blogger lelaki logo

Khurafatkah Aku

43 Komen
Khurafat adalah kepercayaan karut yang menyalahi ajaran agama yang diada-adakan dalam bentuk perbuatan. Ada yang percayakan adanya penunggu, kuasa sakti, kuasa ghaib, roh dan semangat.

Padahal semua itu datangnya daripada permaian syaitan semata-mata dengan tujuan untuk menyesatkan kita, anak cucu nabi Adam a.s.. Apabila kita menpercayai adanya kuasa yang lebih hebat daripada kekuasaan Allah SWT, maka bersoraklah syaitan-syaitan semuanya.

Khurafat

Ini ada kisah khurafat yang pernah keluarga aku alami. Niat pada mulanya, Pak Su aku mahu ubatkan Mak Cik aku yang sakit, lumpuhnya sudah makan tahun. Mak Cik aku ni sebenarnya kakak tiri ayah aku.

Nak dijadikan cerita, pergilah Pak Su aku serta adik beradiknya serta ayah aku sekali berjumpa dengan bomoh perempuan ni, yang dikhabarkan memang hebat. Dia mendapat ilmunya daripada mimpi. Selepas bersetuju, ditetapkan tarikh untuk datang kerumah Mak Cik aku untuk berubat.

Upacara bomoh itu dimulakan pada malam hari, malam jumaat, semua ahli keluarga aku datang berhimpun. Ada buat makan-makan sikit la.

Sesampai sahaja bomoh tu, dia masuk sahaja ke muka pintu, dia terus menbaling beras kunyit kearah Mak Cik aku, semua orang terkejut, nenek aku yang sedang duduk sebelah Mak Cik aku pun bergegas lari kebelakang.

"Ini bukan orang dah ni, ini benda lain dah duk menumpang badan dia." kata bomoh tu, selepas itu dia terkumat-kamit membaca jampi. Entah apa-apa dah dia baca, aku sepatah haram tak faham.

Aku pun dah lupa barang-barang yang dia gunakan untuk berubat tu, tapi yang aku pasti ada beras kunyit, limau nipis, kemenyan, garam, paku serta keris yang dibalut dengan kain kuning. Ada lagi barangnya tapi aku dah lupa.

Lama juga kami semua duk menunggu dia berubat, selepas dijampinya, dibuatnya air tawar, disuruh Mak Cik aku minum dan selebihnya dibuat mandi.

Bahagian yang last sekali, aku memang tak boleh ingat, selepas dia kata dia sudah buang jin yang tinggal dalam badan Mak Cik aku. 

Bomoh itu suruh ahli keluarga kami semua ikut dia. Bomoh itu terus berjalan, turun dari rumah, tapi cara dia berjalan tu macma dia dah biasa dengan kawasan rumah itu.

Dia pun macam tahu-tahu ada sungai di belakang rumah Mak Cik aku, padahal jarak rumah dengan sungai lebih kurang 200 meter, dan ada semak lagi. Kalau malam orang tak biasa dengan kawasan itu, memang tak tahu ada sungai.

Sesampai sahaja ditebing sungai, dia suruh gali lubang. Aku ingat dia nak tanam apa-apa. Berbekalkan lamput suluh, kami bergilir-gilir mengali, ayah aku memang tak la, dia tak percayakan bomoh-bomoh ni. 

Aku pun mula-mula teragak-agak nak mengali ni, dah la tengah malam-malam buta ni, jam masa tu dah pukul 12 lebih. Tapi melihat Pak Su aku dengan Pak Long aku berpenat lelah, aku dengan adik aku pun turut sama-sama menggali.

Dalam juga lubang yang kami gali tu, dalam 1 meter dalam ada kot. Sampai ada batu-batu yang banyak, dia suruh berhenti, dia cakap, setiap orang ambil sedikit batu itu.

"Batu ini akan bertukar menjadi emas bila sampai waktnya, tetapi dengan syarat, dalam ramai-ramai yang ada ni, tak boleh ada yang tamak dan yang meraguinya. Nanti balutkan batu ini dengan kain kuning." kata bomoh tu. 

Pak Su aku pun ambil batu satu persatu dan dibahagikan kepada setiap adik beradiknya. Sampai giliran ayah aku, ayah aku menolak.

Aku pun tak pasti sekarang ni, batu-batu itu dah bertukar jadi emas ke tidak. Tapi setahu aku, ada orang pegawai daripada jabatan agama negeri yang pergi usha tempat kami gali tu. 

Sebenarnya itu adalah pengalaman pertama kali aku ikut dan tegok orang berubat atau berbomoh.

43 Komen untuk "Khurafatkah Aku"

avatar

perghhhh pengalaman menarik gila. hahaha tapi orang melayu kita memang gemor pun benda bomoh bomoh ni. hahaha. nanti pi la gali batu tu. mana tahu boleh jadi emas betul pulak. kalau betul jadi emas nanti kita share la. hehe

avatar

kalau la betul batu tu boleh bertukar kepada emas,rasanya dah lama orang jadi kaya...hadoiii....memang betul2 khurafat...

avatar

saya setuju dengan kisah si dairy, kalau pergi jumpa bomoh atau orang yang jual ubat memang pandai mereka menaburkan janji manis..sedang mereka sendiri tidak seperti yang dijaja.

avatar

kalau betullah boleh jadi kaya seperti yang dijaja, tentu ramai yang jadi kaya raya tanpa bekerja.

avatar

errkk..motip nk tukar batu kepada emas tu apa..? hehehe

avatar

Tak faham, berubat utk sembuhkan penyakit tapi dapat batu utk bertukar jd emas...pelik2
Perkara2 ghaib itu benar kerana syaitan dan jin itu benar. Tapi memohon bantuan selain dari Allah itu syirik. Dibenarkan berubat tapi biarlah berlandaskan hukum syarak... wallahualam.

p/s: kalau benar batu jadi emas...dah lama bomoh tu xjadi bomoh, baik dia buka kedai emas....hehe

avatar

ini kiah benar bro..masa tu aku pun macma blu2 je..selepas dia suh iktu dia perg belakang rumah..dah la malam2 buta

avatar

Assalam
Masyaallah. Pengalaman yang thriller.

avatar

masa ni aku baru tingkatan 3

avatar

kelakar jugak batu boleh bertukar jadi emas...pakcik kayo....

avatar

hahaha..tu la pasal...tapi ayah saya tak ambil pun

avatar

belah keluarga Pak Su aku tu mmg macam tu..ada hal sikit nak jumpa bomoh..belah keluarga aku tak pun..itu pun pengalaman pertama aku

avatar

entah la..masa kita saya pun budak2 lagi..tak berapa nak faham

avatar

lau betul kan...memang kayo la..sebab saya tengok batu2 yg diambil tu bukan kecil..ada sebesar paha ni ha

avatar

selamat pagi... erm, kelakar dan pelik pun ada..

avatar

hehehe menarik cerita ni bro..bomoh tu ada lagi ke? nak pergi minta emas seketul dua kat dia!

avatar

hebatlah bomoh tu :)
bomoh ada byk jenis
ada yg melibatkan benda ghaib, ada yg guna ayat al quran
jika kita rasa terpesong dr ajaran agama jgn lah ikut
pengalaman menarik tu

avatar

kali pertama dengar macam ni, boleh bertukar emas. kalau betul bertukar emas baguslah...heee.

avatar

hati2 bro. takut hati terpercaya dgn kuasa selain drp Allah. parah nnti.. wallahua'lam

avatar

tak paham.. apa kena mengena batu bertukar jadi emas tuh dengan sakit lumpuh yang dihidapi si Mak Cik? huhu~

avatar

Bomoh yang bagitahu batu bertukar jadi emas tu ada banglo berapa buah? Ferrari ada berapa? Kalau betul boleh tukar buat apa nak bagitau orang. hehe

avatar

bukan gemor..cuma ikhtiar untuk berubat. Bila sakit camni, mmg kita buntu cari jalan. Doktor pun akan sarankan benda ni lepas diaorg pun da takde jalan. Khurafat itu tidak la aku rasa cuma tuhan mmg suka kalu kita sentiasa cari jalan utk capai maksud PENYELAMATAN

avatar

mungkin penulis keturunan hulubalang atau tengku

avatar

kalu ikut cerita tok nenek memang ad ala..tapi hulubalang yg tak boleh nak dibanggakan..hu3

avatar

itu gua memang tak tau..sebab singat gua la bomoh tu cuma datang singgah je dekat kampung tu..tapi lama pulak dia duk dekat situ sebab nak berubat orang

avatar

saya pun masih konfius..dan mak cik saya sampai sudah lumpuh..sehingga dia meninggal dunia..beberapa tahun selepas kejadian ini

avatar

hu3...insyallah tak...kalu ikut ayah gua..memang dia tka percayakan bomoh2 ni semua

avatar

memang berbaloi kalau betul bro..takut disimpan jadi perkasam je..hahahaha

avatar

setuju bro...lagipun gua memang itulah kali pertama tengok orang berbomoh ni

avatar

entah la bro..sebab seingat gua..bomoh tu tak tinggal menetap di kampung tu..dia cuma singgah disitu di rumah anak dia

avatar

sampai sekarang saya pun masih rasa pening..hahaha

avatar

Hebat gak bomoh 2... Btu blh btukar jdi emas...best 2...

avatar

berdosa mempercayai amalan khurafat sebegini.. pak cik kaya kalau batu bertukar jadi emas..

avatar

Dah menjurus kearah tu la

avatar

Erkk...batu tu jadi emas tak???

avatar

pergh.. dahsyat sangat tu.. mcm dah menyimpang je..
x pe.. banyak2 bertobat..

avatar

memang kalau ada penyakit yang tak sembuh ada orang berusaha cara lain, contohnya cari bomoh untuk berubat tapi kalau sampai batu dikatakan boleh tukar jadi emas, macam menyimpang je kan

avatar

menariknya pengalaman anda :)
Semoga kita tidak terpengaruh dengan amalan khurafat :)

avatar

Assalam.. pengalaman yg menarik ni.. syukurlah ada terdetik didlm hati BL utk mempersoalkan kebenaran bomoh tu.. rasanya mmg mcm kurafat mcm tu. Khidmat menggunakan perantaraan jin utk melawan jin yg lain, mmg ada dlm unsur perubatan melayu kuno pengaruh dari anasir perubatan hindu.. Sama2lah kita ambil iktibar. T kasih diatas perkongsian ye..

avatar

Masyarakat melayu dah memang macam tu kot bro.hehe

avatar

alamak.. template sama :)

avatar

Pengalaman yang menarik..saya pulak pernah dibawa berubat oleh mak mentua..asalnye sebab anak selalu demam.hati mmg xsedap..katenye bukan bomoh..tp bila jumpa lain mcm je orgnye..lepas kalau mak mentua sebut ajak p berubat sengih je kate xpelah

Kulit Sihat & Cantik Menawan

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.