blogger lelaki logo

Graduan Terlalu Memilih Pekerjaan

41 Komen
Isu graduan terlalu memilih kerja ni dah lapuk dah. Zaman aku lepas belajar dulu pun dah ada isu ini. Sekarang ini lagi la, persaingan semakin sengit. Peluang pekerjaan itu dah semakin sempit. 

Namum aku kurang setuju jika ada graduan yang terlalu memilih kerja, sebab mereka seperti menidakkan rezeki yang telah ditetapkan. Mungkin tawaran gaji yang diberikan, agak rendah jika dilihat dari kelulusan mereka, "buat apa belajar susah-susah tapi dapat gaji rendah, baik tak payah masuk Universiti".

Mungkin mereka dilalaikan dengan ego mereka, tengoklah mereka belajar tahap mana tu, degree, master atau phd. Lepas tu tengok kawan-kawan semua dapat kerja best-best kan, takkan aku nak kerja jadi orang bawahan macam ni. Malu la beb.

Graduan Terlalu Memilih Pekerjaan

Bagi aku, ada juga graduan yang sebenarnya tak kisah, jika dapat pekerjaan jawatan rendah dan gaji rendah, yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka. Tapi orang lain pula yang duk kisah, ahli keluarga mereka, jiran-jiran dan kawan-kawan serta makcik-makcik sebelah rumah. Orang disekeliling mereka yang memberikan tekanan kepada mereka, untuk jadi terlalu memilih kerja.

Sebabnya aku sendiri pernah lalui, bila aku dah habis belajar, aku belum dapat pekerjaan yang bagus dan mengikut kelulusan aku. 

Ramai yang duk bawa cerita sana-sini, sampai aku malas dah nak pergi lepak kedai kopi dekat kampung aku. Ada saja yang duk perli. Si mulut tempayan yang tak boleh ditutup.

Selepas aku habis belajar, sambil-sambil tunggu transkrip aku keluar, aku hanya berkerja sebagai buruh kasar, duk bancuh simen kerja tengah panas.

Tapi aku peduli apa, bukan aku pergi mencuri, dia ingat duit tu datang bergolek. Aku tak kisah sebab aku pernah hidup susah. Dari zaman aku sekolah lagi aku dah biasa buat kerja-kerja buruh kasar ni. Bila musim cuti sekolah je, aku akan buat kerja-kerja buruh ni.

Kadang-kadang masyarakat kita ada juga golongan yang susah sangat nak faham. Mereka seperti menidakkan urusan rezeki yang diberikan tuhan. Apa salahnya jika lepasan graduan itu bekerja tak mengikut kelulusan dia. Sekurang-kurangnya dia berusaha.

Dan aku percaya kepada takdir dan rezeki, dan kini aku sudah dapat kerjaya yang lebih baik dari dahulu. Mulut-mulut yang duk perli aku di kampung dulu pun dah senyap. Aku bukan pendendam, tapi aku terkilan sebab mereka seperti menperlekehkan ketentuan tuhan. Mereka suka banding orang tu dengan orang ni. Macam kita ni tidak berusaha.

Bagi aku ada orang memang ada orang yang dah terpilih dengan kelayakan mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik. Itu rezeki mereka. Dan bagi kita yang tidak terpilih ini, kita terpaksa memilih. Kita kena memilih antara korbankan ego kita atau tambahkan lagi statistik pengangguran.

Jangan terlalu memilih. Percaya kepada rezeki kita.

41 Komen untuk "Graduan Terlalu Memilih Pekerjaan"

avatar

tak per lah, bukan kita tak usaha mencari kerja kan.. biarlah je lah persepsi mereka tu... yang penting, usaha mencari kerja tu, .. insyaallah..... ada lah tu nanti...

avatar

guna strategi nih: mula2 ambik jer keje yg pangkat rendah2 pun takpe, dalam 2-3 thn mesti ada kekosongan, baru le bleh naik pangkat. lagi pun selamat skit sebab kerja tu kita dah biasa.

avatar

sebenarnya kita juga perlu mencari pengalaman di alam dunia pekerjaan..sebab jauh bezanya alam belajar ke alam kerja ni..

avatar

betul tu bro..bagi aku itu bab pengalaman..kita kena cari pengalaman dulu untuk terus berjaya..kalau tak ada pengalaman tapi terus nak kerja yang hebat2..macam mana tu..kalau ada peluang kita rebut lagi..tak rugi pun kan.

avatar

apa yang penting usaha kan

avatar

hm.. kdg2 diorg demand sebb nak fight dgn kawan2.

avatar

Isu ni memanglah tersangat lama dibincangkan kerana setiap tahun ada saja graduan baru lahir. Isu ini jugalah yang aku buat sakit hati dengan Prof Diraja Engku Aziz. Dulu tahun 1998 masa zaman kegawatan ekonomi beliau pernah kata graduan bumiputera malas bekerja dan memilih kerja. Hakikatnya pada waktu itu tiada satu peluang kerja pun kat Malaysia nih.

Bayangkan, selama setahun aku mencari kerja langsung tak dapat. Sampaikan ada kilang tu cakap, kami dah tak ambik pekerja selama dua tahun. Ada tempat tempat tu lagi la teruk, siap cakap boleh la nak mintak kerja kat sini, tapi kena bunuh dulu pekerja lain.

Kejam memang kejam la sapa yang kata graduan memilih kerja. Kalau ditanya kepada semua graduan, berilah apa saja kerja mereka akan sanggup. Masalahnya, ada majikan tak sanggup ambil graduan. Alasannya graduan yang nak kerja cikai-cikai ni akhirnya akan berhenti juga bila dapat kerja lebih baik.. Of kos la kan.. so camna tu?

avatar

itu salah satu conoth bro..sbb majikan xsuka ambil pekerja yang ada kelulusan tinggi sebab mereka anggap graduan ni cuma nak bekerja sementara waktu je sambil menunggu peluang pekerjaan lain.

avatar

hemm.. betul tu.. ada graduan yang x kisah pun keje yg bergaji rendah tapi org sekeliling lak yang sibuk memberi pandangan dan perspektif yang x best didengar.. hemmm

avatar

aku setuju ape yang bro cakap kan, abg aku sendiri memilih pekerjaan biarpun dia memiliki degree.. Dia demand pasal gaji, padahal dia dapat job memang ok sangat masa tu..

avatar

sebab tu gua cakap ada sesetengah tu yg ego dgn kelulusan mereka..terlalu nak kejarkan gaji yg tinggi..padahal pengalaman kerja pun xada lagi

avatar

Persepsi dan mentaliti yang tidak akan berubah. Sebenarnya menuntut ilmu itu satu kewajipan bukan jaminan keatas kerjaya. Usaha juga yang membawa kpd kejayaan.

avatar

itulah salah satu sudut dlm masyarakat kita..ini realiti bro..gua tak reka cerita tu kisah hidup gua

avatar

adakalanya bukan memilih kerja.. tapi tidak diberi peluang untuk bekerja.. nak dapatkan pekerjaan pun perlu melalui proses temuduga dan pelbagai tapisan yang ketat.. akhirnya kecewa sebab tak terpilih.. itu pandangan peribadi aiza saja..

avatar

betul tu bro...ilmu itu untuk kita amalkan dan membuahkan hasil..tapi usaha kita itu bergantung kepada rezeki yang ditentkan kepada kita juga..kadang2 tuhan mahu tengok kita berusaha dulu barulah diberikan kesenangan..

avatar

bab temuduga itu perkara biasa..sebb nk pilih org..tp yang xbleh blah adalah bila ada nya permainan orang dalam ni..kabel besar2..adehh

avatar

yg penting ilmu penuh di dada. keje pembancuh semen orang tak der ilmu ngan pembancuh semen org yg byk ilmu lain resultnya

avatar

Bro start kerje yang betul2 kerje masa buat degree.. habis degree pun tetap x guna degree tue walaupun dah berkali2 tukar koje...

Senang je nk cari koje.. Xpayah tayang sijil pun.. Gaji pun boleh tahan he..23x Tapi biasa la hidup dekat KL dan dah berkeluarga...

Takat 2-3k mana cukup kan.. sure ramai yang nak cari kerje yang lagi terjamin dan boleh tawarkan gaji yang tinggi...

avatar

mungkin bro antara insan yg terpilih dan murah rezeki..sebab tu bro boleh memilih..hahaha

avatar

hahaha..sebab tu rmaai org duk kutuk bro..sbb kawan2 gua ramai yg takat SPM dan PMR je...hu3

avatar

yap, memang ramai yang memilih kerja.

avatar

no komen.. mcm pha is, mmg x bleh memilih sbb dah terikat dengan kontrak biasiswa.. nk x nk mmg kna keje ngan diorg.. so, x de pilihan.. hehe

avatar

belajarlah dari pengalaman, mulakan dari bawahan dulu, ada pengalaman lebih baru majikan suka......

avatar

memang sekarang susah sangat nak dapat keja..bukan memilih tapi x d beri peluang bagi yang fresh graduate macam saya.. hihi

avatar

Dilema dan paradoks fresh graduate. Bila mintak kerja, interviewer tanya ada pengalaman kerja tak? Macam mana nak dapat pengalaman kerja kalau kerjanya tu sendiri pun tak pernah dapat.

Mana yang ada pengalaman pulak, sure akan ditanya ada apa-apa paper qualification untuk job ni?

Haih.

Sebenarnya, peluang kerja sekarang ni amatlah terhad. Terima ajelah ape kerja yang datang.

avatar

sebenarnya pelaung yg datang itulah kita perlu rebut sebagai peluang untuk mencari pengalaman..biarlah lari sikit dari bidang kita..

avatar

sebenarnya klau nak cerita bab nasib ni..sgt subjektif tapi drpada perjalan hidup sy...kita akan lebih bernasib baik sekiranya kita sedang beusaha..rezeki yg tak disangka2 tiba2 datang..percayalah kepada takdir dan rezeki kita..bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. sepenuh jiwa kita sambil kita berusaha

avatar

memang isu ni dah lapuk,yang penting kita tak payah memilih sangat kerja sekarang ni

avatar

Aku pun kerja sekarang kalau diikutkan tak setaraf dengan kelayakan. Tapi nak memilih sangatpun tak boleh. Kerja jela dulu kan.

avatar

zaman sekarang sape memilih kerja memang susah laa nak hidup.. tambah2 graduan yg jenis nak rehat2 dulu kat rumah lepas abis belajar.. sampai bila entah nak berehat.. bila ada peluang kerja, ditolak, cakap tak cukup rehat lagi..

avatar

Terasa pula, saya pun sekarang tengah berehat tapi entah sampai bila nak berehat nya.

avatar

Saya pun sekarang menganggur sekarang dengan alasan berehat. Bukan tak nak cari kerja tapi ada masalah sikit. InsyaAllah pertengahan bulan ni baru mula cari kerja lepas selesai masalah.

avatar

hmm..kalau memilih sgt kerja sendiri..buzt biz sndri..rasa perit jerihnya dari bawah..semua bnda bermula dari susah..xde yg senang..

avatar

Sy dah setahun graduate. Degree.. tapi satu kerja pon belum sangkut. Jangan kan kerja fulltime, kerja part time pon xde yang sangkut. Allah...sedih sgt :(

avatar

Sambungan : langsung xmemilih, asal ada vacancy je bg resume. Vacant utk lepasan spm pon apply juga tp .......

avatar

esok saya nak pergi interview. bgtau kat ayah, ayah jawab "hmm! buat apa amek kerja takat SPM ja?" so apa yang dah study tadi terbang hilang mcmtu je

avatar

Sya ada degree jugaa...tapi keja sales assistant je....yg penting dpt income..mau aapply gomen punya blm ada rezeki...biarlah mulut org yg pertikai keja gua....tuhan saja yg tau...knknknkn buang rasa malu n ego...hehe

avatar

Saya xkisah keje dr bawah tp bila takde sokongan n dilabel bongok cr kerja yg xsetaraf dgn kelulusan buat sy down.

avatar

Saya xkisah keje dr bawah tp bila takde sokongan n dilabel bongok cr kerja yg xsetaraf dgn kelulusan buat sy down.

avatar

Kebanyakn graduan xpilih kerja pun.cuma peluang sangat terhad. Bila kita mntak krja taraf spm majikan xnak pulak sekarg ni SPA pn dh ketatkn pgambilan.Sapa ada degree xleh apply utk keja taraf spm.

avatar

saya ada degree juga. tak memilih kerja. pernah dapat tawaran kerja setara dengan qualification. tapi tekanan daripada ibu bapa, saya perlu tolak kerja tersebut. kerana company tersebut hanyalah kilang semiconductor. ibu bapa mengharapkan saya bekerja dengan sykt glc. walhal skrg bukan zaman untuk memilih kerja apatah lagi memilih company.dan sehingga sekarang saya belum mendapatkan apa apa tawaran pekerjaan. rapuh hati tapi setiap hari sentiasa mengharapkan perkara baik yang berlaku.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.