blogger lelaki logo

Pengucapan Awam : Teknik Menarik Perhatian Audiens

32 Komen
Pengucapan Awam, Teknik Menarik Perhatian Audiens
Pengucapan awam merupakan salah satu cara yang paling efektif dalam menyampaikan maklumat serta dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Kita boleh lihat daripada sejarah revolusi beberapa negara yang ditunjangi oleh pemidato-pemidato yang hebat. Mereka mampu membuat orang ramai terpegun dengan kata-akat ucapan mereka. 

Antara tokoh pemidato terhebat dalam sejarah adalah Adolf Hitler, Benito Mussolini, Abraham Lincoln dan ramai lagi tokoh lain yang mampu berucap dengan hebat. Tumpuan audiens kepada mereka ini sungguh mengagumkan.

Satu elemen penting dalam pengucapan awam adalah tumpuan audiens. Kita tidak mahu buat audiens cepat rasa bosan dan mula hilang fokus terhadap ucapan kita.

Pengucapan Awam, Teknik Menarik Perhatian Audiens
Jadi disinilah pentingnya kita cuba memikat fokus audiens kita. Supaya mereka akan dengar setiap maklumat yang akan kita sampaikan hingga ke penghujung ucapan.

Jika kita tidak mampu mengekalkan fokus audiens, maka boleh dianggap pengucapan awam kita telah gagal, kerana maklumat itu sepatutnya sampai kepada audiens, jika audiens hilang fokus, maka maklumat itu tidak sampai kepada mereka.

'Ice-Breaking' Sebelum Ucapan

Salah satu teknik yang perlu kita praktikkan di dalam setiap pengucapan awam kita. Tujuan 'ice-breaking' ini adalah untuk bangunkan audiens kita agar bersedia untuk sesi ucapan kita nanti, disamping itu juga sebagai sesi pengenalan.

Namum jangan pula terlalu lama sesi ini , bila kita sudah rasa selesa dan audiens dah rasa bersedia, kita boleh mulakan sesi ucapan kita.

Fakta-fakta Yang Menarik

Untuk kita mengekalkan tumpuan audiens kita, kita juga perlu pandai selitkan fakta-fakta yang menarik serta unik. Kita kena kekalkan momentum tumpuan audiens kita, jangan biar ia terus menjunam, sehingga ada audiens yang tertidur.

Statistik Yang Memeranjatkan

Statistik yang menarik serta memeranjatkan sebenarnya mampu menarik perhatian audiens, jadi kajian yang tepat serta teliti amat perlu untuk jadikan statistik ini sebagai salah bahan dalam ucapan kita. Audiens akan tertumpu kepada statistik yang kita beri.

Kenyataan Lucu Atau Berjenaka

Ini adalah salah elemen yang penting, sebab ramai orang yang suka kepada lawak-lawak, tapi awas jangan buat lawak bodoh atau lucah.

Kita boleh tengok macam mana ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, hinggakan menjadi viral di dalam youtube. Sebab beliau pandai selitkan unsur-unsur lawak di dalam ceramahnya, membuatkan audiens jadi tertarik dan berminat.

Bercerita Kisah-Kisah Yang Menarik

Orang ramai juga suka mendengar cerita, jadi cuba cari cerita-cerita yang menarik taka kira ia cerita benar, rekaan atau dongeng. Penceritaan yang baik akan menarik perhatian audiens. 

Kalau boleh carilah cerita yang jarang didengar, mungkin ada sedikit unsur dramatik untuk sedapkan lagi cerita itu.

Bacakan Petikan Al-Quran Dan Hadis

Jika ada berkaitan dengan topik ucapan kita, cuba selitkan juga petikan-petikan daripada Al-Quran dan hadis. Mungkin ia akan menjadi nilai tmabah kepada maklumat yang kita sampaikan.

Ajukan Soalan kepada Audiens

Dalam ucapan kita, perlu juga adanya hubungan dua hala diantara penceramag dan audiens.

Cuba fikirkan soalan yang berkaitan dengan topik kita dan sesekali kita lontarkan soalan-soalan yang membuat audiens kita berfikir sejenak.

Atau kita juga boleh bertanyakan kepada audien secara terus, walaupun tiada yang cuba untuk menjawab, kita pergi kepada audiens, dan pilih secara rawak, dan ajukan soalan kita.


Ayat-Ayat Indah Bermadah

Bagi mereka yang hebat bermain dengan pengolahan bahasa, mungkin mahu sastera sedikit. Ayat-ayat yang indah ini juga mampu menarik perhatian audiens.

Mungkin dalam bentuk pantun atau sajak, serta susunan kata lantunan bahasa yang agak menarik. Yang sedap didengar oleh audiens. Gunakan bahas yang indah ini, biar audiens terpukau.

Dan akhir kata daripada saya, dalam kita membuat pengucapan awam ini. Jagalah bahasa dan tutur kata kita biar sopan, jaga perasaan audiens, dan yang paling penting isi serta maklumat yang kita sampaikan itu adalah tepat dan berdasarkan fakta bukannya auta.

Pengucapan Awam, Teknik Menarik Perhatian Audiens

Artikel khas ini adalah untuk kontest Contest – Tulis pasal Pengucapan Awam 

32 Komen untuk "Pengucapan Awam : Teknik Menarik Perhatian Audiens"

avatar

Terima kasih atas penyertaan...TQ

avatar

oh dah masuk kontest pengucapan awam rupanya good luck bro

avatar

apa yang bro tuliskan ni memang bagus

avatar

just nk bagi sokongan kpd kawan2 blogger yg lain kan..jom la join sama2

avatar

Assalamualaikum bro. bernas bro. semoga berjaya ya dan murah rezeki ya :)

avatar

boleh pegi jauh ni, jgn lupa banja rojak

avatar

itu pun kalu ada rezeki..haha..turun kuantan la bro..

avatar

wah tips yg bgs ni
memang kalau berdepan dgn org ramai kita akan rs gementar
klo de persediaan mcm ni akan mberikan keyakinan buat diri kita
all d bez utk kontes ni

avatar

just nak cakap pasal contoh Ustaz Azhar tu,, dia kan salu bagi contoh lucah jugak,, ke tak,, hehe

avatar

semoga bro sukses untuk kontes – Tulis pasal Pengucapan Awam ni.

avatar

wah ! rajin nih . nak hasilkan kena wat homework juga ...

avatar

Terbaik la, semoga berjaya BL.

avatar

Betul tu,ada rezeki dapat rojak la yea.

avatar

selingan tak bagi orang mengantuk kot.

avatar

selamat berjaya bro :-)

avatar

Ada harapan artikel ni nak menangi hati juri..hehe..saya tak mampu nak buat terbaik macam ni...gud luck bro..

avatar

Entri yang bagus. Sarat dengan sharing bermanfaat. Tahniah!

avatar

bukan mudah nak tarikkan org fokus apa yg kita buat eh

avatar

alhamdulilah :) tips yang baik sekali , kebaikan untuk acik ketika berucap

avatar

aiseh..tak buat lagi nih..

avatar

terbaiklah makin mantap nampak bro - good luck bro :)

avatar

terbaik nih bro, ilmu ni kita kena praktis ..ia sangat bermanfaat utk menambahkan keyakinan berucap depan audien.

avatar

terima kasih bagi tips :) nice sharing :)

avatar

bagaimana utk kita menarik perhatian audiens yg bising utk mendengar ucapan kita di hadapan?

avatar

Nak komen sekali lagi,hehe selamat berjaya bro

avatar

Salam Tuan/Puan,

Saya amat bersetuju dengan pendapat pihak tuan mengenai topik yang dikongsikan oleh tuan. Saya juga sememangnya terlibat secara langsung dalam bidang pengucapan setiap hari. Saya perlu berhadapan dengan audiens semasa mengendalikan kursus dan seminar kerana mereka bergiat dalam bidang Pengurusan Kewangan. Kebanyakan mereka juga memerlukan Kemahiran Pengucapan Awam yang efektif apabila mereka membuat Pembentangan Jualan di hadapan bakal pelanggan mereka.

Saya juga amat bersetuju bahawa sebagai seorang penceramah, motivator, pengucap atau trainer, teknik Menarik Perhatian Audiens merupakan satu teknik yang amat penting dalam menyampaikan ucapan. Saya juga amat bersetuju bahawa ayat atau doa dalam Al-Quran perlu digunakan dalam ucapan sekiranya ke semua audiens merupakan orang muslim.

Jika dilihat dari statistik, 38% dari komunikasi harian kita diukur melalui Bahasa Badan. Bahasa badan seperti Berdiri Tegak, Isyarat Tangan, Senyuman & Mimik Muka memberika impak yang amat berkesan dalam Pengucapan Awam. Jadi, trainer sentiasa perlu peka terhadap apa yang diucapkan dari bibir mereka. Lengokan tangan, senyum, berdiri dengan yakin merupakan antara elemen – elemen yang penting perlu diberi perhatian setiap masa dalam ucapan. Tanpa pengunaan Bahasa Badan yang efektif akan membuat seminar anda menjadi tidak menarik. Jadi, kuasai Bahasa Badan untuk menarik minat audiens.

Teknik yang diberikan amat baik dan The BEST kerana ia merangkumi Teknik Menarik Perhatian Audiens.

Saya doakan agar ilmu yang disampaikan oleh tuan dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Teknik Kemahiran Berucap.

avatar

Untuk menarik audiens yang bising adalah dengan cara mengajukan soalan yang menarik kepada mereka sebagai contoh Apakah perbincangan yang sedang mereka bicarakan sehingga mereka kelihatan gembira? atau panggil nama orang yang membuat bising untuk memulakan sesuatu aktiviti. Ini akan membuatkan mereka merasa bersalah dengan secara tidak langsung kerana perbuatan bising mereka akan membuatkan mereka diberikan tugasan lain. Akhirnya, mereka akan berdiam secara automatik dan memberikan tumpuan kepada topik yang dikongsikan.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.