blogger lelaki logo

Sifat Keibuan Dalam Diri Lelaki

26 Komen
Betul ke ada sifat keibuan dalam diri lelaki ni? Bolehkah seorang lelaki menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya. 

Iyalah kan, kita semua tahu, sifat lelaki ni, kasar, keras dan ganas (ganas ke bang?)

Macam mana seorang lelaki itu nak jadi seorang ibu pula. Wujudkah sifat lemah lembut di dalam kasarnya seorang lelaki.

Takkanlah kita perlu jadi auwww auwww atau pon pon dan lelaki lembut barulah kita ada sifat keibuan ni.

Sifat keibuan ini sinonim dengan Wanita, sebab mereka sudah semulajadi diciptakan dengan sifat penuh lemah lembut, penyabar dan memang sesuai untuk menjaga anak-anak ini.

Namum jangan kita silap, jauh disudut jiwa lelaki ini, adanya juga sifat keibuan. Lelaki juga mampu jadi 'lembut' untuk menjaga anak-anaknya, malah mungkin akan terlebih-lebih pula manjakan anaknya nanti.

Sifat Keibuan Dalam Diri Lelaki

Lelaki pun ada yang lemah lembut pada sikapnya bukan pada fizikalnya. Hati siapa yang tak lentur bila tengok si anak yang comey dan cute tu kan.

Dalam soal menjaga anak kini, bukan sahaja menjadi tanggungjawab wanita, lelaki juga perlu memainkan peranan bagi aku. Sebab sudah ramai wanita yang bekerjaya hari ini. Masa di rumah hanya ada beberapa jam sahaja untuk dihabiskan bersama anak.

Bagi aku sendiri dalam pengalaman beberapa bulan ini, kalau setakat tukar lampin, dodoikan anak bila dia bangun menagis diwaktu malam, sudah menjadi kebiasaan. Buatkan susu untuk anak aku pun sudah ku hafal formulanya..hahaha

Aku pun tak sangka sebenarnya aku boleh jadi macam ni, sebab sejak dari dulu aku memang kasar orangnya. Namum Alisya Nadhirah yang merubah segalanya. Kini aku juga ada sifat keibuan dalam diri lelaki ini...hahaha

Alasan penat, mengantuk, leceh atau sebagainya bagi aku bukan alasan. Namum satu sahaja yang merisaukan aku nanti, takut aku terlalu manjakan anak aku nanti, dalam mendidik anak ni, manja pun perlu tapi tegas juga penting.

26 Komen untuk "Sifat Keibuan Dalam Diri Lelaki"

avatar

akak setuju..tak semestinya lelaki yang ada sifat keibuan tu jenis lelaki lembut..Allah mengurniakan setiap manusia tu hati dan perasaan...

avatar

Mesti ada punye sebab tu mereka boleh jaga anak dengan baik..

avatar

sifat kasih sayang itu ada dalam diri setip manusia tak kira lelaki atau perempuan.. normal jika seorang bapa bersifat sebegitu..

avatar

Takkan nak kena ada sifat auw auw baru boleh jadi penyayang pulakkan. huhu

avatar

hehe....bapa pun ada hati dalam taman...tu yg boleh berubah bila sampai masanya

takpe bro...anak2 kecik lagi...kasi manjalah =) dah sampai tikanya nanti...ada masanya tegas tu perlu

avatar

Yuppp! akak setuju.. kalau tengok abang ipar layan anak-anak dan keluarga dia, jelesnya lah haiii.... sedangkan dia diluar, tegas orangnya! hehe.. tapi tu la, x semua la plak mcm tu kan! ekeke...

avatar

Betul tu. Aku anak dah 3 org. Masa isteri berpantang akulah jaga isteri dan anak2. Anak2 semua rapat dengan aku. Sampai dah masuk tadika pun basuh berak aku yang cuci sbb mereka dah terbiasa dgn aku. Nak pisahkan mereka tidur mlm... sekarang jadi masalah. Anak aku yg perempuan 4 & 7 tahun masih lagi tidur ngan aku. Ada petua tak macam mana cara nak pisahkan anak2 tidur dgn kita...

avatar

hu3...anak gua pun masih kecil lagi ni..tapi mungkin bro bleh..dah asingkan tu...ajar dorang tidur dalam bilik dorang

avatar

baru tahu admin ada taman keibuaan dlm hati nhgeee.. oklah tu anak akan rasa lebih selesa baik dgn ibu atau ayahnya

avatar

Akan ade satu ketika bila seseorang mempunyai naluri yang terdetik hasil daripada pengamatannya...

avatar

bila dah kahwin, sifat keibuan akan otomatik datang pada diri kita, walau gagah garang mana sekalipun...

Jom terjah sini -> Bajet 2014 Mesra Hartanah

avatar

Sifat kasih sayang dan ambil berat itu bukan hanya ada pada wanita. Jika tidak masakan anda mampu menyayangi isteri anda sendiri...inikan pula zuriat sendiri. Basuh berak pun xde hal lah... :)

avatar

sifat kasih sayang adalah fitrah yang Allah SWT selitkan dalam jiwa lelaki dan wanita. kalau hilang sifat kasih sayang ini memang tidak normal orang itu.

avatar

oh ibu. sapa tak cayang anak oii

avatar

Memang kena tegas juga bro

avatar

betul tu,dalam manja kena ada tegas juga, tegas dan manja biar bertempat. insyallah selamat.

avatar

betul tu,janji kena mengikut lunas-lunas agama kan.

avatar

hahhaha..nanti auww lebih-lebih kalah perempuan pulakan.

avatar

Saya rasanya dah tergolong dalam golongan sifat keibuan ni..hahaha..

avatar

Samalah kita... Saya pun biasa je mandikan anak, tukar lampin, baru susu, suap makan, dodoikan sampai tertidur :)

Alhamdulillah seronok bila dapat bonding dengan anak.

avatar

Sop pun xda masalah urus anak
masa mula2 anak pertama jer gigil pegang... hehehe
lepas tu, mandi, susu, pampers dah xda masalah
dah anak 3.. pejam mata je sekarang
bapa kalau xbuat semua tu mmg rugi.. pengalaman bukan boleh dibeli :)

avatar

Kadang2 tu .. anak lagi suka didodoikan si ayah dpd mak nye sendiri. Ada anak yg lagi suka ayahnye suapkan makan dpd ibunya. Jadi terbukti lelaki pon ada sifat keibuan.

avatar

haha. siapa tak sayang anak. mesti la nak manja2 dgn anak. hihi

avatar

sifat keibuan pada seorang lelaki terhadap anaknya sangat penting.. ;)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.