blogger lelaki logo

Mitos Wang Ringgit

27 Komen
Sesi mari mengenal duit. Apa itu ringgit? Ringgit Malaysia (RM), dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 Jun 1967. Ia bagi mengantikan ringgit Malaya dan Borneo British.

Pada tahun 1975, barulah perkataan ringgit dan sen digunakan secara rasmi. Sebelum itu ia disebut dengan dollar dan cent. Kalu nak ikut loghat negeri, memang banyak nama panggilan dia.

Itu cerita sejarah, tapi ini pula kita nak cerita pasal mitos berkaitan wang. Apa yang terkandung di dalam pemikiran kita, apabila memikirkan soal wang.

Mitos Wang Ringgit

Hidup Tenang Jika Ada Wang Yang Banyak.

Ramai yang menganggap bahawa hidup akan lebih bahagia dan tenang jika kita ada wang yang banyak, berguni-guni, botingkek-tingkek. Namum adakah kita manusia ini pernah berasa bersyukur dengan apa yang ada, yang dah kaya terus mencari kekayaan. Bagi pendapat aku, suah nak tenang kalau kita terlalu asyik dengan wang ni. Wang yang banyak tu boleh memakan diri. 

Orang Yang Berjaya Memiliki Wang Yang Banyak.

Salah satu perspektif pemikiran orang kita, apabila dengan menganggap kejayaan itu dinilai dengan wang ringgit. Kita fikir semua orang yang berjaya dendan segala usaha mereka semata-mata unutk mengejar wang ringgit. Adakah untuk digelarkan orang yang berjaya kita perlu ada wang yang banyak. 

Lambat Kahwin Sebab Wang Tak Cukup

Walaupun ini macam dah lari dari tajuk, tapi masih ada perkataan wang disitu. Ramai orang yang lambat kahwin beri alasan wang tak cukup. Padahal sudah dijanjikan rezeki bagi mereka yang berkahwin oleh ALLAH S.W.T.. Kenapa kita beri alasan tak cukup wang? Dan perkara kahwin juga, orang kita selalu buat perkara yang hebat-hebat dalam majlis perkahwinan. Banyak wang terpaksa dihabiskan untuk perkara yang tidak perlu.

Wang Boleh Beli Kasih Sayang

Bagi kita wang adalah segala-galanya, kita fikir dengan wang kita boleh beli kasih sayang. Nehi babuji, kasih sayang bukan material untuk dijual. Bukan dengan wang unutk kita tunjukkan kasih sayang. Kalau kita tak ada wang, tak adalah kasih sayang. Sadis betul. Ibubapa kita dikampung bukannya terlalu mengharapkan kita bank in duit setiap bulan untuk mereka, tetapi mereka lebih harap dapat bertemu mata dengan kita. Soal wang itu tidak sama sekali penting buat mereka.

Kita Banyak Wang Orang Kena Hormat Kita

Mentang-mentang lah kita pakai kereta mahal, pakai kereta mini cooper lagi tu. Ada wang banyak, sampai penuh saku. Jadi kita kena berlagak, dan semua orang kena hormat kepada kita. Jumpa dengan orang miskin kita hina-hinakan dia, sebaba apa, sebab kita ada banyak wang. Kau tak tahu itu wang siapa yang punya...ahmad albab yang punya daaa...segala harta kekayaan kita itu hanya sementara, jaid jangan takbur dengan semua wang kita itu.

Tak salah untuk kita cari wang yang banyak. Tapi kita kena ingat, wang itu bukan segala-galanya, memang kita nak hidup perlu ada wang, tapi jangan kita hidup jadi hamba wang. Rezeki yang kita dapat, sebahagiannya adalah milik orang lain. Jadi pandai-pandailah agihkan hasil rezeki tuhan itu.

27 Komen untuk "Mitos Wang Ringgit"

avatar

Duit bukan segalanya yang penting hidup patuh dan taat pada perintah yang maha esa.

avatar

harap kalau ada banyak wang nanti tidak mengubah sikap kita jadi negatif, positif selalu

avatar

Kita yang mengawal wang. Jangan wang yang mengawal hidup kita.

avatar

duit hanya sampingan utk terus hidup. kalau duit ada tapi membahagiakan diri sendri tak guna. :)

avatar

saya sokong statement ini...

Jom terjah entri terbaru saya - Wordless Weekend - Seminar Dr Azizan Osman

avatar

duit pelengkap hidup di zaman yang serba moden ni..

avatar

kalau fikir duit saja.... tak kemana lah... kena seimbang, memang satu keperluan, tapi agak-agak lah kan...

avatar

ia bergantung pada gaya hidup dan kemahuan kita. banyak atau sikit, tak semestinya menjanjikan kecukkupan.. kenal tak warren buffet? billionare us. kaya giler, tapi dok apartmment lama je. duit dia dah banyak di dermakan pun tak habis juga. hidup humble gila ^^

avatar

duit itu satu keperluan atau kehendak?

avatar

Assalam.
Wang ringgit datang kepada kita kerana mencukupkan keperluan.

avatar

Sekarang ni dah macam kita pulak yang bekerja untuk duit. Padahal sepatutnya duit tu sendiri yang bekerja untuk kita. Huhu

avatar

sekarang kos sara hidup sangat tinggi terutamanya di bandar , nak tak nak duit memang penting...tapi jangan sampai jadi hamba duit sudahlah...

avatar

duit memang bukan segala-galanya biarpun sekarang ni semuanya pun perlukan duit kan

avatar

kalau tak da wang hidup akan melarat juga..

Entri terkini saya Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

avatar

Money can't buy trophies. Man City, JDT....

avatar

paling tidak ,setiap bulan kita ada simpanan separuh daripada gaji atau lain-lainnya sebagai persediaan hadapi masa-masa kecemasan

avatar

kalau tak cukup wang jangan gatal-gatal nak tambah kuota....hihi

avatar

Dulu aku terlalu nak cari duit sampai terleka dan mengabaikan yang wajib. Sentiasa stress sbb nak kejar duit takut terlepas peluang... Tapi bila aku diam kejap, berdoa minta ditenangkan hati, duit tu berhenti dan datang sendiri kat aku... Rupa2nya kita tak payah kejar. Kita kerja keras, tapi jangan sekali pun lupa yang rezeki tu adalah milikNya...

saidinaxlcanopy.com.my | Blog

avatar

wang? orang bahagia dan menderit sebab wang,, yang pasti, wang yang kita sedekah dan gunakan ke jalan kebaikan itu lah yang sebenarnya milik kita,, Wallahu alam

avatar

saya setuju.. kena selalu taat perintah Allah dan kena ikut sunnah Nabi S.A.W baru hidup kita berkat instyallah.

avatar

sebagai keperluan untuk kehidupankan.

avatar

sebagai keperluan untuk memenuhi keperluan.

avatar

betul tu..kena cari untuk keperluan.

avatar

Bila senang susah nak bersyukur..bila dah susah baru tahu nikmat bersyukur...emmm

avatar

kebahagian itu kesyukuran . . :)

avatar

Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.