blogger lelaki logo

Iklan Yang Bagus

20 Komen
Pasal iklan ini aku pernah sentuh dulu. Aku cerita pasal satu bandar Sao Paulo di Brazil dimana seluruh bandarayanya dilarang meletakkan sebarang papan iklan. Dan ramai memberikan komen, bahawa dunia ini agak sepi jika tanpa iklan. Bukan aku tak suka iklan, tetapi ramai yang mengeluh apabila menonton tv, asyik-asyik duk tayang iklan je.

Iklan Yang Bagus


Fungsi iklan itu sendiri juga adalah untuk menyampaikan maklumat, memberi penerangan, hebahan umum dan juga untuk promosi produk. Jadi isi iklan itu juga harus baik-baik belaka, dan ada maklumat yang tepat pasal produk. Sudah tentu, apabila kita melabur untuk iklan, kita mahu iklan kita mendapat perhatian orang ramai. Agar ada yang tertarik dengan produk yang diiklankan.

Setiap perkara ada pro dan kontra. Iklan juga begitu. Kita boleh lihat hari ini, terlalu banyak sangat iklan, dimerata tempat, di papan iklan ditepi jalan, bus stand, bangunan, televisyen jangan lupa iklan blog juga dan banyak lagi tempat.

Ada iklan yang membuat tarikan iklan mereka dengan menggunakan model wanita yang agak seksi. Ramai yang menbincangkan hal ini sebagai mengeksploitasi wanita didalam iklan, padahal produk yang dijual tiada kaitan langsung dengan wanita.

Ada juga yang cuba beriklan dengan cuba menyerang atau menperlekehkan persaingnya. Sepeti yang pernah dibuat oleh Coca Cola untuk menyindir Pepsi. Dan yang lebih terkini, macam Samsung  menyindir Apple.

Kita faham ada iklan yang cuba mencari kelainan, pembuat iklan mahu beriklan dengan cara lebih kreatif. namum dalam pada masa yang sama, ada juga iklan yang terlampau kreatif sehingga menyinggung hati pengguna. Niat asal mungkin untuk berlawak dalam iklan, namum mungkin selepas itu akan kehilangan pelanggannya. Kreatif biar bertempat.

Bagi aku, iklan itu perlu, jika iklan itu untuk kearah kebaikan, iklan yang mengarah kepada keagamaan pun ada kan, seperti banner program ceramah. Iklan yang menerangkan kebaikan pasal produknya, juga bagus. Selain itu iklan yang bukan berkaitan dengan perkara perkara yang haram.

Ciri-Ciri Iklan Yang Bagus:

1. Ada sasaran yang jelas. Biar iklan itu sampai kepada sasaran target kita.
2. Fokus kepada apa yang mahu diiklankan, biar orang faham apa yang ingin kita sampaikan.
3. Ada daya penarik, tapi bukan pelaris wanita seksi yer..mungkin dengan kata-kata yang menarik dan gempak, tapi please la jangan SCAM..hu3
4. Paparkan iklan yang kemas dan menarik. Agar ada yang aykin dengan apa yang kita iklankan.
5. Pilih slogan yang sesuai dengan iklan, biara orang rasa tertarik untuk tahu lebih lanjut lagi.

Iklan tak salah tapi yang salah adalah orang yang buat iklan tersebut. dan aku pun tak suka kalau iklan di tv terlampau banyak, boring beb..ptotng stim betul la time kita tengah layan cerita best.

20 Komen untuk "Iklan Yang Bagus"

avatar

iklan...jangan terlalu banyak...potong stim je...biar berpada-pada.

avatar

ahh.. aku suka iklan terutama kat blog... hoho

avatar

Jangan lupa ada iklan yang mberi pengajaran contohnya iklan petronas. Tak semua iklan negatif.

avatar

Iklan kalau yang double meaning yang menyampah tu

avatar

Iklan yang takde makne apa-apa lagi menyampah..

avatar

iklan yang double meaning tu acaner? wakaka maklum la budak sekolah lagi..

avatar

Iklan sikit2 tu x pe la..tp kalo rancangan baru 5 menet but iklannya plak 15menet, tu mmg melampo la kan..

avatar

kalau banyak sangat iklan kat tv pun bosan juga, akhirnya terlelap kat depan tv.. hihi..

avatar

haha..terbaiklah iklan tu..

avatar

iklan sekarang macam2 betul laa.

avatar

iklan selalu membujuk..

avatar

Iklan Aaron Aziz ngan megi tu.. Nurul harap pengiklan boleh membuat iklan yg lebih bermutu tanpa perlu menyelitkan sesuatu yg berunsur seks utk tontonan umum.

avatar

Setuju. Iklan perlu catcy bukan seksi

Sedih tgk iklan2 yg guna wanita seksi...kalau ambe jadi tukang lulus, mmg reject!

avatar

nak beriklan biar betul-betul power macam iklan petronas masa musim raya. iklan yang ditunggu-tunggu. bukan sebarang syarikat mampu buat macam tu. walau bukan iklan menjual produk, tapi kesannya sangat besar kepada syarikat.

avatar

banyak iklan kat tv siaran free sebab itu sumber pendapatan diaorang, tapi memang bosan jugaklah...rasanya kat negara kita iklan perempuan seksi ok lagi, tak sehebat negara maju.

avatar

iklan yang ditampalkan ke dalam blog kita boleh menghasilkan duit..

Entri terkini saya Misi 'Do Or Die' Dalam Blogwalking

avatar

kena bijak buat iklan... sebab menelan kos yang tinggi

avatar

jujur itu baik hah senang jelas sangat.axis is one of telco di indo kan?

avatar

iklan memainkan peranan penting bagi melariskan jualan dan informasi.....

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.