blogger lelaki logo

Lingkaran Waktu Umur Kita

17 Komen
Selalu dengar ucapan semoga umur panjang. Ajal maut itu juga ditangan tuhan. Ada juga kisah-kisah zaman sahabat mereka yang dipanjangkan umur, sebagai balasan perbuatan baik mereka. Itu semua qada dan qadar, ketentuan Maha Pencipta.

Macam mana sebenarnya kita melihat umur kita, semakin panjang atau bagaimana. Aku sebenarnya teringat kembali ucapan ustaz aku dahulu. Dia cakap "umur kita seperti lingkaran ubat nyamuk".

Lingkaran Waktu Umur Kita

Ya ubat nyamuk, apabila api dinyalakan pada lingkaran ubat nyamuk, lama-kelamaan lingkaran ubat nyamuk itu akan semakin pendek.

Setiap saat nyalaan api itu memamah badan ubat nyamuk tadi, sikit demi sedikit abunya gugur ke bawah, menjadi sisa-sisa.

Semakin lama nyalaan api itu, sebenarnya ia semakin menghampir ke penhujung jalannya. Bila tiba dipenhujungnya, nyalaan api itu padam, lenyap.

Apa bezanya umur kita dengan lingkaran ubat nyamuk tadi, ubat nyamuk kita tahu panjang dia berapa, memang dah selaras, tapi adakah kita tahu berapa panjang umur kita?

Ubat nyamuk tadi nyalaan api dia kita boleh padam, dari terus menuju ke penamatnya. Akan tetapi bolehkah kita sekat sekejap pergerakan umur kita? Cuba kita tahan sesaat sahaja dari waktu itu berjalan, mampukah lelaki ini?

17 Komen untuk "Lingkaran Waktu Umur Kita"

avatar

dalam maksudnya tu BL...sy setuju dengan BL..kita tahan nafas kejap pun rasa nak tercungap2 biru muka..

avatar

yer, benar... kita sendiri tak tahu bila lingkaran umur kita akan berakhir, apa yang boleh kita buat ialah mengumpul amalan sebanyak mungkin sebagai bekal kita besok di sana..

avatar

sekejap gua nak tengok ic gua lahir tahun berapa ya hehe

avatar

cukup bermakna entri kali ini.. jangan bazirkan umur kita dengan perkara yang sia-sia.. kerana kita tidak tahu bilakah kita akan mati..

avatar

Kesimpulannya masa itu amat berharga, usia semakin meningkat, tingkatkan amalan kita untuk akhirat.

avatar

Subhanallah.. satu peringatan buat insan. Moga hidup kita semua tidaklah sekadar menjadi abu.. amin. Salam perkenalan & Salam Sabtu ye :)

avatar

peringatan untuk kita semua...kita tak boleh kata kita akan hidup lama.. sbb kita tak tau bila kita akan menghembus nafas terakhir kita..

avatar

yup. hidup tidak boleh disia-siakan... walau apa pun yang terjadi, hidup perlu diteruskan...

avatar

satu entri menyentap jiwa sedikit

avatar

Perumpamaan yg hebat bro. Terbaik entry ni dgn ulasan yg sangat rengkas. Semoga kita sentiasa bersedia.

avatar

Betul tu bro..kalau umur kita tak sama dengan lingkaran ubat nyamuk tu..umur kita satu rahsia supaya kita sentiasa ingt mata dan selalu bersiap sedia menghadapi kemungkinan yang bakal terjadi..

avatar

Assalam. Umpama lingkaran ubat nyamuk itu adalah sebagai subjek untuk menyedarkan kita agar sentiasa mengingati kematian.

http://perjumpaanmeeting.blogspot.com/2013/10/pengorbanan-fizikal-dan-perasaan_14.html?m=1

avatar

Kalau ajal kita macam lingkaran ubat nyamuk mmg senang...kita boleh jangka bila kita nak mati dan kita boleh bersedia. Masalahnya tak begitu...

avatar

usia ibarat lingkaran ubat nyamuk, perbandingan yg mdh difahami.terima kasih..;)

avatar

Setiap dari kita, tidak tahu bila waktunya hayat kita ditamatkan. Ubat nyamuk pun, ada sesetengahnya tak sempat habis ke lingkarannya menjelang subuh. Kadang tengah malam pun dah terhenti terbakar akibat perkara lain. Dilanggar kucing misalnya.

Semalam satu family terjaga digigit nyamuk akibat ubat nyamuk terpadam tengah-tengah malam. Kucing pegi langgar. Nasib baik tak terbakor. Haha

avatar

insaf2 .. harap2 tak sia-siakan anugerah umur dan kesihatan untuk colect sebanyak mungkin pahala

avatar

ye kita boleh tahan saat, kalau kat stopwatch, sebab nama dia STOP watch hehehehehe

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.