blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : Ubat Hati Yang Sakit

33 Komen
Mengubati hati yang sakit, bukan seperti mengubati penyakit lain, jika sakit jantung kita boleh bedah, ada doktornya yang pakar. Tapi dalam mengubati hati, doktornya adalah diri kita sendiri, disamping adanya rujukan ulama.

Kita kena berusaha sendiri untuk mengubati hati kita yang sakit. Apabila kita sudah menyedari hati kita berpenyakit, maka kita perlu cepat-cepat merawatnya. Jangan biarkan ia berlarutan berpanjangan.

Bak kata Cikgu Hairul, virus penyakit hati ini juga boleh berjangkit pula kepada masyarakat sekeliling.

Ubat Hati Yang Sakit


Jangan biarkan hati kita mereput jadi seperti batang buruk, dan akhirnya kita juga yang parah dihumban ke lembah jahanam. Mulakan dengan muhasabah diri, scan apakah kita sudah dijangkit dengan virus penyakit hati.

Kita mulakan merawat hati kita dengan tekad untuk memliki hati yang sihat. Hati yang cergas. Jadi hati-hatilah kita dengan hati kita, jaga elok-elok. Jangan makan hati sudah la yer.

Ubat Hati Yang Sakit


Ubat hati ini ada 5 perkara, tak ada had atau dos yang ditetapkan, nak  makan berapa kali sehari ikut suka hati kita :-

1. Baca Al-Quran dan fahami maknanya sekali (lagi bagus jika dibetulkan tajwidnya juga)

2. Dirikanlah solat malam (Qiyamullail)

3. Berkumpul dengan orang yang soleh (pergi ke majlis ilmu)

4. Banyakkan berpuasa sunat.

5. Amalkan zikir malam yang berpanjangan.

Aku ada sebut pasal hati kita ini ibarat gelas, jadi jangan biarkan ia kosong, nanti kita macam mana kita nak minum. Dahaga nanti, memang tak orang nak tolong dah beri minuman dekat kita, jangan kata air sirap, air kosong pun belum tentu dapat..hehehehe

33 Komen untuk "Edisi Jumaat : Ubat Hati Yang Sakit"

avatar

penyakit hati memang perlu cari ubatnya

avatar

kalau hati umpama gelas, kena jaga dengan berhati-hati kerana ia mudah pecah. terutama hati isteri-isteri dan ibu kita.. selamat hari Jumaat Bro..

avatar

Jika hati sakit jangan risau...datanglah ke klinik ini, rawatan percuma akan di beri.
http://relakssminda.blogspot.com/2013/06/klinik-rawatan-percuma-untuk-anda.html
OK bro...promosi skit buleh ye :)

avatar

Semoga kita jaga hati kita baik2 dan jauhkanlah dr sifat sakit hati ni.

avatar

orang bijak akan gunakna dengan sebaik yang boleh itu bukalah orang rugi tapi kira orang yang beruntung

avatar

Terimakasih cikgu hairul kerana mengigatkan kita kembali kepada nya

avatar

emm terima kasih bro kongsikan..masih ta sihat lagi hati sya ni..bagun malam pun susah untuk solat..emm

avatar

hati-hati di jalan raya bro.. hoho

avatar

Assalamualaikum. terima kasih berkongsi edisi mencegah hati dari sakit. sheila suka. insyallah akan terapkan selalu dalam diri :)

avatar

alhamdulilah ,, edisi mencegah hati yang harus perbaiki

avatar

Thanks bro atas peringatan nih. Blh jadi panduan yg terbaik utk wan.

avatar

tak baik sakit hati sangat. bukannya best pun. haha...

avatar

hahaha..lagi best makan cendol ka bro

avatar

untuk peringatan kita bersama bro

avatar

Segera la ubat hati yang sakit tu. Tak elok sakit lama2. hehe

avatar

terima kasih atas entri ini.... nagus untuk kita semua amalkan :) salam jumaat :)

avatar

kalau hati mudah diubati, maka mudah lah sakit jasmani di rawati

avatar

salam jumaat.. bahaya penyakit hati ni.. terima kasih kerana mengingatkan..

avatar

salam jumaat, perkongsian yang menarik, penyakit hati ni buruk kesannya... marilah kita bersama-sama membersihkan hati, insyaAllah, jiwa akan tenang....

avatar

nice sharing kucha
jom kita rawat hati yg sakit ni dgn zikrullah

avatar

baik ko pegi minum teh tarik kat kedai mamak, bagi rilek skit.

avatar

hu2..rasa2 nya teman ada penyakit hati sikit kot? sebab x dapat nak maafkan kesalahan org.. betul x?

avatar

berzikir dan istigfar adalah perkara yang terbaik untuk hati

avatar

selalu jadi mangsa disakiti lalu terpaksa memujuk hati sendiri ...

avatar

terima kasih atas perkongsian ilmu brooo..lu memang terbaik..teruskan

avatar

berubatlah sebelum termakan hati....lebih susah nak ubat nanti...

avatar

penyakit yang serius ni la,sakit hati dan menyakitkan hati,banyak jumpa macam ni

avatar

hati ni hanya boleh diubat dengan ilmu seperti ilmu agama supaya redha dan ikhlas

avatar

yang lebih utama bersihkan jiwa dan bersihkan hati dgn 5 perkara yg B nyatakan , .kasih kuncha lana.

p/s : yes..pakej Tioman yg ditawarkan dari rm290/head ..sia rujuk entri *update terkini.

avatar

semuanya soal hati.... hati kena didik dan kena rawat selalu

avatar

satu tips yang bagus. jangan biarkan hati dimakan hati.hehe

avatar

Rasulullah bersabda, "Dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya; dan jika ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah, itulah hati." (Al-Hadis).

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.