blogger lelaki logo

Kasihnya Lelaki Kepada Anak Perempuan

49 Komen
Kita semua sudah sedia maklum, bahawa didalam hidup lelaki ada 3 wanita yang penting, pertama ibunya, kedua isterinya dan yang ketiga anak perempuannya. Itu adalah tanggungjawab yang terpikul dibahu lelaki.

Kebiasaannya semua orang mahukan anak lelaki, kerna alasan sebagai pewaris keluarga. Namum jangan kita lupa akan anak perempuan. Jangan pula ada pilih kasih dengan melebihkan anak lelaki berbanding anak perempuan.

Kasihnya Lelaki Kepada Anak Perempuan

Seorang ayah perlu menanggung anak perempuanya selagi anaknya belum berkahwin, walaupun anaknya sudah bekerja, dosanya juga masih masuk akaun ibu dan ayah. Selagi belum selesai akad nikah, selagi itu tanggung dipikul oleh seorang ayah.

Anak itu amanah jadi perlu dijaga elok-elok. Nanti kita kan dipersoalkan akan tanggungjawab ini. Dan beruntunglah mereka yang memiliki anak perempuan ini.

Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Apabila anak perempuanya melakukan kesalahan, jangan dimarah berlebihan, melampau-lampau, berikan ruang untuk dia meminta maaf dan berubah.

Apabila belikan sesuatu, lebihkan pemberian itu untuk anak perempuan berbanding anak lelaki.

Seorang lelaki juga perlu selalu mengembirakan anak perempuannya.

Ada juga kata orang kita yang menyebut susah nak menjaga anak perempuan seorang berbanding menjaga lembu sekandang.

Kasihnya lelaki dalam mendidik dan menjaga anak perempuanya juga akan menjadi penentuan apabila kita di 'hisab' nanti. Dengan zaman yang mencabar ini, jagalah anak perempuan dari terkena bunga-bunga fitnah akhir zaman.

49 Komen untuk "Kasihnya Lelaki Kepada Anak Perempuan"

avatar

Abahlah dukung deno semasa takd apat berjalan sebab sakit... sayang abah :')

avatar

Wanita...mudah untuk masuk syurga dan mudah juga masuk neraka. Mereka golongan yg sentiasa bergantung kpd penjaganya...dan membawa penjaganya bersama ke syurga mahu pun neraka.

avatar

Assalam
Berbimbang-bimbang menjaga anak perempuan selagi belum dimiliki oleh suaminya - tanggujawab yang berat. Perlukan kekuatan rohaniah yang tinggi.

avatar

seperti kata sorg ustazah, anak itu adalah aset PELABURAN yg paling berharga untuk ibubapa. sayangnya kalau org tua tidak mdidik anaknya dgn didikan agama, tiada aset yg akan sentiasa dokan bila dah meninggal, tiada aset yg sudi ziarah kuburnya apalagi aset yg mampu mghantarnya ke syurga :)

avatar

setakat ni, aku lebih senang jaga anak perempuan berbanding anak lelaki
tak tahu la apa jadi masa depan
harap2 semuanya baik2 saja

avatar

anak perempuan susah bila dia dah besar nnt :P

avatar

Benar sekali bukan senang hendak jaga anak dara dan isteri. Semuanya dibahu ketua keluarga.

avatar

mama kaya dengan anak perempuan, semoga mereka berdua menjadi anak yang solehah nanti..

avatar

saya sentiasa berdoa kebaikan untuk..anak2

avatar

ada kelebihan dan kekurangan

avatar

anak-anak adalah amanah dan rezeki Allah SWT kepada kita

avatar

teringat dulu aruah ayah sedih + gembira bila anak perempuannya telah selamat melangsungkan pernikahan.....

avatar

Kalau dah rezeki ambe anak perempuan pn, ambe ttp terima sebaiknya =) semua tu amanah Allah, kenalah jga dengan bertanggungjawab

avatar

Betul tu, anak perempuan juga pada kebiasaannya lebih manja dengan bapa berbanding ibunya. Mungkin, naluri untuk melindungi insan yang disayangi seseorang lelaki itu lebih cenderung terhadap anak perempuannya.

avatar

Lelaki ke, perempuan ke, keduanya anugerah Allah. Kenapa pulak nak beza-bezakan atau pertikaikan jantina tu kan.

avatar

sebagai peringatan bro. sama-sama kita menjaga amanah yang diberikan pada kita.

avatar

Nak jaga anak perempuan lagi susah sebenarnya berbanding lelaki.

avatar

anak perempuan lagi patuh dan setia pada keluarganya

avatar

Alhamdulillah sangat beruntung menjadi perempuan...dan punyai 3 anak perempuan tambah tuah lagi mereka anak yatim..

avatar

memang berat tanggungjawab seorang lelaki apatah lagi lelaki yang bergelar suami dan ayah :)

avatar

wajah seorang ayah tetap cool walaupun tekanan depa hebat..itulah ketabahan

avatar

aku ada 2 org anak perempuan tp masih belum akil baligh. rasa takut juga mcmana nnti bila diorg dah besar. besar tanggungjawab ni

avatar

InsyaAllah...semoga tuhan kurniakan saya ank kedua ni anak perempuan..hahaha..

avatar

Nak juga anak perempuan

avatar

ada banyak hadis nabi yg anjurkan jaga ank perempuan elok2 dan bersabar.. heheh

avatar

buat yg terbaik utk anak, sila invest utk masa depan anak..
kalau anak nak aiyemmm.. camne? boleh bagi ke idak?

avatar

Setuju dengan bro.

avatar

rasa sedih baca entri ini sebab teringat dekat arwah ibu dan bapa sendiri...

avatar

aiza takde anak lagi.. arwah ayah aiza meninggal masa aiza masih kecil, jadi kurang kasih sayang ayah..

avatar

Sy syng anak2 sy semuanya sama, tp sbb ramai perempuan berbanding lelaki, kenalah pandai mengagihkan perhatian.. semoga semuanya baik2lah bila dewasa kelak.. aamiin. Thanks sharing ye :)

avatar

mungkin sifat semulajadi lelaki yg mudah menyayangi wanita membuatkan mereka lebih berlemah lembut dengan anak perempuan..

avatar

sebab tu wujud perumpamaan , menjaga anak perempuan ni lebih sukar berbanding menjaga sekandang lembu ... ermmm , klu salah perumpamaan ni , jgn gelak yer ...

avatar

Assalammualaikum...BL,

wah...ingatan bagus nie.. agar kita tidak berat sebelah antara anak lelaki dengan anak perempuan.. pape pun kedua2 nya adalah anak kita jugak kan!. Insaallah sentiasa ingat.

mselim3

avatar

Terbaik!

Mereka juga 'memegang' salah satu 'kunci' ke syurga... (syurga bawah tapak kaki ibu)

avatar

ameen...moga2 anak2 kita jadi soleh solehah...itu ajer

avatar

Betul tu anak adalah amanah.Kena jaga dengan sebaiknya..

http://puteriairyn.blogspot.com/2013/10/tak-sekepala-tapi-suka.html

avatar

anak selalu rapat dgn ayah tu klu ayah slu tak lekat kt rumah

avatar

biasalah tu. normal maa..

avatar

Ada dua orang anak perempuan....ada tiga anak lelaki...memang berbeza!

avatar

ayah segala-2nya..hero kita dan juga orang yang berkorban untuk kita mencari nafkah ..

avatar

Alhamdulillha ayah sayang kita sama rata...

avatar

Alhamdulillah, cuma saya belum ada anak perempuan...

avatar

bukan senang nak lepaskan seseorang anak perempuan kepada seorang lelaki

avatar

Janganlah membeza2 kan anak lelaki dan anak pompuan...ank lelaki jga perlukan kasih syg seorang ayh..tpi sekarang bezs layanannya...ayh lebih kasar terhadap ank lelaki mnybbkn ank lelaki berjauh diri...jgn marah berlebih2han pada ank lelaki jg...ada fakta yg mengatakan ank lelaki suka memberontak tpi jika dilayan dgn lembut pasti kesannya positif....fikir blik siapa yg akn smbhyg jenazah,angkat keranda,dan jaga kamu ketika skit wahai golongan lelaki yg selalu mendiskriminasikan ank.....sy x bersetuju lebihkn ank pompuan dlm pemberian apa2 kerana ank lelaki jg ada hak yg sama malah lebih lg.

avatar

Anak lelaki jg perlu dijaga dgn elok...jgn lepas tangan kerana byk yg berlaku gejala sosial kerana kuramgnya perhatian dri ibu bapa.

avatar

Masyarakat malaysia skrg byk mendiskriminasikan ank lelaki...fakta.

avatar

Ank lelaki jg hrus diberi support emotionally supaya membesar dgn baik....ada artikel mengatakan ank lelaki yg mendapat kasih syg secukupnya dri ibu bapa x akn menghadapi masalah dgn adik beradik....fikir2kan....zaman skrg rmai ank lelaki cenderung utk ikut isteri apabila lpas kahein dan meninggalkan keluarga sdiri terutamanya di malaysia...kerana apa?duk dgn keluarga sdiri dilayan alar kadar....ada x pe x ade x pe...tpi bila dgn keluarga isteri yg melayan anknya dgn baik jd golongan lelaki lbih cenderung ikut isterinya...jd nk salahkan siapa?tepuk dada tnya jwpn sdiri.

avatar

Zaman sekarang ni, jaga anak lelaki atau anak perempuan dua2 nya punya cabaran yang sama. Namun, sangat beruntung dilahirkan sebagai seorang Islam yang sangat menjaga kehormatan seorang perempuan.. InsyaAllah moga kita semua mampu memelihara ibu, anak perempuan dan saudara-saudara perempuan kita dari api neraka..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.