Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Piya Sarung Jersi JDT

Piya atau Mohd Badri Radzi yang dikhabarkan akan berpindah ke JDT. Kecoh dipenghujung musim liga bolasepak Malaysia, dengan khabar angin perpindahan pemain-pemain. Malah ramai juga jurulatih yang dikhabarkan akan berpindah ke pasukan baru. Namum semua berita itu belum mendapat kesahihan lagi.

Piya yang juga kapten pasukan Kelantan dikatakan menyarung jersi JDT. Namum khabar angin itu cuma sekadar gambar Piya bergambar dengan seorang peminatnya dengan memakai jersi JDT.

Piya Sarung Jersi JDT

Piya juga dikatakan akan terus kekal berjuang bersama pasukan The Red Warriors unutk musim 2014. Ada sebabnya untuk dia terus kekal, kerana dia adalah salah seorang tonggak yang telah menaikkan nama TRW dan menjulang kejuaraan treble pada tahun 2012.

Namum tindakan Piya menyarung jersi pasukan lawan ini, bagi aku adalah cara dia nak tunjukkan bahawa dalam bolasepak kita tak perlu jadi terlalu fanatik, hinggakan nak bergaduh siap buat ugutan lagi.

Semoga liga Malaysia ditahun depan akan lebih meriah, dengar-dengar khabar angin banyak kejutan perpindahan pemain untuk musim depan. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Majulah bolasepak untuk negara.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail