blogger lelaki logo

Penjaga Kunci Pintu Kaabah

19 Komen
Tahukah anda siapa penjaga kunci pintu Kaabah. Mereka ialah daripada keturunan kabilah Al-Syaibi atau Al-Syaibah. Keturunan ini sudah menjadi penjaga kunci pintu Kaabah semenjak dari zaman jahiliyah sehingga kini.

Penjaga Kunci Pintu KaabahPenjaga Kunci Pintu Kaabah

Amanah menjaga kunci ini diturunkan dari generasi kepada generasi. Tanggungjawab ini akan diturunkan kepada orang tertua di dalam keluarga dan bukannya warisa dari ayah kepada anak

Selain itu keluarga ini juga diamanahkan untuk menjaga kiswah Kaabah.

Siapa yang melantik kabilah ini?

Perlantikkan ini bukan dari Kerajaan Arab Saudi, kerana kabilah ini sudah menjadi penjaga Kaabah sebelum Rasulullah SAW dilahirkan lagi.

Malah semasa pembukaan Kota Makkah oleh Rasulullah SAW pada tahun 8 Hijrah. Rasulullah SAW sendiri yang mengembalikan kunci pintu Kaabah kepada Kabilah Al-Syaibi ini.

Walaupun pada ketika itu Kabilah Al-Syaibi belum memeluk Islam. Namum selepas itu terbuka pintu hati ketua kabilah Al-Syaibi untuk memeluk Islam.

Keputusan Rasulullah ini adalah mengikut ayat Al-Quran yang turunkan, mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. An-Nisa’ : 58).

Seluruh kabilah lain juga sangat menghormati keluarga Al-Syaibi.

Pasa ketika dahulu, pintu Kaabah akan dibuka untuk orang awam masuk dan berdoa di dalam Kaabah, pada hari-hari tertentu.

Namum hari ini pintu Kaabah hanya dibuka 2 kali setahun, itupun untuk tujuan membersihkan Kaabah dan untuk menukar Kiswah Kaabah.

Penjaga Kunci Pintu Kaabah

19 Komen untuk "Penjaga Kunci Pintu Kaabah"

avatar

salam..moga amanah ini akan terus di kekalkan sampai bila2 amin

avatar

wah, 1st time yumida tgk
besar kunci dia
kunci amanah

avatar

semoga amanah yang di berikan pada mereka ankan sentiasa selalu di jaga

avatar

Maklumat yang menarik berkenaan Kaabah. Tradisi yang tak melanggar syariat perlu dikekalkan, mungkin ini salah satu pengajarannya...Wallahualam.

avatar

Dah lama rupanya keturunan kabilah Al-Syaibi ni menjadi penjaga kunci pintu Kaabah ni ye. semoga terus menjaga amanah yang diberikan dengan baik.

avatar

Assalam.

Tentu bukan sebarangan orangnya untuk diamanah sebagai penjaga kunci Rumah Allah ini. Subhanaallah.

avatar

nice info bro keep it up

avatar

baru aiza tahu.. perkongsian yang baik..

avatar

Memang bertuah keluarga penjaga kunci ni, amanah paling bermakna..

avatar

Rasanya ada satu hadis yang menyebutkan bahawa sesiapa yang cuba mengambil hak menjaga kunci kaabah ini dari keluarga ini ialah sejahat-jahat manusia. Sebab itu tidak ada siapa yang berani mengambil kunci ini dari keluarga tersebut hatta keluarga diraja Saudi sendiri pun tidak berani.

avatar

jalan-jalan disini sambil tambah ilmu. .. terima kasih . .

avatar

jalan-jalan disini sambil tambah ilmu. .. terima kasih . .

avatar

Besar amanah & pekerjaan yg sungguh mulia...

avatar

Pernah keluar dalam TV3 tentang rencana ini tapi memang berbaloi untuk membacanya lagi di sini. Good sharing admin.

avatar

Menjaga kemuliaan nya,

avatar

Wahh baru tahu kaabah pun ada kunci khas yang dijaga..thanks bro..jahilnya saya..

avatar

bukan main bsar kunci tuh...pasni mungkin dia org kecikkan balik guna biometric device je kot. wht do u think?

avatar

sebenarnya gamabryang last sekali tu adlah gambar kunci pintu Kaabah yg baru..baru tahun ni je pasang

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.