blogger lelaki logo

Kehebatan Bomba Penyelamat KL

46 Komen
Hero adalah orang menyelamatkan orang lain yang berada di dalam kesusahan. Jasa anggota bomba, tak boleh kita lupakan. Mereka sentiasa 'on call' untuk berkhidmat, jika berlakunya kecemasan bantuan anggota bomba.

Kehebatan Bomba Penyelamat KL

Bukan sahaja kebakaran, kemalangan, ular masuk rumah, kucing tersangkut atas pokok pun bomba bersedia mengerah tenaga untuk berkhidmat. 

Aku ada terjumpa video nostalgia, jasa dua orang bomba penyelamat Kuala Lumpur. Dimana mereka telah ditugaskan untuk menyelamatkan seorang pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Apabila seorang lelaki, orang asli yang tidak tahu menggunakan lift, telah bertindak memanjat ke beranda. 

Bagi mengelakkan daripada orang asli itu jatuh, dua orang bomba telah bertindak untuk selamatkan orang asli itu. Namum sempat pula mereka bertiga berdrama dekat atas itu. 

Aku 'tabik spring' dekat anggota bomba itu, yang berani, sabar dalam menjalankan tugas mereka. Siap buat skill seorang hero selepas berjaya menyelamatkan orang asli itu. Jom layan video nostagial ini.


16 Mei 1993 Di HKL, Operasi menyelamatkan orang asli yang tidak tahu turun mengunakan lift.

46 Komen untuk "Kehebatan Bomba Penyelamat KL"

avatar

tabik spring~~ toink toink toink :P

avatar

Anggota bomba ni, boleh dikatakan sebagai Wira Yang Tak Didendang dalam masyarakat kita. Peranan diorang, orang cuma ingat time kecemasan je. Time biasa-biasa orang buat dek je.

Patut diorang ni boleh dapat insentif lebih sikit. Ni kalau ada kenaikan gaji je, sure polis yang dapat dulu. Haha

avatar

Banyak jasa mereka ni..

avatar

amboi siap melantun tu

avatar

betul tu bro...bila ada kecemasan je baru kita ingat dekat bomba ni

avatar

betul bro..wira yang sepatutnya menjadi sanjungn kita semua juga ni selain askar dan polis

avatar

bukan mudah nak benda ni.. hebat betul mereka..

avatar

terima kasih kepada mereka yang telah berjasa kepada kita semua.. tak semua orang mampu melakukannya..

avatar

Nak join bomba ni memang kena hati kering...

avatar

Assalammualaikum...BL,

wahh.. tugas bomba nie memang mencabar kan.. tugas bomba sekrang bukan sekadar padamkan api aje.. dah meluaskan kan.. jika ada kemalangan pu panggil bomba.

mselim3

avatar

salam...

mereka yang bertugas dengan begitu jujur dan ikhlas perlu kita sanjung dan beri penghormatan...tahniah dan terima kasih

avatar

Itulah tugas mereka...adalah tanggungjawab mereka memberi bantuan kerana mereka telah mendapat latihan yg secukupnya. Tugasan yg memerlukan komitmen, keberanian dan keikhlasan.

avatar

aku nak try mohon bomba pulak la.. ada lubang tak nih..

avatar

Salute dengan dia orang..berani dan committed..dan kena ada skill juga. like dalam video tu. its a tough situasikan!!! Silap handle ada yang ke bawah..

avatar

tu la..memang penuh sabar dan profesional dia lakukan kerja menyelamat tu..dah macma cerita holyywood kan..tapi ini real punya

avatar

memang hebatlah kerja bomba dan penyelamat ni, menyabung nyawa diri untuk seelamatkan orang lain.

avatar

Saya salute!! kerja bomba mmg merbahaya.. kena jadi mcm spiderman, iron man, superman & mcm2 lagi utk menyelamatkan harta & nyawa..

avatar

mereka banyak berjasa..sanggup korbankan nyawa sendiri demi tugas

avatar

memang kerja ni setanding dgn askar n lebih mulia dari polis skrg ni

avatar

mereka memang sangat berjasa.. tabik spring la ..woow begitu hebat

avatar

perasan tak bomba macam doktor fungsi dia,, menyelamatkan orang,, ehehe

avatar

ini baru power ni ..tabik !!!

avatar

Assalam
Tabik Anggota Bomba Malaysia

avatar

bomba, sebuah kerjaya yg x popular tetapi khidmat yg diberikan memang banyak tanpa kita sedari

avatar

bomba penyelamat yang selalu dilupakan..tabik untuk anggota bomba..

avatar

hebat.. semoga mereka mendapat keredhaan daripadaNYA

avatar

jasa mereka terlalu banyak..

avatar

Masa kecil dahulu pernah juga cita-cita nak jadi ahli bomba sebab nampak cool.

avatar

jasa mereka dikenang =) terbaik la abang2 bomba..dulu pnh jga test nk jd bomba bhgian building..tp test xckp mrkah plak..

avatar

kerja orang gagah sanggup lakukan apa sahaja untuk selamatkan orang awam

avatar

Sejak dulu, memang saya respek kerja bomba ni.

avatar

Lahhh kenapa lah tak gunakan tangga je..dah tahu tak pandai naik lift tangga kan ada....haha..

avatar

batol.. kalau kat barat, kerja sebagai bomba penyelamat amat dipandang tinggi oleh masyarakat..

avatar

tak semua mampu menjadi blogger..

avatar

tak tahu turun guna lif? wahh..biar betul..

avatar

bukan mudah kerja bomba ni....

avatar

aduiiii macam macam
kesian pulak tengok

avatar

Selain doktor, kerja bomba lah yang paling saya respek. Sanggup berkorban selamatkan nyawa orang. Bukan semua orang faham tugas dan risiko kerja bomba, sebenarnya lagi berisiko dari kerja polis atau askar.

avatar

memang berat tanggungjawab dan kerja mereka

avatar

kalau ada sarang tebuan pun boleh panggil bomba

avatar

saya pun sama. tentu besar pahala mereka yang bekerja dengan ikhlas

avatar

semoga mereka beroleh ganjaran pahala

avatar

Pernah tengok movie bomba padamkan kebakaran.Memang terasa sekali apa yang ahli bomba rasa semasa situasi tersebut.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.