Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apa Akan Jadi Selepas Anda Minum Coca Cola?

Coca Cola, minuman berkarbonat yang popular di seluruh dunia. Zaman kanak-kanak aku antara pengemar minuman ringan ini. Sehari sebotol itu wajib aku minum.

Lepas main bola, pasti aku pergi beli satu botol air Coca Cola, kongsi dengan kawan baik aku. Lepas itu minum sambil berjalan balik rumah.

coca cola

Masa itu kita apa tau. lagipun mana ada pendedahan pasal kesan dan akibat jika kita meminuman bergas. Apatah lagi internet, komputer pun aku dapat pegang semasa umur aku 12 tahun.

Jadi aku masa itu memang selamber je teguk air Coca Cola ini. Tanpa fikirkan akibatnya, apa yang aku tahu rasanya sedap.


Namum aku tidak sedar dalam hari-hari aku membesar, aku mula hilang selera unutk minum air berkarbonat, bukan sahaja air Coca Coal malah air bergas yang lain.

Sehingga kini boleh dikatakan setahun sekali pun boleh dikira dengan jari aku minum air Coca Cola, sekali sekala ada juga rasa mengidam nak minum, namum itupun tak banyak sekadar segelas untuk melepaskan rasa gian.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail