blogger lelaki logo

Seribu Makna Bahasa

21 Komen
Bahasa jiwa bangsa, betul, setiap manusia ada bahasa tersendiri dan unik. Ada pula loghat menghiasi bahasa. Setiap negeri dan daerah serta kampung loghat mereka berlaianan, walaupun adakalanya kendengaran bunyinya seakan sama.

Dalam bahasa ada bunga-bunga, adat orang dulu-dulu, mereka pandai bermain bahasa. Walau kiasnya berbisa, namum bunyinya indah didengar. Berlapik halus, tapi makan dalam. 

Seribu Makna Bahasa

Tapi kini masihkah kita pandai bemain bahasa, teguran keras dalam lontaran lembut. Apakah ada orang yang akan memahami apabila kita berkias, mengolah kata. Risau kita cakap lain, orang faham lain. Itu semua bergantung kefahaman diri masing-masing.

Mungkin dengan sekali imbas membaca kita takkan faham. Membaca susunan ayat yang berlapis-lapis ini perlukan kita membaca sambil berfikir. Dan selalunya kita akan tafsir mengikut apa yang kita faham, dan mungkin tafsiran kita buat itu berlainan daripada maksud asal.

Ada perkara yang perlu kita berterus terang, ada masanya kita perlu berkias. Biarkan mereka yang faham sahaja mengerti. Bagi aku seni bahasa itu sungguh indah sebab itu aku suka, sekali sekala menulis begitu. Bukan niat untuk buat orang pening. Tetapi untuk buat pembaca berfikir.

21 Komen untuk "Seribu Makna Bahasa"

avatar

Suka dgn gaya bahasa org dahulu.. mmg bnyk yg tersirat dalam setiap kata-kata...

avatar

betul juga. kadang-kadang kita maksudkan lain dan orang faham lain. sebab pemikiran setiap orang tak sama...

avatar

banyak makna yang tersirat tu.. hargailah bahasa melayu kita kerana bahasa jiwa bangsa..

avatar

bahasa lambag jiwa bangsa hee.. kalau bahasa tak jaga susahlah orang nak dekat dengan kita

avatar

bahasa berkias... buat orang yang memang tak mahu paham.. apatah lagi berterus terang... memang tak makan saman punya... apa jenis orang ini... huhu

avatar

bahasa jiwa bangsa, gunakan nada dan perkataan yg betuk agar org lain tidak tersinggung

avatar

Mana agaknya lagi tepat... Seribu makna bahasa atau Bahasa seribu makna?
Fikir2kanlah....

avatar

cantik bahasa orang-orang lama dan penuh makna tersirat. sama-samalah kita jaga bahasa kita.

avatar

orang sekarang cakap berkias tak faham so terus terang...senang...

avatar

kalau tonton drama lama khususnya,memang original bahasa baku

avatar

Assalam
Ungkapan berkias elok di tujukan hanya pada 'orang lama' saja .

avatar

tentu unik jika gaya bahasa dulu-dulu dalam penulisan blog..

avatar

bagus gak ni kan, tak ramai buat guna bahasa lama2 nih

avatar

Saya kalau dah berkias dengan pantun tak faham memang saya kasi sajak je terus so terpulang dia nak nangis ke nak bertumbuk lepas tu :)

avatar

Tapi... kadang-kadang ada jenis orang nih yang susah betul nak faham bahasa. Itu yang buat terpaksa durect jer. Hehe...

avatar

kita prefer straight to the point..kalau berkias nanti ada yang salah faham. Dari A jadi B..dari ok terus tak ok..

avatar

kalau nak berkias kias atau bahasa berbunga-bunga, kadang kala orang tak faham. Zaman sekarang ni elok cakap direct je. Terang tak perlu nak bersuluh-suluh lagi..hehe

avatar

rasenya kalu pandai berbahasa mmg pandai berentap la tu maknanya.. bukan takat berbahasa itu melambangkan budi seseorang jew

avatar

orang dulu kalau berbahasa memang tak terkalah .. suka sgt

avatar

bahasa melambangkan bangsa..bila bahasa tidak terjaga tidak mustahil, bangsa juga tidak terjaga

avatar

Nasihat lah sebagai seorang yang membawa keperibadian bahasa melayu..thanks bro..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.