belajar ketika diasrama.

Pada mulanya aku tidak perasan, namum lama-kelamaan aku mulai tersedar yang dia ni tak solat. Setiap kali je aku dengan kawan aku lagi sorang pergi solat tak pernah nampak dia. 

Tetapi ketika waktu solat maghrib dengan solat Isyak dia ada sebab, itu wajib, kalau tak pergi solat berjemaah, kena hukum dengan ustaz la jawabnya. Tak kena rotan, kena jalan itik keliling tapak perhimpunan.

Kawan aku yang bernama Mamat ni suruh la aku pergi nasihatkan kawan aku yang tak suka solat ni. Sebab akulah yang paling rapat dengan dia. So dengan gentlemen nya aku pergi nasihatkan dia.

Masa tu cuaca agak mendung, sebelah petang angin sepoi-sepoi bahasa. Sedang kami lepak-lepak menikmati pemandangan ke arah padang bola, aku pun mulakan sesi tazkirah santai. Lama jugak aku ayat dia, dia tak banyak cakap, dia banyak diam je, tak macam selalu dia berborak dengan aku.

Aku tak sangka, selepas aku nasihatkan dia. Dia terus jadi dingin dengan aku, langsung tak bertegur dengan aku. Masa belajar pun dia dah tak duduk sebelah aku lagi. Sejak daripada hari itu, kami dah putus sahabat hingga kini.

32 Komen untuk "Edisi Jumaat : Istidraj"

avatar

Pengajaran yang bagus tuk yang membaca entri nie...
Manusia sebenarnya lalai, lalai dengan nikmatnya diberi. Rezeki or kekayaan tak terpikir ke datang dari mana? huh

avatar

Setuju bro, rezeki dan nikmat yang dikurniakan atas diri kita sendiri juga adalah salah satu bentuk ujian.

avatar

perkara inilah paling saya takut berlakuk dalam hidup saya..

avatar

berani kerana benar...rezeki milik Allah

avatar

saya suka dengan pandangan Tuan.hidup ini adalah ujian

avatar

saya pun sama...kita tidak tahu sama ada nikmat yang kita dapat itu anugerah atau istidraj

avatar

saya juga selalu lalai dan leka

avatar

dulu masa zaman x mampu nk berfikir dan ilmu agama cetek,, ada jugak rasa mcm cemburu dan x puas hati kenapa org2 yg bergelumang dgn maksiat rezeki mereka melimpah ruah.. kecerdasan otak mereka tinggi berbanding mereka2 yg baik ni.. tp bila dh tahu mengenai istidraj.. bersyukur jugaklah x berlaku kat diri sendiri

avatar

assalamualaikum dan selamat pagi

avatar

Mintak simpanglah dari tergolong dalam kalangan ini

avatar

slm jumaat.. moga rezeki yang kita peroleh tidak dikategorikan sbgai istidraj..

avatar

baru tahu maksud istidraj...nice sharing semoga kawan awak diberi petunjuk olehNYA....

avatar

tak berkat rezeki dia tuh, kita jgn putus asa dan nak jadi macam diaorang

avatar

salam jumaat.. susah juga kalau orang yang jenis tak boleh terima teguran orang lain.. semoga kini beliau dah berubah menjadi lebih baik..

avatar

susah nak nasihat kena pula pada hati keras membeku tapi mereka adalah golongan yang rugi sebab tak dapat manfaatkan sesuatu yang dia beri pada kita. admin doakan sahaja saya yakin pintu akan terbuka.biarkan dia dengan caranya asal jangan putus hubungan sesama islam. yang penting admin dah pujuk dan cakap baik-baik nag tanggungjawab itu dah terlepas dan di laksanakan. sokongan rakan perlu juga apa lagi keluarga terdekat ;)

avatar

Mintak di jauhkan daripada golongan macam tu.

avatar

smoga kita semua dijauhkan dari dapat istidraj ni..
salam jumaat...

avatar

kadangkala bila berada di atas dan terlalu mudah mendapat apa yang diingini boleh menjadikan seseorang lalai dan leka. Mudah mudahan dijauhkan dari sikap sebegitu.

avatar

Risau juga takut-takut sedang diistidrajkan oleh Allah....!

avatar

SALAM JUMAAT . . entri yang bermanfaat . . :)

avatar

Allahuakbar...kawan tu tak dapat terima nasihat sebaik ni...

takpelah...BL sudah buat apa yg sepatutnya

sama2 kita peringat diri masing2....trima kasih bro

avatar

wanau'zubillah..

mintak jauhlah utk kita semua

avatar

salam jumaat.muga kita sentiasa di dalam Rahmat dan perlindunganNya..

avatar

Ada orang boleh terima nasihat ada orang tidak...mungkin cara/masa tidak kena. Tapi tak pe...anda telah melakukan apa yang terdaya...yg lain berserahlah kepada Allah.

avatar

alhamdulilah entri in isangat acik suka ... penjelasan yang baik ..semoga kita di jauhkan dari pekara ini

avatar

herm... entri yang penuh dengan pengajaran dan tauladan. Tapi apasal penghujung cerita macam tergantung :)

avatar

entri yang menarik....
terima kasih atas perkongsiannya :)

salam jumaat

avatar

Semoga kita tak tergolong bersama-sama mereka yang lalai..

avatar

sekurang2nya awak dah cuba utk menegur kan. Terima kasih atas teguran ni. Moga diberikan hidayah

avatar

Assalam
Di mana agaknya kedudukan saya ini?
Adakah selama ini hanya Istidraj??
Terima kasih ya Tuan BL. Perkongsian yang sangat mendidik.

avatar

pergh, sampai macam tu skali kawan bro. pada den, baik buruk kawan kita pun, walaupun kawan kita tegur kita, kita kena terima baik la teguran tu.. ish2.. moga dia insaf

avatar

Ya Allah..mintak jauh lah daripada pemberian macam ni...aminnn

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.