blogger lelaki logo

Lelaki Ini Hidup Tanpa Duit

49 Komen
Lelaki Ini Hidup Tanpa Duit

Mark Boyle, lelaki berbangsa irish ini hidup Tanpa duit. Beliau tiada pendapatan, tiada duit di bank dan tiada perbelanjaan. Lelaki ini langsung tak rasa risau bila tak ada duit dalam poketnya.

Jauh berbeza dengan manusia lain, yang akan mula serabut bila poket mulai kering. Ya betul duit bukan syarat utama untuk bahagia, tapi dunia sekarang segalanya memerlukan duit. Kita akan mula gelisah bila akuan bank mulai surut, apatah lagi jika kita tidak ada kerja.

Lelaki Ini Hidup Tanpa Duit
Biar papa asal gua bahagia.

Mungkin orang akan anggap lelaki ini orang gila. Tapi bagi aku dia sebenarnya dah berjaya menbebaskan diri dia dari belenggu. Dai boleh rasa tenang walaupun tak ada duit. Dan duit bukanlah satu masalah besar kepada dirinya.

Tapi kan, cuba fikir kalau dia ada keluarga, mahukah keluarga dia hidup dengan cara begini. Sebenarnya duit itu bukan masalah, tapi kita yang bermasalah dengan duit.

Lelaki Ini Hidup Tanpa Duit
Daun apa dia kutip ni.

Mengapa kita selalu rasa duit kita tidak cukup, sebab kita berbelanja melebih dari had kemampuan kita. Masyuk RM30 sehari tapi belanja RM50 sehari, mau tak pokai, tokey kayu balak pun boleh bankrup macam ni.

Kadang kala kita terlalu mengejar kebendaan, kita boros, beli benda ikut trend, sebab orang lain dah beli kita pun kena beli juga. iPhone 5s tak masuk Malaysia lagi dah tertunggu-tunggu nak beli.

Sebab kita nak hidup mewah, kita nak berlagak dengan duit kita, sebab itu duit menjadi suatu masalah kepada kita.

Tapi ada juga yang mereka bagus, dengan duit yang ada mereka buat pelaburan, ini cerita pelaburan yang takkan rugi, tak payah cari downline pun. Keuntungan dia berlipat kali ganda, sampai bila-bila. Kompem takkan rugi punya. 

Macam mana anda berminat. Syarat paling utama, kena ikhlas. Banyakkan buat amal jariah, bersedekah ke jalan kebaikan, lagi baik jika sedekah kita itu untuk kegunaan orang ramai, sebab nanti saham dia lagi banyak untung ma.

49 Komen untuk "Lelaki Ini Hidup Tanpa Duit"

avatar

Assalam.
Masyaallah. Semoga Mark Boyle sentiasa sihat.



avatar

susah juga kalau tak de duit langsung..macam mana nak bayar tandas awam

avatar

susah jugak nk kata, skg apa2 je memerlukan duit. kalau tak bukan setakat ketinggalan tapi mmg susahla.. ayat2 kat atas tu macam patuk btg hidung saya je. dalam akuan bila kurang jadi 3angka je mula lah saya gelisah. hehhe

avatar

boleh dia hidup macam ni yea. bukan semua orang boleh buat macam ni kan..

avatar

wah...tabik le...boleh hidup tanpa duit..

avatar

ui mak aii... badab nmpk cam ketol2 jer..

avatar

tak rak susah kalau biasa berjimat

avatar

walaupun miskin, yang penting hati bahagia.. ada orang yang mengejar duit sanggup menipu dan merompak..

avatar

nak seribu daya, tak nak seribu dalih. hehe

avatar

Betul juga apa yg bro katakan tuh. Zaman skrg ramai yg terkandas dlm berbelanja. Tak mampu utk beli yg lain tapi mampu utk habiskan ke arah yg lain.

Yg paling penting, dalam berbelanja, jgn lupa sedekah juga. Kerana itu lah harta kita yang sebenarnya. Entry yang baik bro.

avatar

Impian hampir semua orang bukan nak ada RM1 juta, sekadar habis bayar hutang dan ada sedikit simpanan untuk berbelanja...tapi kita asyik tambah hutang bila hutang lama dah habis...kenapa yer?

avatar

setuju dengan Mohd Shubhi...

avatar

orang iris nih dia hidup sebatang kara... makan pun hasil cucuk tanam... untuk sekadar hidup saja memang boleh... tapi mcm kita org Islam, perlu juga ada sumber kewangan, yelah nak laksanakan rukun Islam ke-4 dan ke-5, sudah tentu memerlukan kita mempunyai kewangan...

avatar

badan dia nampak sihat dan aktif...

avatar

Good point. Kita perlu berhemah dalam berbelanja. Spend ikut kemampuan.

avatar

hahaha. tu la kan toilet pun berbayar :p

avatar

Kalau ikut keperluan manusia, bumi ni sebenarnya lebih dari cukup untuk menampung hidup seluruh umat manusia. Tapi sebab sifat tamak manusia tu sendiri yang buatkan segalanya tak cukup. Manusia ni kalau dah tamak, sampai kiamat pun tak rasa tak cukup lagi.

avatar

duit bukan segala-galanya tapi payah tu kalau langsung tak ada duit.

avatar

Masih tertanya2..

Dia mgkin boleh hidup tnpa duit..tp kita?? Hurmmmm..x blh kot!! Wlupun bkn mnjd hamba duit but hidup di zaman skrg ni, duit tu perlu kot utk membayar keperluan diri dan keluarga

avatar

deno pernah abca pasal ni rasanya... hebatkan? takde duit pun dia boleh hidup :)

avatar

duit bukan jaminan untuk mendapatkan kebahagiaan. Allah punya aturan, rezeki telah ditentukan. Takde makhluk kat muka bumi ni yang mati sebab tak makan. Tetapi semua makhluk ni akan mati bilamana rezekinya sudah habis. Barulah rohnya akan dipisahkan daripada jasad.

avatar

troli tu dia rembat kat mydin ke tesco? hahaha

avatar

harap2 cerita ini benar,
mmg susah nk cari org seperti dia skarang.

avatar

ayat aku hanyalah kalau ada yang jadi seperti ini ia boleh dikategori sebagai "kufur Nikmat"

avatar

kemain sihat nampaknya bro tu, tp
konsep kita skrg klu tak hutang tak dptla nk berumah, berkereta dan sbgnya

avatar

zmn skrg mmg susah hidup tanpa duit
tp x blh bila jd hamba duit
bersederhana la

avatar

waduh kalau pemasukan lebih kecil dari pada pengeluaran, ibarat bersar pasak daripada tiang yah mas

avatar

sekalipun tanpa uang sebenarnya manusia bisa tetap hidup, kan Allah SWT sudah menciptakan otak, tangan dll dengan sedemikian rupa untuk berusaha, lagian kan uang bukanlah segalanya tapi tanpa uang manusia juga bisa kerepotan.

avatar

terbaik! cerita2 mcam ni mmg perlu didendangkan lbih kerap utk sedarkan kita tentang satu benda iaitu duit bukan segalanya!

thanks bro

avatar

kita perlu sedar bahawa kita harus bersyukur

avatar

suka dengan komen Khairul Zamri...yang kita perlu sedar dan bersyukur....

avatar

Sangat susah sekali kalau hidup tanpa uang seperti kita ketahui uang sebagai alat tukar untuk memenuhi kebutuhan pokok kita.

avatar

ala bro x tulis habis pasal kehidupan dia, baru tgk syok baca, hehehhe

avatar

Duit duit di mana kau duit...

avatar

seronok juga kalau bebas dari belenggu duit. tapi nak duk buat rumah dan bercucuk tanam perlu tanah juga. nak tak nak kena beli jugak kan. takkan saja duk kat tanah orang lain :)

avatar

Orang ini macam pun ada... Tabik spring la!

P.s. - The more we give, the more we get back :)

avatar

berbelanjalah ikut kemampuan...

avatar

memang rare kehidupan orang macam ni

lepas ni boleh la buat sumbangan pada dia :-)

avatar

wahh!!!! hebat betul laki nih,, tapi kalau hidup sorang boleh la kot gini,, kita yang kena tutup aurat nih,, cemana,, hehe

avatar

memang boleh hidup tanpa duit
tapi mesti rajin juga untuk cari makanan

avatar

Mungkin itu adalah cara kehidupan yang beliau pilih sendiri kan ....

avatar

kecian plak tgok dia..pdahal dgn tubuh bdan yg sihat cmtu..boleh je dia kerja..ape dia mkan eh?? Hmm yg pntg jgnlah jd hmba duit..

avatar

duit tidak janjikan kebahagiaan
namun kebahagiaan perlukan duit

avatar

duit bukan segalanya..kebahagiaan tidak ternilai jika dibandingkan dengan duit

avatar

Hehe..macam mana ekk diorang hidup tanpa duit..adoiii..bab boros tu tak semua manusia yang berjaya mengatasinya..termasuk saya..haha..

avatar

setuju tu bro...mmg kita yg bermasalah dgn duit..duit yg meraja dlm hati kita

avatar

Berbelanja ikut kemampuan bukan ikut kemahuan, InsyaAllah ~

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.