blogger lelaki logo

Mujadafewa.my - The Lady Warrior

27 Komen
Pada mulanya aku sangat tertarik dengan blog ni sebab nama dia tu sangat unik. Aku tertarik nak klik dekat nama blog ni, sebab aku baca nama blog ni  dengan sebutan "majudewa.my". Lagi pun aku pun peminat band DEWA 19...betul la orang cakap, kalau nama blog yang unik ni akan buat orang tertarik nak klik.

Mujadafewa.my - The Lady Warrior

Sekali klik, baca-baca rupanya ini blog bakal teacher, Oh! My English Teacher. Aku suka baca blog dia pada masa tu. Sebab dia banyak duk cerita pasal pengalaman dia sedang belajar nak jadi seorang cikgu. Tapi sejarah silam aku, mula dari darjah satu hingga darjah lima, memang aku tidak suka cikgu bahasa Inggeris aku...hahaha...

Aku siap buat protes masa darjah lima tu..aku tulis 'Bahasa Inggeris' pada buku English..dan aku kena marah...lepas tu...dekat bahagian dalam buku latihan aku ada tulis..'Bahasa Inggeris bahasa penjajah'..terus kena panggil masuk bilik cikgu...hahaha..kelakar pulak rasanya masa tu.

Erk off topic pula...Jom kita citer balik pasal blog Muja ni. Mula-mula aku malu-malu jugak nak berkenalan denagn cik Muja ni, maklumlah she is english teacher kan, selalunya English teacher ni garang..hahaha..tapi rupanya peramah juga orangnya.

Masa mula-mula aku buat blog dulu, sudah tentulah aku nak cari awek blog untuk blogwalking, dan salah satu blog yang tak pernah aku tertinggal untuk singgah setiap hari adalah blog Mujadafewa.my ni. Lagipun Muja ni dah lama buat blog ni..bermula dari tahun 2010 lagi.

Tapi satu yang aku perasan tentang keunikan blog ini, adalah ia agak berlainan dengan blog perempuan yang lain. Tak ada color pink yang terlampau. Widget-widget pun simple je dan tak ada lagu serta salji. Yang paling penting blog dia ringan je.

Jadi saranan aku, kalau anda berminat nak jadi seorang cikgu English. Sesuai la sangat baca blog ni, boleh tengok apa yang perlu dilalui untuk jadi sorang cikgu.

Kepada sesiapa yang dah rasa berkenan sangat tu boleh la masuk meminang ke blog Muja. Jom pakat gi serbu http://www.mujadafewa.my.

Twitter : mujafewa
Instagram : mujagirl92

p/s: Muja dah bleh tukar kot header dekat atas tu..masih letak url lama blog muja tu..hu3

27 Komen untuk "Mujadafewa.my - The Lady Warrior"

avatar

ane kurang minat untuk jadi seorang cikgu English, banyak yang belum ngerti english he he..

avatar

majudewa pon boleh.. kah3.. perasan je url lama dok kat situ tapi sayang sangat nak ganti ngan yang lain.. ganti for new year kot nanti.. hehehe

avatar

betul tu, menarik nama dia..

avatar
encikarman on
Reply delete

pelik nama nih...

avatar

haha..majudewa dah macam nama kontraktor dah

avatar

hu3..tapi tak pernah pula nk tanya apa maksudnya tu

avatar

pelik dan unik bro

avatar

Emm review pasal apa ni?saje2 ke?hehe..muja is sporting...

avatar

Ingatkan cikgu english, blog pun english...hehe
Rakan admin klinik cinta ke?

avatar

Wahhh...berbalas review nampak. Apapun, terbaik dari korang berdua. Keep up your good work, bro. :)

avatar

Nak kena terjah gak lagu ni...hehe

avatar

saje je saling bertukar2 review

avatar

yup tapi Muja lama dah jadi admin dkt KC dr saya

avatar

tu la pasal..lain macam je nama dia tu..hu3

avatar

jom pakat terjah bro

avatar

saya da ke sana sebab apa saya dh lupa heee..;)

avatar

memang unik nama tu..nanti nak terjah :)

avatar

teringin nak jumpa blogger ni..eehehe

avatar

ada salji lagi besttt. haha

avatar

Wah.. menarik perkongsian ni hehee.. :D

avatar

ooooooooooooooooo gitu rupanya

avatar

best, sha pun suka baca blog BI dia..lucu2 n at the same time kita bole learn skit2 :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.