blogger lelaki logo

Cinta Satu Anugerah

35 Komen
Cinta itu satu anugerah. Manusia hidup di dalam cinta, tegaknya kasih sayang diatas nama cinta. Cinta adalah hak buat semua manusia. Setiap insan layak untuk mencinta dan dicintai.

Serulah cinta mendampingi kita, biar tenang jiwa kita. Mana nak cari cinta? Mana cinta yang sejati? Mana cinta yang hakiki?

Cinta Satu Anugerah

Kenapa kita masih mencari? Sedangkan cinta itu sangat hampir dengan kita. Bertapa kita telah lupakan kasihnya.

Padahal setiap hari kita hidup di dalam kasihnya. Namum mengapa tidak kita menbalasnya dengan cinta kita. Cinta yang sangat mendalam, cinta sepenuh hati, cinta yang tiada berbelah bahagi.

Mendayu lagu ni, aku cadangkan ini adalah lagu wajib kamu layan hari ini. Lagu cinta, lagu jiwa, jom layan perasan kita, aku yakin mereka yang ada rasa cinta akan putarkan lagu ini berulang kali.

 

Jangan sempitkan fikiran dengn fikir cinta itu hanya sebuah perasaan antara lelaki dan perempuan. Sedangkan cinta itu universal. Tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak sayang. Kurang kasih sayang maka huru hara jadinya.

Cinta adalah anugerah yang terindah buat manusia untuk dihayati. Jadi jangan sia-siakan cinta, berikan ia kepada yang sepatutnya.

35 Komen untuk "Cinta Satu Anugerah"

avatar

jika sepi isi la bro..jgn bagi dia kosong

avatar

Cinta itu indah...Jangan biarkan diri dikuasai cinta tapi kuasailah cinta...
Ya! Setiap insan pasti bercinta maka berikanlah cinta kepada yang sewajarnya.

avatar

Cinta umpama gula.. sedap, manis, nikmat.. tp klu x dikawal boleh merana badan.. Cinta itu mmg indah.. :)

avatar

bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan perasaan cinta.. cinta kepada makhluk dan dunia tak kekal kerana ianya akan musnah dan mati, cinta kepada Allah juga kekal abadi..

avatar

Tanpa cinta dan kasih itu, sudah pasti kita takkan hidup macam ni. Bayangkanlah jika cinta itu ditarik.. satu pun cukup lah.. nescaya kita tak mampu untuk bukak mata pun.

avatar

cinta itu indah kalau betul jalannya

avatar

Mengapa cinta kerap hadir dalam diri.. Tiada nokhtah, tapi kehadirannya pasti..

avatar

cinta itu anugerah dan nikmat, tapi jika terjurus ke arah yang salah maka ia menjadi dosa dan penyebab ke neraka. Wallahalam.

avatar

Cinta itu luar biasa
Umpama panah yang berbisa
Dari mata meracuni
Fikiran yang lara...

avatar

Dari cinta itulah lahirnya sifat kemanusiaan di dalam diri. Tanpa sifat kemanusiaan di dalam diri manusia itu, nescaya dunia ini akan rosak dengan nafsu tamak keduniaan manusia.

avatar

cinta memiliki tenaga yang cukup kuat untuk yang mencinta bertindak

avatar

Assalamualaikum tuan blogger lelaki dan Salam Perkenalan
Saya Mohd Azrin Abu Bakar.
Cinta Itu Nikmat.Namun bagaimana menghadapi dugaan bercinta.
Semoga tuan dapat berkunjung blog saya http://puteraohtrabulan.blogspot.com/2011/04/dugaan-bercinta.html

avatar

cinta itu buta...? hanya untuk orang yg tak pandai menghargai cinta....

avatar

cinta itu suatu perasaan yang indah..sebelum belajar mencintai yang lain kena tahu mencintai diri sendiri terlebih dahulu :)

avatar

puteri setuju..cinta memang seperti gula :)

avatar

ya, marilah bercintaaa..

avatar

Cinta?

cnta itu buta...!

avatar

saya ada laman cinta jom join :)

avatar

frust jangan menungging..

avatar

cinta anugerah yang tak ternilai jika kita mendapatnya.

avatar

Cinta itu indah..

itupun kita pandai menilai dan menghargai..:)

avatar

Jarang sangat sebut perkataan cinta ni... hanya dalam doa!

avatar

merasa cinta itu 1 anugerah
ade gak jenis yg x pandai meluahkan cinta
cinta pdNya cinta hakiki, kebahagiaan di dunia n akhirat

avatar

cinta itu anugarah terindah dalam hidup kita :)

avatar

ya , cinta itu anugerah terindah ...

avatar

pilih cinta yang salah
pasti akan terima padah
cinta yang paling indah
hanya cinta pada ALlah

avatar

cinta itu milik semua...

avatar

Cinta menjadi pemangkin kepada kehidupan..kata orang so sweeet

avatar

cinta paling besar dan bernilai ialah cinta pada ALLAH S.W.T

avatar

cinta manusia sukar nak lupa apa lagi kaitkan dgn sebuah penggorbanan tapi kekal cinta ilahi

avatar

cintailah manusia untuk mendapat cinta allah s.w.t

avatar

Cinta mengasyik dan melalaikan.

avatar

Nak bercinta ni PERLU niat ikhlas.

InsyaAllah selamat.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.