blogger lelaki logo

Zubir Bipop Melahar Wawa Zainal

22 Komen
Aku rasa dah gosip terhangat musim ni adalah kisah perkahwinan Wawa Zainal dengan Airel Zafrel. Sampai menjadi bualan dan macam biasa akan mencanak la cerita gosip ni di media sosial. Dekat blog pun tak kurang juga yang menulis pasal perkahwinan secara senyap ini.

Zubir Bipop Melahar Wawa Zainal
Kredit Gambar : Beautifulnara.com
Aku tak tahu nak cakap apa pasal wartawan ni, yang dikatakan telah "melahar" Wawa Zainal semasa sidang media, bagi menjelaskan cerita sebenar disebalik perkahwinan mereka. Namum bagi aku tak perlulah wartawan ni berbuat begitu, tunjukkan sikit profesinalisma anda. Rileks la brader.

Mungkin dia dah panas sangat sebab Wawa Zainal banyak menafikan kenyataan sebelum ini, padahal gosip itu adalah benar. Jom kita baca pengakuan Zubir Bipop di Instagramnya.

@ ] zubirbipop Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini. Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa. Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad

Namum yang pasti dipihak Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ada juga sikapnya. Perkahwinan itu sememangnya perlu dihebahkan, dan salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan fitnah orang. Manakala kita tak digalakkan untuk menghebohkan pertunangan. 

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, 
"Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebab itu kita disuruh adakan majlis walimatul urus bagi menghebahkan perkahwinan. Agar masyarakat sekeliling tahu yang bahawa pasangan ini sudah berkahwin.

Namum mereka juga ada alasan sendiri mengapa perlu merahsiakan perkahwinan mereka, dan jangan pula kita bersangka buruk. Doakan kebahagian kedua-dua pasangan ini.

22 Komen untuk "Zubir Bipop Melahar Wawa Zainal"

avatar

ada terbaca pasal dorang nikah kali kedua di paper tadi...

avatar

Menyambung hadith yg saudara petik.

Kita juga disuruh menutup aib saudara kita dan mencari jalan membetulkan diri. Adakah wartawan2 hiburan ini akhirnya esok menyesal dengan kerjaya mereka di akhirat nanti?

avatar

melahar..? hahaha

avatar

word melahar tu bikin panas..hihi
alhamdulillah...segala persoalan akhirnya terjwb
tahniah buat mereka atas perkahwinan yg sah n dikurniakn baby comel

avatar

Semoga Berbahagia Airel dan Wawa.. :-) Tak pe lah, perkara dah terjadi pun..

avatar

bab yg kawen 2 kali tu terbelit jugak otak i nak pikir.. yelah.. kalau dah nikah kat Malaysia.. kenapa tak boleh ikut perundangan. Kenapa tak boleh pergi daftar nikah tu.. kenapa harus nikah ikut syarak tp tak skip undang2 nikah kawen kat Malaysia. tak kisah nak rahsiakan dari management sekalipun.. tp yg x daftar tu dah kenapa? dah sah mengandung baru nak daftar.. lepas tu kalau nikah ikut syarak dah sah.. kenapa nak kena nikah kali kedua. nikah sindeket ke hapa?? pening2.. apapun yg penting adalah nikah, kan?? yang lain2 kita tak payah push la dorang explain. Mungkin ada aib yg tak patut dorang cerita pada semua

avatar

dah zubir tu tak jahil agama ke? bl tgk video, ape yg airel jelaskn bnyk kali pun tak faham2

avatar

ermm,, takpe lah.. yang penting dorang nak menikah, .. selamat pengantin baru le..

avatar

semoga mereka berbahagia hingga hujung nyawa serta memperbaiki hubungan dengan orang disekeliling mereka ...

avatar

kita doakan saja semoga kedua-dua mereka bahagia.. semoga rumahtangga yang dibina diberkati oleh Allah dan kekal hingga ke syurga..

avatar

baru jumpa wawa bulan april ritu,shooting sekali dengan dia... tak sangka time tu dia dah kawennnnn,apapun..tahniah buat mereka

avatar

Wartawan ni pun emo jugak, rileklah itu kan hal rumahtangga org..ada sebab musababnya buat mcm tu..kan dah jelaskan, btw semoga perkahwinan mereka bdua bkekalan hingga akhir hayat..

avatar

adehhh macam2 laaa artis

avatar

entahla. kekadang, aku tak faham wartawan yang sorang nih. dia nak apa sebenarnya??

avatar

Mana gambar wawa?saya peminat dia ni..haha..betul tu bro..kena pro lah kan..kerja pun dah wartawan..emmm

avatar

Macam-macam betul... Dengar cerita, ramai jugak yang frust menonggeng. Haha...

avatar

Kan senang mengaku ye tak? Takde fitnah..

avatar

Macam-macam hal artis ni. Yang nak berahsia sangat apasal. Macam2.

avatar

moga2 mereka bahagia selamanya
dunia dan akhirat

avatar

semoga mereka berbahagia di dunia dan akhirat .. . dan sentiasa berada dalam rahmat Allah . .

avatar

Semoga pasangan ini tidak lg jahil..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.