blogger lelaki logo

Sakit Hati

23 Komen
Semasa aku buat entri ni, aku tak ada rasa sakit hati dengan sesiapa. Tapi ini aku nak cerita pasal hati yang sakit. Kenapa aku buat tajuk sakit hati? kalau telinga sakit kita sebut apa, sakit telinga kan? Kalau mata sakit, kita sebut sakit mata..tapi kalau "sakit hati" lain pula maksudnya..hu3

Sakit Hati

Aku teringat pasal hati ini semasa aku mendengar rancangan Halaqah di tv9. Penceramah dia seorang ustaz dari Mesir, tapi fasih bercakap Melayu (cara dia cakap macam citer ahmad albab daa..). Aku tertarik dengan penjelasan dia pasal hati ada 3 jenis yang utama, iaitu:

Hati yang pertama itu diibaratkan seperti cawan yang sedang menegak keatas, ada ruang terbuka untuk diisi. Memang mudah diisi degan air.

Hati yang kedua pula, seperti cawan yang ditelangkupkan. Memang susah nak isi dan kena usaha bagi dia duduk menegak kembali.

Dan hati yang ke tiga pula umpama cawan yang berlubang, boleh diisi tapi air akan keluar semula, dan takkan penuh. Ibarat mencurah air ke daun keladi.

Manakala menurut Ibnul Qayyim perihal hati ini ada 3 jenis iaitu:

1. Al-Qalbu Al-Salim (Hati yang sihat)
2. Al-Qalbu AL-Qasi (Hati yang mati/keras)
3. Al-Qalbu Al-MAridh (Hati yang sakit)

Apakah ciri-ciri hati yang sakit ini:


1. Hati yang sangat jauh dari ALLAH S.W.T. langsung tidak ada rasa rindu kepada sang penciptanya.

2. Hati yang langsung tidak rasa gentar atau menyesal selepas berbuat dosa.

3. Hati yang lebih cintakan dunia daripa akhirat.

4. Hati yang cintakan kemaksiatan, dan berasa seronok dengan maksiat yang dilakukan.

5. Hati yang sukar menerima kebenaran, malah lebih selesa untuk terpengaruh kearah kejahatan, dan perkara syubhat.

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri penyakit hati ini, semoga hati kita dijauhkan dari ciri-ciri ini. Jika ada sikit simptom sakit hati ini, cepat-cepat kita rawat hati kita, agar hati kita jadi seperti gelas yang sedia terbuka untuk diisi dengan segala kebaikan dan kebenaran.

23 Komen untuk "Sakit Hati"

avatar

assalamualaikum & very good moning

avatar

semoga mendapat hati yang sihat :)

avatar

Peringatan yang baik bro. Kena lebih berhati-hati dalam menjaga hati. Semoga kita semua mudah mendapat ilmu dan teguran yang bermanfaat. Thanks.

avatar

semoga kita semua tak tergolong di kalangan hati mereka yang keras dan sakit tu..

avatar

Datangnya sakit hati bila tidak mensyukuri nikmat yg diberi.

avatar

Allahuakbar..

terima kasih bro berkongsi..benar2 memberi sesuatu

avatar

moga hati kita adalah hati yang sihat...

avatar

sakitnya hati tengok...thanks for sharing ye

avatar

kalau jatuh hati lagi best

avatar

Gelap hati pun susah jugak rasanya. Nak jatuh hati jugak yang best.

avatar

Assalam.
Yang ke 5 itu amat menakutkan. Ya Allah lindunglah kami.

avatar

selawat banyak-banyak dna ingat mati selau

avatar

fuuuhhhh... jangan selalu sakit hati, nanti merana diri.. hehehee

avatar

kalau sakit hati cepat2 amik wudu' bro..

avatar

aduss,, hati cek berdarah,, sakit bebenor rasanya,, sobbsss :'(

avatar

hati yang sakit kena diberi rawatan. banyakkan zikir dan ingat mati. begitu juga dengan solat malam, jangan sesekali tinggal. kesan hati yang sakit ni bukan saja kepada diri si pesakit. ia boleh berjangkit lalu menjadi wabak dalam sesebuah masyarakat.

avatar

lepas baca entri ni konpem tak sakit hati hehe

avatar

contoh sakit harti ni mcm sakit "wahan" la yer.. cintakan dunia, takutkan mati...

avatar

ya, hati ibarat raja dalam keseluruhan tindakan kita.Jika bersih dan baik HATI, maka luruslah dan betullah tindakan, jika HATI ada dengki dan iri, maka rosaklah semua amalan..wallahualam..

avatar

jangan ada yang sakit hati bila jatuh hati
payah tu

avatar

Artikel yang menarik..thanks bro kongsikan..Hati yang ketiga tu mintak dijauhkan..kan bro?

avatar

semoga kita jauh dari penyakit hati ini. . jaga lah hati sebaik mungkin. . terima kasih blogger lelaki..boleh dijadikan bahan untuk muhasabah diri. . :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.